blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Saturday, December 04, 2010

jom MAIN 30 saat!

Jika anda diberikan masa HANYA 30 saat untuk mengatakan sesuatu kepada kekasih/suami/isteri/orang yang anda minat, apa yang anda akan ucapkan kepada mereka? jom kongsi! =)

ingat, anda ada masa hanya 30 saat dari sekarang!

LU JAGA SIKIT MULUT LU! (wahhh.. sikit punya marah wa kan?)

Wa dah start nak membebel ni. so, entri kali ni agak panjang tapi ada 'isi' okay? bukan cakap kosong je.

Perhatian kepada semua kaum lelaki yang teringin nak bercinta, baru jatuh cinta, sedang dilamun cinta atau yang sudah berumahtangga, GUA mempersembahkan tips untuk ayat-ayat beracun yang pantang disebut di depan awek, teman wanita atau isteri. Jika salah satu ayat ini disebut, paling kecil boleh menyebabkan pertengkaran, paling hebat boleh menyebabkan penceraian. Elakkan dari mengguna ayat-ayat beracun ini untuk kebahagiaan perhubungan anda semua.

1. “Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa I suruh.”
What do you mean kalau dia betul sayangkan you? Jadi, kalau dia tak buat bermakna dia tak sayanglah? Perempuan mungkin lembut atau nampak lemah tapi tidaklah dungu. Kalau nak minta tolong, cakap sajalah. Menggunakan ‘senjata’ sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman wanita merasa serba salah adalah cukup menyedihkan.

2. “I tak suka dengan kawan-kawan you.”
Perhubungan teman wanita anda dengan girlfriends dia adalah sacred atau ‘suci’. Janganlah dengan sesuka hati dan secara terus terangnya anda memberitahu dia yang anda tidak suka dengan kawan-kawan dia. Walaupun secara realitinya anda tidak suka atau tergugat dengan kawan-kawan dia yang mungkin lebih hot daripada girlfriend anda, jangan sesekali sebut yang anda tak suka kawan-kawan dia secara direct kerana anda hanya menempah tiket untuk bertengkar secara hebat.

3. “I punya ex-girlfriend dulu….”
Ayat ini pantang disebut langsung kepada teman wanita terkini anda atau anda terpaksa menghadapi bahana tidak dapat dimaafkan oleh teman wanita anda. Kalau anda nak kutuk ex-girlfriend anda mungkin boleh, tapi dinasihatkan jangan, kerana dengan menyebut tentang ex anda, anda akan dituduh tidak setia dan anda masih sayang pada gadis itu. Peluang untuk teman wanita anda menukar topik ini untuk jadi something about her adalah sangat besar. Tiba-tiba anda akan dengar ayat-ayat seperti “you dah tak sayang I lagi”, “you lebih suka ex you”, dan lain-lain lagi yang hanya akan memanaskan telinga anda.

4. “Cuba tengok perempuan tu…”
Janganlah berani suruh dia rujuk kepada perempuan lain atas alasan apa pun kerana dia tak suka anda bandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara ringkasnya, anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah ada satu sahaja wanita yang anda kagumi, iaitu dirinya. Kebudak-budakan? Mungkin juga tetapi cubalah tengok akibatnya kalau anda cakap pasal perempuan lain di depan teman wanita anda.

5. “I tak cukup bagus untuk you.”
Bagi orang lelaki untuk merendah diri cara ini adalah pathetic dan melemaskan! Dengan bercakap begini, anda akan menunjukkan kelemahan anda yang tidak suka dilihat oleh kaum perempuan. Lagipun kalau anda tak cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih anda? Gunalah taktik lain yang lebih menyenangkan ye.

6. “I takde mood lah.”
Sekali lagi wanita akan menganggap this is about her walaupun sebenarnya bukan. Dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan anda bosan selain daripada dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana bagi dia setiap kali anda takde mood, it’s about her. Jadi elakkan dari menyebut ayat ini dan adalah lebih baik anda berdiam diri.

7. “Perangai you macam mak you lah.”
Sakit ke bang? Orang perempuan bukan tak bangga jadi anak mak dia tapi kalau you cakap macam tu, takut dia salah faham dan ingat you kata dia tua dan seorang yang tak cool. Lainlah kalau mak dia hot atau sporting perangainya. Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab dia tentu tak akan suka.

8. “Takyahlah nak emo…”
Biasalah orang perempuan emosi! Tetapi ketika dia emosi dan anda sebut ayat itu, dia akan serta-merta kecil hati sebab anda mempersendakan dia. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu!

9. “I tak sukalah baju tu…
Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk tackle perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka.

10. “Kakak/Abang you entah apa-apa.”
Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya. Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, don’t say it to her face. Kalau tujuan anda untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran!

okay. habis membebel. penat. =.=''

kau ni jenis COUPLE yang bagaimana ha?

Awek cun + balak hensem
Couple ni rilek saja..orang tengok pun nampk senang dan yang jeles pun ada =.=''

Awek cun + balak tak hensem
Kebanyakan awek yang cun mesti dapat balak yang tidak hensem.
balak ni selalunya mesti akan rasa bangga sebab dapat awek cun. kadang-kadang mesti nak pakai spek hitam konon-konon nak bagi balance ar.rasa nak sepak laju-laju ada laa kan? haha. balak yang tak hensem tersebut suka buat lawak nak tambat hati awek dia dan selalunya dompet balak ni mesti tebal.

Awek tak cun + balak hensem
Awek ni kalau kuar dengan balak dia mesti pegang tangan kuat-kuat punya taknak lepas. selalunya awek jenis ni sangat-sangat cemburu dan kalau tengok perempuan cun lalu saja sebelah balak dia,mesti buat jelingan maut punya. heh~

Awek tak cun + balak tak hensem
tak da sapa pun peduli couple ni..no komen.

Group of girls + 1 guy
Selalunya berlaku di kedai makan.. Seorang lelaki mesti bangga bila dapat dikelilingi dengan sekumpulan perempuan. Selalunya lelaki ni akan buat lawak yag tak seberapa lawak tapi dapaet tengok perempuan-perempuan tu punya gelak macam tengok persembahan Raja Lawak!

Awek cun berpakaian seksi
Mesti akan dapat tumpuan orang ramai,tapi dia tak kisah pun.Dah memang dia buat utk tayangan umum.

Awek tak cun berpakaian seksi
Waaaahhh!!! tobat cepat sebelum dengar kata-kata pedas org ramai."dah la tak lawa, pakai seksi pulak! rasa nak jentik je *tuuuttt dia! kui kui kui (120 juta kali)". Selalunya awek jenis ni merasakan dengan berpakaian seksi membuatkan mereka rasa cantik.Yelah, dapat tumpuan. Bukan tgk dia pun,tgk barang dia, =.=''

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive