blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Thursday, April 28, 2011

kepada semua blogger : zikir dan berus gigi

jangan takut! jangan lari! haha~


Asalammualaikum dan salam sejahtera. post kali ini agak berunsurkan nasihat sikit. yelah. malam jumaat kan? banyakkan zikir, selawat dan sebaik-baiknya bacalah surah Yassin. banyak fadilatnya. insyaAllah. zureen tengok rakan-rakan blogger yang lain rajin sangat ber'blogwalking' kan? apalah salahnya ambil sedikit masa tu untuk melakukan perkara-perkara yang dituntut. lepas tu, boleh sambung blogwalking balik. hehe.

lepas sesi menasihati, zureen nak share sikit pasal kejadian pagi tadi. lepas zureen berus gigi, nak tahu apa yang jadi?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


ape kejadahnya jadi macam ni kan? wuwuwu~ zureen pun tak pasti apa punca benda ni jadi. zureen tahu laa gigi zureen besar macam  entri "SILA TIMBANG TELUR AWAK" ni. 
takkanlah sampai berus gigi ni pun terbelah?

situasi dan persoalan tentang berak!




sila baca sambil feeling dengan gambar di atas :
"asalammualaikum semua si kacak dan si comel!
pagi-pagi ni zureen nak kongsikan dengan anda sedikit persoalan semasa berada dalam situasi pembuangan air besar a.k.a berak! sori, gigi arnab tu mencacatkan gambar"


Situasi 1
pernah tak anda mengalami kesakitan perut yang amat dan terpaksa pula beratur depan tandas/jamban untuk berak buang air besar? dah laa menunggu, lama pulak tuh! sila-silap boleh terlepas sikit dekat dalam seluar dalam. haha! kalau anda berada dalam situasi ni, mesti anda rasa nak terajang je pintu-pintu jamban tersebut kan?


Situasi 2
pernah tak anda bengang bila masa takde airlaa perut meragam. time darurat macam ni jugaklah rasa nak berak je. dah berak sekali, rasa nak berak lagi. bengang kan? pasal takda air ni memang selalu di alami oleh mereka-mereka yang duduk dekat hostel. sampai sanggup tahan-tahan berak tu daripada nak keluar. alasan? "malas nak cuci" haha!


Situasi 3
Pernah tak anda berak air? maksud zureen, bukan buang air kecik, benda tu memang keluar dari tempat air besar keluar (sangat bertapis ayat ni..). pernah tak? benda ni jadi selalunya dekat orang yang sakit contohnya, masa demam teruk laa. faktor benda ni jadi pun zureen tak tahu. heh~


Situasi 4
Pernah tak anda rasa malu bila orang lain dengar bunyi dentuman taik najis anda jatuh kedalam lobang tandas? haha! lagi lawak bila anda tahu ada orang dekat sebelah juga nak melepas, anda siap kontrol lagi bunyi tu. kalau boleh, kontrol dengan cara melepaskan taik najis tu secara perlahan-lahan. haha!


Situasi 5
pernah tak anda rasa malu nak keluar dari tandas sebab tanak tahu andalah yang berak dan penyebab tandas tersebut jadi bau taik busuk?


Situasi 6
Pernah tak anda rasa sakit perut tapi bila nak buang benda tu tak jadi pula nak keluar. memang tension benda ni kan? lagi tension bila kita sakit perut dan ready-ready nak berak, yang keluar hanyalah KENTUT!


Situasi 7
Pernah tak anda masuk tandas dan jumpa taik yang belum di flash? PERNAH TAK??!!!


cik sushi : sebenarnya situasi 7 tu je zureen nak tekankan. =.=''

PERGGHH! rindunyaaa!



baru saja tadi berborak dengan member pasal bf masing-masing. bila dengar dan cerita memang rasa lawak sebab lelaki ni agak comel juga kerenah mereka kan? haha. lepas tu, bila tengok entri INI, makin rindu pula. Tambahan lagi dengar lagu korea. Pergghhh! memang tangkap leleh laa sekarang ni. (malu!!!)

hari ni zureen agak busy sebab ada tetamu dari IPKB datang kampus zureen ni. so, bila jadi JPP memang busy sikit. tak perasan pula zureen takterlayan SMS si dia. sorry pa (sambil wat muka comel nak pujuk). Perghhhh!

macam manalah dia dekat Melaka tu ya? sudah makan? sudah mandi? hari ni pakai baju warna apa? sihat tak? tempat tidur selesa tak? uhhh~ rindunya. Perghhhh!

Bila belek-belek mesej tadi, hari ni ada 212 mesej saja. bayangkan, betapa busynya zureen hari ni. hoho. tapi, pa tahu kan ma sayang pa? Perghhhhh!

antara mesej dia yang terakhir hari ni:

"Pa hitam suda..huhu. ramai yang cakap pa hitam"
 "Huhu.. biasala men bola kan.."

"Tak hensem suda.."
"Adada..biarlaa tuuu.."

"Nanti ma juga yang taknak.."
"Eh? bila ma cakap macam tu?"

"Tak cakap. hehe. jangan laa serius.. :)"
"naa.. pa tu yang cakap ma tanak dekat pa.. ma tanak betul-betul nanti baru tahu.."

"Adada.. tak nak? rugi tau nanti.. haha"
"haha.. wekkkk! ;p"

"Love u! Pa training dulu k?"
"lebiuu"

"Love u sayang!"
"lebiutuuuu.. pa, IPKB datang.."

"Dorang watpe? lelaki? perempuan? jangan gatal-gatal tau.."
"ada bench marking.. :)"

"Jadi ma terlibat la?" 
tak ter'reply'

"aik bz? k sorry ganggu"
"sorry.. nda dengar tadi"
(senyap)

cik sushi :
sorry, saya busy sangat hari ni.
awak tahu saya rindu dekat awak kan?
PERGHHHH RINDUNYA!

Wednesday, April 27, 2011

Habit Saya Main Sedut-Sedut!

berbicara pasal habit. zureen rasa habit yang zureen nak cerita ni tak laa unik pun. biasa saja. tak ada modal nak update pasal apa kan? haha. baca saja lah. oke.


ya. zureen memang suka minum air kotak. sebab air kotak murah. haha! 
lagipun air kotak tak bergas. 
zureen allergic sikit minum benda-benda yang bergas. 
boleh cirit-birit. =.=''

 haa. zureen nak cerita ni pasal habit zureen kalau dah minum minuman kotak! 
nak tahu? 
terus baca.
.
.
.
.
.
.
.
.

 kalau zureen minum benda ni akan automatik berlaku. tanpa dirancang dan disengajakan! 
dah nama pun habit kan? 
mula-mula zureen hisap sedut laa air tu.. 
tapi, bila air kotak tu kosong. 
benda yang zureen akan buat adalah :
.
.
.
.
.

 yes! 
gigit straw! bahahha! 
sampai zureen rasa zureen puas hati menguruskan straw tersebut. 
nak tahu tak? 
zureen akan gigit straw tu sampai takde angin pun leh masuk. haha!


 lagi dashyat kalau zureen tengah lapar. 
memang sah-sah straw tu boleh terbelah dua. 
jangan main-main dengan gigi arnab zureen. 
tajam tau! berkilat lagi! 
haha. 


so, bila dah terbelah dua, for sure laa yang kita tak boleh sedut sisa-sisa air yang terdapat dalam kotak tu kan?
alternatif lain :
.
.
.
.
.

 zureen sedut saja dari lubang kotak tu. 
sampai kotak tu pula kecut. 
apa kejadahnya kan?


zureen tahu benda ni tak senonoh. 
tapi rasa puas bila dapat 'menguruskan' straw dan air kotak tersebut. 
lagipun, kawan-kawan yang duduk semeja dengan zureen tak kisah sebab mereka sayang zureen. 
ada kena mengena ka? haha!


cik sushi : kalau air tin tak tahu macam mana nak sedut sampai beliau 'kurus'. haha!

i love you WSB! bukan WASABI!

Salam. hehe. kali ni entri pasal sabah. bukan nak bagitau atau mempromosi tempat-tempat menarik. tapi nak cerita sikit pasal WE ARE SABAHAN BLOGGERMANIA (WSB). hehe. bila dah tak ada assignment ni, zureen rasa tertarik nak membuat logo kreatif yang dianjurkan oleh admin WSB. memang kreatif gila laa mereka-mereka ni semua. kalau nak tengok logo yang mereka buat, klik SINI.

so, zureen pun nak juga join benda ni even ianya bukan contest. heh~ kenapa join?
1. boleh up traffic
2. boleh tambah follower
3. nuffnang! haha~
4. tambah kawan
5. meluangkan masa dengan benda yang berfaedah.


kalau ABANG BEN kita up traffic beliau dengan membuat segmen, zureen taknak laa nak buat segmen juga. takut tak ada orang nak join. wahaha!

nak tengok logo yang zureen buat?
.
.
.
.
.
.
.
.
.


sebelum warna dan letak dialog

kalau keseluruhan jadi macam ni. heh~
bab JODOH tu tak boleh blah!
hantu tu tak boleh blah!
tengok tudung purple tu! siap promo lagi kan? hihi
kejadah anjing cakap macam tu? haha!
nuffnang? masih 50 sen! hoho.
sudut pandangan lain
tengok menatang kuning yang marah tu! haha~



cik sushi : saya cinta WSB

TUTORIAL PERCUMA! jom buat widget sendiri!






haha. maaf lah lambat sangat nak buat tutorial ni. sekarang jam 1:39 pagi. baru free nak buat. haha! before tidur ni, zureen ajar awak-awak semua laa ye? macam mana nak buat widget sendiri seperti yang dekat bahagian bawah kiri blog zureen ni.

ada orang nak kena bagi duit, baru leh buat. tapi zureen tak. tutorial ni percuma saja. yang penting, awak-awak semua ada ADOBE PHOTOSHOP. tak kira lah CS3, CS4 atau CS5. tapi zureen lebih prefer cs5 lah. heh~ oke, mari mulakan tutorial!

1. ADOBE PHOTOSHOP  CS5

klik FILE > NEW dan secara automatik gambar seperti yang tertera di bawah akan keluar. jangan terkejut tau. hehe~

pastikan benda yang kena bulatkan tu awak-awak semua ikut. JANGAN UBAH! kalau nak ubah jugak lantaklah. heh~ saiz tu ikut suka hati awak-awak lah. tapi jangan besar sangat. agak-agak fit untuk bahagian tepi blog tu saja. ;p

2. PILIH GAMBAR

KLIK FILE > OPEN > CARI FOLDER GAMBAR



lepas tu awak-awak semua tekan saja open dan gambar anda akan terpampang.

3. QUICK SELECTION TOOL

apa tuu? fungsi tool ni adalah untuk membentuk dan menetapkan bahagian-bahagian gambar yang anda nak buat widget. mestilaa kita tak nak background gambar tu masuk dalam widget kan? so, anda kena pandai control mouse untuk membentuk imej widget anda.


dekat mana 'quick selection tool tu'?
kalau ada perhatikan gambar di bawah, zureen dah ready-ready tekan benda tu. tool yang ke-4 dari atas. Alaa.. dia ada bagitau if awak-awak semua gerakkan mouse ke tools yang terdapat di situ. setakat ni faham kan?


 garisan titik-titik itu merupakan bahagian gambar yang akan dijadikan sebagai widget.

4. DRAG AND DROP

kalau anda perhatikan adobe photoshop anda, step pertama tadi sudah tiada. haha! bukan hilang, sebenarnya proses membentuk gambar ni kena buat dalam page lain. apa yang anda perlu lakukan sekarang hanyalah drag gambar anda dan dropkan di mana-mana bahagian di dalam photoshop.


bila dah jadi seperti gambar di atas, sekarang anda hanya perlu drag dan dropkan gambar anda di atas permukaan yang anda telah buat pada step 1. dan hasilnya :


5. BUAT DIALOG

sekarang ni anda nak buat dialog kan? tapi sebelum tu, untuk mengelakkan kecacatan, anda perlu membuat layer baru seperti yang ditunjukkan gambar di bawah ini :

macam mana nak buat layer baru? tekan icon di bahagian bawah seperti yang zureen telah highlightkan dalam gambar di atas. kemudian, pilih bentuk-bentuk yang anda suka dengan menekan icon yang telah zureen tandakan 'arrow' pada gambar di bawah :)


6. BUAT TULISAN

tekan icon 'text' seperti yang telah ditanda dalam gambar di bawah. pilihlaa warna yang anda suka. lepas tu tulis la apa-apa. heh.


7. HAMPIR SIAP!

kemudian, awak tekan FILE > SAVE AS > PNG FILE

note : jangan guna JPEG sebab background awak tak akan transparent :)

8. CODE


macam mana nak dapatkan code?

baiklah. sekarang, anda kena upload gambar ni untuk dapatkan URL dia. kemudian, copy code di bawah ni dan replacekan URL gambar anda pada code yang telah 'dikuningkan'.

<div style="position: fixed; bottom: 0px; left: 2px;"><br /><embed pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" width="200" height="300" src="http://3.bp.blogspot.com/-RZw1WfI52z0/Ta8oN67CL_I/AAAAAAAAA9k/S_sCIwJowuQ/s1600/Untitled-2.png" wmode="transparent" type="application/x-shockwave-flash" quality="high"></embed></div>
</head>

copy dan pastekan code di mana-mana bahagian blog anda. jangan risau, benda ni akan automatik berada di bahagian bawah kiri blog anda! selamat mencuba!

cik sushi : dah lewat pagi. bahasa pun tunggang-langgang, ada pertanyaan, komen saja di sini. hehe~

Tuesday, April 26, 2011

18SX : nenek bogel.

Pada suatu malam, nenek pakai baju seksi.
Respon atuk? DIAM

Malam kedua, nenek pakai baju seksi lagi. 
Respon atuk? JUGA DIAM

Malam ketiga, nenek bogel. 
Atuk terus kata "YANG, NAPE BAJU TU TAK IRON DULU? KAN KEDUT TUUUUU!''

cik sushi : sumpah! lepas tu nenek tu mesti kondem, tak pun pegi buat plastic surgery! wahahahh!

wakil IPG untuk SIPMA. tahniah!

tahniah kepada saudara Mohd. Amri Ashraf kerana berjaya terpilih untuk mewakili IPG ke SIPMA!
eh? memang anda semua tak kenal pun. haha.
best defender ever ni!
apa boleh buat je dah masuk jadi cikgu.
kalau tak, boleh wakil Malaysia dia ni. hihi.
Over pula.

oke.oke.
congratulations ya?



kira-kira nak ajak tengok bola.
Sabah vs. Terengganu dekat stadium likas nanti.
tapi dia training pula.
haih =.=''

eh-eh. apesal mata abe yie macam tak bukak je tuh? hahaha!

oke, yang ni mengada sikit. hihi.



cik sushi : kami scandal. oke, tipu je. haha! <3

si abu memang otak lembu!


salam.
hehe.
.
.
.
.

Ahmad dan Abu berjalan seiringan menuju ke suatu tempat.
Ahmad menyandang sebuah beg besar di belakangnya.
"Hai, Ahmad," Abu menyapa. "Apa ada di dalam beg kamu?"

"Telurdibasuh Telur", Ahmad menjawab.

"Kalau aku teka berapa jumlahnya, boleh kau berikan aku satu daripadanya?" Tanya Abu lagi.

"Kau boleh miliki kedua-duanya" Balas Ahmad.

"Baiklah, aku teka ada lima kesemuanya. Betul tak?" jawab Abu


cik sushi : kejadahnya sebut lima? meme otak lembu! haha~

Monday, April 25, 2011

hafizzainal's contest - senyuman mahal





fuh-fuh. nak update lagi! kali ni nak join contest senyuman paling mahal. haha! mengada kan? takpelah. nak support rakan-rakan blogger kita yang buat contest ni. lagipun, cambest saja contest ni kan? oke-oke. kalau anda berminat, bileh klik SINI untuk tengok syarat penyertaan.



cerita sedikit pasal gambar?
gambar ni zureen saja-saja ambil time lepas selesai watikah pelantikan JPP. kalau nak judge, kena tengok dari mata dulu baru senyuman oke? hahhaa!


zureen nak tag mereka ni sebab senyuman mereka sangat menawan oke?
nieja (lagi..hahha)

bye!

contest blog saya smart (rm150!)


klik BANNER untuk ke blog beliau!




okelah. walaupun tak pernah menang, zureen try lagi laa join contest ni sebab hadiah dia lumayan! nak tahu apa hadiahnya?
tempat 1 : rm150 
temnpat ke- 2 : rm100 

wah-wah. memang mata duitan laa zureen ni kan? haha. cuba nasib. kot-kot ada rezeki ye tak? lagipun, blog zureen ni smart kan? kan? kan? haha.  

nak tag (sebab dorang ni mata duitan jugak. hihi):
hani
wana
telor
nieja

cik sushi : tak menaruh harapan tinggi. selalu takde nasib. heh~

perempuan yang perlu diberi PENAMPAR!

haha. tengok tajuk entri pun mesti anda semua tertanya-tanya siapakah yang perlu diberi penampar. tak pun flying kick seround. sebenarnya entri ini bukan ditujukan kepada semua perempuan-perempuan di dunia. pentri ni hanyalah untuk kita muhasabah diri kita sama ada kita tergolong dalam golongan ini atau tidak. ceyy! formal sangat lah pulak kan?

iklan! hehe.


baiklah. di bawah ni zureen dah survey pendapat-pendapat daripada kaum wanita sendiri. so, ini hanya pendapat. jika ianya bercanggah dengan pendapat anda apa boleh buat lah kan? okelah. jom kita tengok perempuan mana yang wajib dibagi penampar!

1. GEDIK
"you, you tengok badan i ni kurus x?''
''you rasa i boleh pikat si Hisham tu tak?''
''youu... you ni kannn..menci tawwwww''

anda rasa meluat tak bila dengar ayat-ayat annoying di samping nada yang buat kepala hotak anda bengang macam ni? yes! memang meluat kan? rasanya orang lelaki pun macam tu kot. Kalau muka cun, cakap macam ni kira okelah sebab dorang 'hot stuffer'. tapi bila yang cakap ni muka macam ***** dah sah-sah tak kena langsung! sejujurnya, if ada perempuan macam ni lalu depan mata, dah sah-sah baling dia dengan batu-bata. haha!

2. PENGOTOR

MasyaAllah. benda ni tak payah explain lah kan? kalau orang laki pun, dorang mesti reject punya perempuan-perempuan macam ni! memang tak boleh blah laa perangai macam ni. Benda ni kita boleh tengok laa sesama sendiri. bangun pagi-pagi tu kemas katil ke tidak, sapu bilik ke tidak, baju dalam kecik tuu sepah-sepah ke tidak. kalau bersepah? memang nak kena sunatkan kali kedua! haha.

3. PERASAN

katagori perasan ni ada dua. perasan diam-diam dan perasan satu dunia. Perasan diam-diam ni senang saja. dia perasan orang syok kat dia, tapi dia diam-diam. benda ni zureen tak ambik port sangat sebab zureen sendiri pun pernah lalui. wakakka! oke, kita beralih kepada perasan satu dunia. Perempuan perasan satu dunia ni memang agak menyampah tahap dinosour sikit. kejap-kejap nak bagtau orang ramai si abu syok dekat dia, pastu si ali pula, pastu si ahmad pula. Perempuan macam ni wajib dibagi penampar kerana memang terang-terang pun si ahmad, abu dan ali tu tak tengok or tak kenal pun dia. entah tegur pun tak kot.

lebih kurang macam ni laa dialog dia :
''eee.. kau tahu tak tadi.. dorang si ahmad, abu dan ali ikut aku dari belakng! dah agak dah dorang nak mengorat aku'' (padahal, memang tujuan nak pergi destinasi yang sama pun, ada kat belakang perempuan ni pun sebab KEBETULAN)

malas nak hurai panjang-panjang.

4. MENGUMPAT NO.1

bukan semua perempuan macam ni. biasalah kehidupan seorang mahasiswi. tak lari daripada perempuan-perempuan macam ni. datang-datang bilik, buat dosa. kalau buat dosa sendiri tak apa. ni tak. ajak satu kampung buat dosa. biarlahh dia nak buat apapun. tak payah jaga tepi kain orang sangat. diri awak tu yang kena jaga. entah betul atau tak cerita dia tu. hish. =.=''

oke. bila hurai panjang macam ni, rasa lapar pula. makan mee sat. nanti update lagi! bye! 

cik sushi : tengah mengenalpasti ciri-ciri perempuan gedik.

Sunday, April 24, 2011

siapa menang topap rm 10?


salam.

zureen tak berapa nak sihat hari ni. lepas tengok bola semalam, Sabah Vs. Selangor, rasa mual, muntah-muntah, pening (simptom apekah?haha). tak adalah. demam biasa saja. demam rindu konon.

sebelum kita terus kepada pengisian tajuk di atas, zureen nak cakap sikit pasal pengadil perlawanan bola sepak semalam. memang sangat-sangat tak puas hati! rasa mahu turun padang dan tumbuk saja muka beliau. tapi, biasalah, adat perlawanan. ada menang, ada kalah. tulaa rasa nak demam terus tu.

haa. pasal lama tak update, sekarang ni zureen dekat Kota Kinabalu. cuti-cuti release tension. hehe. assignment dah tak ada dah. tunggu exam saja lagi.

zureen rasa zureen demam ni sebab rindu dekat abang handsome kot? haha! mengada kan? si abang handsome pergi Melaka. ada selection pemain bola untuk wakil SIPMA. dengar-dengar, dia sorang saja dari Sabah pergi selection tu. saya doakan awak dapat oke? :)

baiklah! kita terus kepada pemenang bagi pencarian follower zureen yang ke-500!! seperti yang sedia maklum, zureen tak boleh tengok follower zureen macam kat SINI. so, zureen cari alternatif lain dengan membuat keputusan berdasarkan naluri zureen. ceyy! sebenanrnya dia ni macam confident saja menang. so, maybe dah rezeki dia kan? bagi je lah. kepada yang tak berjaya tu, next time zureen bagi secara random pula oke?

pemenang bagi pencarian follower ke-500 ni bakal memenangi :
1. pakej makan sushi di 'sushi king' bersama zureen (tipu je)
2. pakej menonton bola sepak Sabah vs. Kelantan next month (tipu je)
3. topap rm10 (yang ni betul)

dan pemenangnya adalah :

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jom terjah!!!!


yeay! tepuk amai-amai untuk beliau. okaylah! kepada beliau, zureen nak ucap tahniah dan sila contact email zureen untuk ambill hadiah anda ni ye? :)

luvbabyreen@yahoo.com
or
luvbabyreen@gmail.com


cik sushi : saya tak pernah menang contest. haha!

Thursday, April 21, 2011

blog siapa yang merosakkan bahasa ni?


salam. mesti anda semua pernah rasa bengang bila dapat SMS or tengok blog orang or tengok status orang macam ni kan?

"ak sd mkn td.."
"ko x kr ke?"
"jln jm. bggnya ak!"

paling bengang bila ada yang ubah-ubah perkataan. contohnya, tambah huruf yang tak sepatutnya :

"kaw bwat apew har? aque sangat sebuk niw"
"aq rasew nak ngunyah kepsi jew"
"bilew kitew nak datink ni ucuk? ai rinduw sangat laa kat yuw"

mak aihh! lagi parah bila tulisan dia kejap kecik, kejap besar :

"KaW sUkE tAk DeNgAn EnCik HaMzAh IaN tU? eE.. dIa KaN sUkEw PemPuAn SekSi jEW.."
"aKuW tAq SukEw LAa DeNgAn BlOg Si ** tU.. pErAsAn LaWa!!"

haih. zureen dah tak sanggup nak tulis. lenguh jari-jari ni nak tekan-tekan 'caps lock' haha! kalau dekat SMS takpe. rasa-rasa leh tegur lagi kan? kalau awak blogwalking, lepas tu jumpa orang-orang macam ni. haha. alamatnya, tak singgah lagi laa zureen dekat blog awak.

sebagai seorang bakal pendidik, (ececehhh) walaupun nak ajar seni visual, kita perlu memartabatkan bahasa kita tau. jangan rosakkan bahasa dengan shortform-shortform seperti ni. menyampah nak baca tau tak? bukan maksud zureen nak suruh korang tulis karangan dalam SMS tu. tak. nak pakai shortform boleh, tapi biarlah difahami dan tak annoying oke?

cik sushi : sy suka mkn sushi. awk? (shortform macam ni mudah difahami dan masih menggunakan tatabahasa yang betul kan?) jap-jap. contoh takde kena mengena dengan yang hidup dan yang mati.

saya sayang awak LELAKI LEMBUT!

salam. macam ni lah kalau memang dah tak boleh tidur. sebenarnya, semalam, macam-macam yang berlaku. zureen nak kongsikan sedikit cerita zureen dengan kawan baik zureen. (oke, korang jangan buat muka serius sangat, takut ai! heh~)

zureen ada seorang kawan, sangat baik, suka tolong orang, comel dan sangat talented! memang best laa kawan dengan dia. orang lain pun cakap benda yang sama pasal dia. cuma, ada segelintir orang yang takleh terima cara dia sebab dia LELAKI LEMBUT.

kawan-kawan, lelaki lembut bukan bermakna pondan oke? zureen tak kisah pasal tu semua. yang zureen kisah dan malu sekarang ni, kenapa ada orang yang sanggup menghina mereka ni? helo! mereka juga makhluk Allah. kita sama. cuma sekarang ni, kita kena bantu dia. bukan hina dan caci dia depan orang ramai.

awak semua bayangkanlah, jika awak di tempat dia, elok-elok pergi masjid nak dengar ceramah, dia pula dijadikan contoh dengan budak-budak. contohnya :

"awak semua, jangan ikut cara si *** tu tau (sambil menunding jari). tengok pakaian dia. langsung tak sesuai!'', kata si imam lahh kononnya. langsung tak layak oke?
''astaghfirullah..'' jawab si anak-anak kecil.
"kalau pakai celak tu boleh, tapi jangan laa sampai macam bermekap''

apa perasaan anda? malu kan? zureen akui, teguran kedua tu memang betul, tapi kalau macam ni laa cara mereka ditegur, jangan harap mereka nak berubah!

macam ni laa, cuba ubah cara pemikiran anda tu. tak kira laa anda ni ustaz ke, imam muda ke, hapa ke, cara menegur dengan mengaibkan orang tu salah! padahal, sebenarnya tak salah pun baju yang dia pakai tu. lengkap bersongkok lagi! jangan kerana anda benci makhluk-makhluk macam ni, anda membuka aib mereka dikhalayak ramai!

kita doakan dan sama-sama bantu mereka ke jalan yang diredhai Allah oke?



cik sushi : saya tak takut dengan tanda hitam dekat dahi awak tu. kalau awak rasa awak patut dihormati, saya rasa TAK! langsung tak layak!

Wednesday, April 20, 2011

memerlukan hero! tolong!

salam.haih-haih.
nak tengok follower pun susah! zureen dah laa janji dengan followers zureen nak bagi hadiah sikit. blogger.com buat hal pula. rasa nak gigit-gigit saja lappy ni. haih lagi. sebenarnya benda ni kadang-kadang je datang menyerang. tapi, bila dah datang tu, rasa annoying pula! geramnya! siapa-siapa yang hebat dalam menyelesaikan masalah ni boleh tolong zureen tak? pelis-pelis!!

masalahnya macam ni, bila zureen tekan 'followers' dekat 'dashboard', keluar menatang ni pulak :


bencinya! nampak sangat blogger.com ni jeles sebab zureen nak bagi hadiah dekat followers. haih-haih. zureen harap, followers zureen jangan marah di atas kesilapan teknikal ni oke? kalau benda ni dah oke, zureen akan umumkan sapekah yang bertuah.

ni marah ka, ketawa ni? =.=''


cik sushi : seriyes, rasa nak tampa saja jack ni! jack = nama lappy. bye!

rindu dekat zureen tak? (menyampah gila kan?)

salam.
hehe. terima kasihlah kepada yang rindu dekat zureen tu ye? (menyampah gila kan?) haha! okelah. untuk mengelakkan anda dilanda kerinduan yang terlampau terhadap zureen ni, leh tenung gambar kat tepi tu lama-lama. haha. tapi jangan laa sampai tak makan oke? (menyampah gila kan?) bukan zureen sombong, atau malas nak update selalu, masalahnya, takda modal nak update lagipun agak bz dengan assignment. tambah-tambah lagi bila nak dekat-dekat exam ni. harap anda semua bersabar oke? insyaAllah, zureen akan mengupdate selalu. ceyy! jawapan macam artis lak. (menyampah gila kan?)



apapun, terima kasih di atas sokongan anda semua. khas untuk anda, zureen buat widget tu sendiri tau. memang hodoh. tapi, sangat bermakna. (menyampah gila kan?)


cik sushi : suka heliza! (takde kena-mengena dengan entri) =.=''

cerita lucah pengantin vs. lubang nikmat! WTH?

salam.



okaylah. zureen direct to the point saja. entah macam mana ada pembaca blog  yang search keyword ni dekat blog zureen. haha. mula-mula zureen rasa lawak, lepas tu zureen terfikir "blog aku, blog lucah ke?''. ades. yang keyword pertama tu : CERITA LUCAH PENGANTIN!!!

tak tahu menahu pun pasal ni. haha. kahwin pun belum, asal lak nak story-story pasal benda ni kan? haha. maluuuu!!! ish. nak search pun, taip elok-elok oke?

yang keyword kedua : LUBANG NIKMAT!!! mula-mula otak dah kuning dah. seriously! terus fikir benda tu. Astaghfirullah. ish-ish. =.='' tapi, untuk tidak memastikan kepala otak ni tak fikir dan terus imagine benda yang bukan-bukan, zureen sedapkan hati saja dengan menyatakan lubang tersebut lubang jamban ke, lubang tikus ke, lubang hidung ke. kan nikmat lubang hidung tu. ye tak? haha.

baiklah. dah-dah cite pasal lucas ni. ish-ish. tapi korang rasa, siapa yang selalu search keyword macam ni? lelaki ke perempuan? heh. kita nantikan keputusannya di entri akan datangggggg!!!


pose ala-ala heliza helmi. hehe. menyampah x?

cik sushi : dah dapat pemenang topap rm10. sila bersabar ye? hehe.

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive