blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Thursday, February 17, 2011

TERIMA KASIH kepada 450++ orang ini

baiklah.
(backgroud music selow sikit)

asalammualaikum semua.
zureen buat entri khas ni kerana zureen nak mengucapkan happy birthday kepada cik Azureen Amjah yang ke-20! yeay! clap-clap-clap! haha. kesian, buat entri untuk sendiri kan? actually, zureen nak ucapakan terima kasih kepada yang dah wish dekat facebook and twitter. over 450++ jugak yang wish. sorry laa if zureen tak terreply ye? faham-faham jelah kalau guna wireless free kan? hihi. apapun, zureen sayang korang!

kepada yang wish dekat blog pun, zureen mengucapkan terima kasih. zureen takde nak buat giveaway birthday ke, something like that sebab terlalu busy dengan maulidur rasul minggu ni. lagipun, takut-takut takde orang nak join. haha!

kepada papa ke-49 (11 februari), adik lelaki - muhammad nazreen yang ke-18 (14 februari) dan amri ashraf yang ke-20 (18 februari), zureen mengucapkan selamat ulang tahun! semoga dimurahkan rezeki dan dirahmatiNya di dunia dan akhirat. amin.

kepada semua kawan-kawan sekelas zureen yang zureen sayang - chia, zusyafirah, flavia, rumaisa, nasiha sakina, syahirah, michelle, rynnora, fazilah, tengku shazlin, wendy, adeline dan ami harnani, terima kasih sebab simbah zureen dengan air. haha! love you all!

tengok tuu... 400 tuuuuu! hihi

tambah lagi!! 53 tuuuuuu! hihi



cik sushi : 1st time kena simbah air time birthday.

ALAMAK! zureen kena pinang!

ingat tak pak arab ada ngurat zureen dulu? haha. nak refresh balik macam mana pak arab tu ngurat, sila klik di sini oke? SINI

berbalik kepada tajuk di atas, zureen saja je buat style-style arab dekat facebook. tak tahu pulak ada yang terus nak melamar! haha. 




zureen tak larang nak berkawan.
tapi, bila dah masuk bab kawin ni, takut pula. hoho. =.=''
anyway, dia ni salah seorang yang wish birthday zureen yang ke-20 semalam. terima kasih ya? :)

cik sushi : ana tak kenal ante, ante tak kenal ana. macam mana tiba-tiba nak kawin lak ni?

Wednesday, February 16, 2011

day 2 : draw your fav animal

day 2 punya lukisan ni sebenarnya dah lama buat. kebetulan lecturer pernah suruh lukis kucing putih. so, zureen ada rujuk google and sketch balik. this is my fav animal!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
gambar original

lukisan zureen :)
yang ni zureen admit cantik sikit dari yang sebelum zureen lukis ni. hehe. ok. bye!!

Tuesday, February 15, 2011

Tahniah! Ally Iskandar bertunang dengan Nur Aishah Zainal

Tahniah!
Tahniah!

akhirnya Ally Iskandar menemui cinta sejatinya. hehe. Dah sah Ally melangsungkan pertunangannya bersama salah seorang peserta dalam rancangan realiti tv - Gadis Melayu.




tulah, tak silap Nur Aishah Zainal ni bertudung kan? Apapun, semoga bahagia dan berkekalan. Amin.

cik sushi : bertunang tidak menghalalkan 'segalanya'. ingat tu!

LISA SURIHANI cakap 'love u' kat ana!!! terima kasih ya Allah!!!


 salam.
ya. ya.
ana excited sangat nak story.


nampak tak? nampak tak?
haha.
perasan lebih kan ana?

baiklah. selamat maulidur rasul semua. 
love you all.


''sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang banyak berselawat kepadaku'' An-Nasai & Ibn Hibbah.

Monday, February 14, 2011

anda nak masuk NERAKA?



Asalammualaikum. Zureen nak kongsi dengan anda azab meninggalkan solat fardhu. mungkin ada yang tak tahu lagi kan tentang benda ni? kita renung-renungkan bersama ya?
Jika awak-awak semua meninggalkan solat :

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.
Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku.” Segala gerak-gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

cik sushi : renung-renungkan dan selamat beramal!

Day 1 : draw yourself

baiklah. 
zureen nak bagitau awal-awal, lukisan ni zureen siapkan 2 hari saja. 
size A4 je tapi dah crop sebab comot sangat.


zureen minta maaf kalau huduh. =.=''
bahagian tangan tu tak sempurna sikit kan? hoho! mencik!
pastu hidung takde lubang. nak buat ad lubang, gambar terus nampak pelik. ceh!


30 days drawing challange

okay, sebagai major Seni Visual, zureen akan menyahut cabaran!!! hahahha
tapi, zureen nak bagitahu awal-awal, zureen takdelaa pandai melukis sangat macam classmates yang lain.
hoho.
korang jangan kutuk tau! susah nak melukis ni actually.

cik sushi : wish me luck!

nak cantik tak? baca ni.



Hari tu ada yang inbox dekat facebook nak suruh wat tutorial. ada jugak yang nak minta share petua kecantikan. dah balik-balik zureen kata takde petua. dorang nak jugak! oke, nak punya pasal, zureen nak share sedikit! haha.


1.Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang

2.Menegangkan Kulit Muka - Stepler Tempat Yg Kendur Tu

3.Menghilangkan Cagu - Potong Jari Yg Kena Cagu Tue

4.Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi

5.Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak

6.Melentikkan Bulu Mate - Pakailer Bulu Mate Palsu

7.Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut

8.Mengurangkan Dengkur - Kurangkan Tidur

9.Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya

10.Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum

11.Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jangan basuh-basuh

12.Menyegarkan Mate - Tuang Eye Mo

13.Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah

14.Menghilangkan Kelemumur - Gunakanlah Syampu yang sesuai.

15.Menurunkan Berat Badan - Turun Ikut tangga kecemasan

16.Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket- Jengket

17.Memerahkan Bibir - Pakai Lipstick arr

18.Menghaluskan Kulit Muke - Gosok Dengan Kertas Pasir

19.Menaikkan Seri Muke - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangga

20.Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi

cik sushi : ni je yang zureen tahu. sumpah! takde petuaaaa!

Sunday, February 13, 2011

zureen tengok macam sedap je nak layan tapi...







cik sushi : korang agak-agak nak makan tak? =.=''

zureen nak masuk rumah ni tapi...







cik sushi : agak-agak macam mana nak masuk?=.=''

Saturday, February 12, 2011

mahu buat PENGAKUAN! malunyaaaa!

MALU nak mengakuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1




baiklah!
maaf. zureen terpaksa mengaku!
zureen mengaku yang
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
zureen suka tengok lelaki pakai kain sarung!

haha!

betul. zureen tak tipu. entah kenapa? awak-awak semua ada persamaan macam apa yang zureen suka ni tak? tak pelik kan? tapi, seriously, kalau zureen tengok orang laki pakai kain sarung nampak macho je. nampak hensem. haha! ya ya. nampak Melayu. =)

nak bagitau tu je. heh.

eh jap!!! yang lelaki? suka tengok perempuan pakai kain jugak ke? haha!

cik sushi : suka tengok laki pakai songkok jugak! ;p

postpone dating =(

dah jam 4:15 pagi.
tayangan video untuk malam nanti dah complete 100%
tayangan video??
video apa?

hari ni family zureen ada buat family gathering dekat Hotel Tang Dynasty, KK. memang program tahunan family zureen. best jugaklah dapat berkumpul ramai-ramai kan? bukan tu yang zureen nak cerita.

sebenarnya zureen tengah dok pikiaq ni. tak tahu nak olah style macam mana for this night. =.='' kiteorang kena pakai jubah. yang perempuan jubah, yang lelaki baju melayu lengkap. bila dah berjubah, mesti laa ala-ala arab sikit kan? aahh! lantak jelah kan nak wat style macam mana pun. heh.

bila dah google tadi, nampak jugak style-style yang boleh dipraktikkan. hehe. thanks ya encik google!

macam ni lawa kan?

muka wardina memang lawa. =.=''



tapi, bila dah ada kat KK ni, kesian jugak dekat encik hensem yang tinggal kat hostel. plan nak keluar dating, tapi, apakan daya, ada program. so, kena tangguh laa kan?

actually, kiteorang dah janji nak keluar makan kat KFC last wednesday, tapi, ada bad news pula. Encik Safran meninggal dunia. Encik Safran ni lecturer kat kampus. dengar-dengar dia kena heart attack. Encik hensem pun turut sama tolong mandikan, kafankan, sembahyangkan, dan kebumikan jenazah. takziah kepada keluarga beliau. sama-sama kita sedekahkan al-fatihah oke?

memnag dah excited nak keluar tapi, takpelah. boleh keluar lain hari lagi kan? :)

eh-eh. dah keluar tajuk pula kan? okay la. zureen harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat dan bahagia. ingat Allah selalu. jangan lupa solat. solat tu tiang agama. :)

asalammualaikum..

cik sushi : jarang buat entri ala-ala diari macam ni. heh.

Friday, February 11, 2011

LUCKY DRAW : tong tong chang!


zureen ikut lucky draw! hehe.
even selalu ikut lucky draw tak dapat, zureen mahu try jugak!
mahu! mahu!

(berdoa)

senang saja nak ikut lucky draw ni. just IKLANKAN saja. 
no big deal.


sekian.

Thursday, February 10, 2011

saya pernah makan kepala LIPAS! anda pula bagaimana?



Anda pernah tak?

sumpah! benda ni zureen tak boleh lupa sampai bila-bila!! anda pernah tak terrrrmakan atau terrrrrrasa binatang-binatang yang semangnya bukan makanan harian? contohnya cicak? cacing? labah-labah? hoho! dalam kes ni zureen dah pernah terasa LIPAS! serius! kepala lipas tu dah masuk separuh dah kat mulut zureen! nak tahu macam mana benda ni boleh terjadik?





Begitulah ceritanya. tak menarik kan? =.='' haha! takdelah. saja mahu kongsi pengalaman merasa kepala lipas! tak sedap. busuk!! so, dont try this tau! Pengajaran yang zureen dapat, jangan biar air tin minum separuh-separuh even nak jimat duit elaun! hoho.

so, PADAN dengan MUKA zureen kan? =.=''

cik sushi : pernah HAMPIR terrrrasa lipas buat kali ke-2! tak serik-serik!!!

Wednesday, February 09, 2011

(Video) ucapan ini khas untuk follower ke-443 dan ke-444! (orang lain pun boleh tengok jugak. hehe.)

salam 1 blogger! yeah!

haha. entri kali ini zureen nak tujukan khas buat follower zureen yang ke-444!!!! tahniah kerana awak-awak dapat hadiah special dari zureen (special ke? )!!! heh. 

follower yang ke-444 tu adalahhhhhh!!! jeng-jeng-jeng!!!!


eh-eh. jap2!! kenapa ada 2 blog? haaa. zureen saja bagi follower yang ke-444 and ke-443 ni sebab nak bagi sorang laki, sorang perempuan! btw, yang lain-lain pun HOT tau. korang jangan kecik hati pulak k? sebelum tengok video, jom terjah blog mereka!
follower yang ke-444 adalah seorang jejaka - Farha Nezam. header dia comel! hihi.



haaa! follower yang ke-443 pula merupakan seorang gadis comel - Miss Mumun! (nama dia pun comel!) haha!


 
takmau cakap banyak. awak tengoklah video zureen buat khas untuk awak ni okay?

video

cik sushi : maaf, takde skrip. ucapan pun main belasah je. thanks cik mumun n farha nezam!!! :)

Tuesday, February 08, 2011

Lelaki sama macam KUCING JANTAN. marah tak?

Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis. Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa? Sila scroll ke bawah:



1) Kucing jantan suka dibelai.
Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ka, bini ka, ibu kita ka. Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar. 
 
2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
Kucing memang kuat makan dan akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya saja yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.
Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur
Lelaki memang kuat tidur (tapi ada juga yang jenis tak kuat sangat, namun bilangannya amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi. seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.


4) Kucing jantan kuat merayap
Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah).. Mereka gemar merayap dan melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan ???
TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan . Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik
Sama macam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.


6) Kucing jantan tak suka dipaksa
Ermmm, ni memang sangat-sangat-sangat betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa... Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. so, lelaki kena laa pandai fikir mana yang elok, mana yang tak elok kan? :)



8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego dan suka buat perangai kat tuannya/org sekeliling

Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated) . Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih-lebih lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.


10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bukan yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la).

tu saja. sekian.

cik sushi : artikel ni diculik daripada e-mel. :)

pakaian SEKSI mampu membunuh lelaki!


Ramai wanita menganggap berpakaian seksi mampu menyenangkan lelaki. Namun jangan tersilap kerana seorang lelaki boleh terbunuh hanya kerana melihat wanita berpakaian seksi. Ini kerana melihat wanita sedemikian menyebabkan lelaki terpaksa menahan ghairah tanpa mampu melampiaskan hasrat tersebut. Impak jangka panjang jika berlaku secara berterusan ialah timbulnya pelbagai jenis penyakit termasuklah stress dan kanser prostat. Berdasarkan kajian di Amerika Syarikat selama 30 tahun, 80% lelaki berusia 60 tahun ke atas meninggal dunia disebabkan oleh kanser prostat dan lain-lain penyakit kerana hasrat tidak kesampaian.


cik sushi : kalau lelaki berpakaian seksi takde impak dengan orang perempuan eh?

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive