blog ini akan di buka semula dalam tempoh
Showing posts with label sushi photography. Show all posts
Showing posts with label sushi photography. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

i love you WSB! bukan WASABI!

Salam. hehe. kali ni entri pasal sabah. bukan nak bagitau atau mempromosi tempat-tempat menarik. tapi nak cerita sikit pasal WE ARE SABAHAN BLOGGERMANIA (WSB). hehe. bila dah tak ada assignment ni, zureen rasa tertarik nak membuat logo kreatif yang dianjurkan oleh admin WSB. memang kreatif gila laa mereka-mereka ni semua. kalau nak tengok logo yang mereka buat, klik SINI.

so, zureen pun nak juga join benda ni even ianya bukan contest. heh~ kenapa join?
1. boleh up traffic
2. boleh tambah follower
3. nuffnang! haha~
4. tambah kawan
5. meluangkan masa dengan benda yang berfaedah.


kalau ABANG BEN kita up traffic beliau dengan membuat segmen, zureen taknak laa nak buat segmen juga. takut tak ada orang nak join. wahaha!

nak tengok logo yang zureen buat?
.
.
.
.
.
.
.
.
.


sebelum warna dan letak dialog

kalau keseluruhan jadi macam ni. heh~
bab JODOH tu tak boleh blah!
hantu tu tak boleh blah!
tengok tudung purple tu! siap promo lagi kan? hihi
kejadah anjing cakap macam tu? haha!
nuffnang? masih 50 sen! hoho.
sudut pandangan lain
tengok menatang kuning yang marah tu! haha~



cik sushi : saya cinta WSB

Tuesday, April 26, 2011

wakil IPG untuk SIPMA. tahniah!

tahniah kepada saudara Mohd. Amri Ashraf kerana berjaya terpilih untuk mewakili IPG ke SIPMA!
eh? memang anda semua tak kenal pun. haha.
best defender ever ni!
apa boleh buat je dah masuk jadi cikgu.
kalau tak, boleh wakil Malaysia dia ni. hihi.
Over pula.

oke.oke.
congratulations ya?



kira-kira nak ajak tengok bola.
Sabah vs. Terengganu dekat stadium likas nanti.
tapi dia training pula.
haih =.=''

eh-eh. apesal mata abe yie macam tak bukak je tuh? hahaha!

oke, yang ni mengada sikit. hihi.



cik sushi : kami scandal. oke, tipu je. haha! <3

Sunday, January 16, 2011

saya pelajar IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.

NAK JOIN?
KLIK SINI!





zureen merupakan penuntut yang mengambil mata pelajaran Pend. Seni Visual (PSV) sebagai major. Manakala, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris subjek minor. InsyaAllah akan menjadi seorang guru seni. hehe.

banyak pengalaman manis zureen sepanjang zureen berada di IPG. Antaranya :

rumah dekat
rumah zureen kat asrama lelaki. papa warden asrama dan pensyarah akademik di kampus yang sama. agak manis jugaklah kan sebab tak payah pun nak keluar duit banyak nak beli makanan! haha! dan agak manis jugaklah bila dapat merasa duduk asrama tanpa keluar belanja lebih. ;)

mewakili kampus
ke mana? ke program kemerdekaan peringkat kebangsaan di parlimen. waktu tu zureen bersama senior - Ronald James. memang best. tapi agak letih laa. hehe.

Jubli Perak
apa zureen buat time jubli perak IPG? zureen dan roomate menghias bilik! yaaa! memang agak kontoversi jugaklah keputusan tersebut. ramai yang kata bilik zureen dan chia (roomate) sepatutnya jadi JOHAN. memang frust gila time tu.. tapi zureen katakan manis sebab Tim. Pengarah dan pensyarah-pensyarah yang lain kata bilik kiteorang THE BEST!




naik helikopter!
haa.. 1st time tauu naik helikopter! dah laa naik helikopter, helikopter tu pulak menteri punya. memang dasyat lah! haha. zureen dapat naik ni pun sebab zureen dan ahli-ahli koir IPG buat persembahan sempena 'Hari Kaamatan' peringkat negeri sabah. ;p




 terpilih untuk pameran
yaa. adalaa program yang kiteorang buat time semester 2. memang penat tapi usaha zureen berbaloi kerana lukisan serta arca timbul zureen terpilih untuk dipamerkan. hihi.



jumpa dengan si handsome ;)
haha! ishhhh..WAJIB masuk dalam kenangan manis! haha. kat IPG ni jugak zureen berjumpa dengan encik Amri Ashraf. memang tak notice pun kewujudan dia ni. tapi bila dah gabung kelasss... (to be continued) haha!




perubahan yang zureen nak buat dalam sistem pendidikan negara?
semestinya zureen nak murid-murid, khususnya yang berada di kawasan pedalaman ni seiring dengan pencapaian serta taraf murid-murid di kawasan bandar. insyaAllah, zureen khasnya, dan kawan-kawan yang lain amnya, akan membantu lagi mereka dan tidak akan membiarkan mereka jauh ketinggalan dengan rakan-rakan mereka yang lain.

cik sushi : buat masa ni, takde kenangan pahit. ;p

oh ribbon yang comel dan sexy!

okay. entri kali ini agak boring. haha.
sebenarnya entri ni zureen nak tujukan khas buat NORASHIKIN MD. JOHAN kerana sudi bagi zureen riben-riben comel untuk tudung. heh. jom terjah FB dia! klik INI.

zureen tak pernah pun pakai benda ni sebelum ni. haha. kenapa? segan nak pakai. dari jauh lagi konfem nampak! sebab comel sangat kan? haha. so, buat pertama kalinya, zureen pakai riben ni letak kat tudung and take some pictures. tup-tup, jadi pic profile lak. even zureen tahu yang FB bakal tutup. eh ye ke? betul ke FB akan tutup? kalau korang tahu pasal benda tu sahih atau tak, roger-roger zureen tau!

di bawah ni adalah sedikit sebanyak gambar-gambar yang zureen ambik. yes. HODOH. haha!













cik sushi : sakit mata tak?haha.

Sunday, December 26, 2010

PENGUMUMAN : kedai sushi zureen ditutup!

SERIUS! 
zureen sangat-sangatlah tak sabar nak serang stadium bukit jalil! ada tinggal beberapa jam saja lagi. haih. lambatnya masa berlalu. penantian suatu penyeksaan tahu tak? :) okaylah. zureen nak bagitahu semua pelanggan setia kedai sushi tentang pengambilan cuti rehat zureen. 

kedai sushi zureen akan ditutup mulai 26 Disember 2010 dan akan mula beroperasi semula pada 28 Disember 2010 kerana tuan sushi berada di sekitar Kuala Lumpur. kepada mana-mana pelanggan sushi yang ingin mengorder, sila tinggalkan link anda di ruangan 'chatbox'. hehe.

dan kepada pelanggan-pelanggan kedai sushi semua, anda diminta untuk sama-sama memeriahkan stadium bukit jalil. kot-kot anda boleh jumpa zureen juga kan? kepada yang tengok kat TV je, perati TV tu betul-betul. kot-kot ada masuk muka zureen kat TV tu nanti. haha!

bahangnya makin terasa! anda?

zureen sertakan sedikit gambar-gambar yang zureen ambik dengan handphone sepanjang perjalanan ke stadium bukit jalil untuk membeli tiket perlawanan bola sepak. sorry if gambar tak berkualiti. 

zureen ditemani dengan 2 orang jejaka.
muka macam cina - Muhamad Nazreen (adik lelaki)
rambut afro - Mohammad Haszairie Heezad (cousin rapat)


time tengah tunggu bas =.='' tak suka menunggu~

P 14 =)

dah sampai Bukit Jalil yaww!




KL Transit ke putrajaya/cyberjaya

tiket!

belakang tiket! tempat duduk kita dekat-dekat tak? =)

Alamanda : Hot Plate : Lunch!

tunggu bas balik =.='' mencik!



------------------------------
sampai kat rumah, zureen buli dak comel ni!
mangsa : nur haszaratul heezwin (adik kepada si rambut afro di atas)




comel kan?

cik sushi kata : 
terima kasih juga kepada abang entah kerana mengambil gambar zureen curi-curi time beli tiket. ciss!

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive