blog ini akan di buka semula dalam tempoh
Showing posts with label kegemaran. Show all posts
Showing posts with label kegemaran. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

rezeki si lalat






cik sushi : btw, tahniah Harimau Malaysia! err. khairul fahmi tu single tak? ke still dengan dahlia teck tu? haha

Tuesday, May 31, 2011

tolonglah jangan bagi zureen bunga taik ayam!

haha. 
yes. 
zureen suka bunga! 
memang sangat suka bunga! 
so, entri ni zureen nak share pasal bunga! 
NAK BAGI ZUREEN BUNGA?
baca entri ni. hihi. 




1. Pastikan takde sekor LEBAH pun yang tengah syok menghisap bunga. 
kang tak pasal-pasal kena sengat. 
sape nak jawab?


2. Sila jangan bagi bunga tu dengan akar-akar dia sekali.
kalau nak bagi pun, letak dalam pasu, lepas tu baru bagi. =.=''


3. Bagilah bunga yang sedap didengar dan sedap disebut namanya. 
Bunga-bunga yang mengandungi perkataan 'TAIK' sangat-sangat tidak sesuai!


4. Bunga api atau tayar bunga yang tidak berkaitan dengan
tumbuh-tumbuhan adalah tidak relevan.
Jadi, jangan mengada nak buat lawak atau cari pasal. 
hihi.



5. Jangan pula nak mengenakan caj kepada bunga yang diberi. 
Korang ni ikhlas ke apa? 
nak berkira sangat!

cik sushi : menanti bunga dari anda! hihi~

Tuesday, May 10, 2011

okay, saya peminat Man United yang tak suka memekak!



entri ini bukan nak cari pasal. cuma nak membalas kenyataan salah seorang peminat chelsea di SINI . zureen nak ulang : entri ini bukan nak cari pasal, jauh sekali nak ajak awak bergaduh.


saya fan man united. oke. boleh kutuk sekarang. macam ni lah. situasinya sama. memekak ke, tak memekak ke sama saja. for sure kalau chelsea menang pun memang akan memekak punyelah! haha. tapi zureen dengan blogger ni kawan. member sesama blogger. cuma team je lain. tak pernah gaduh. :)

ya. memang. tak dinafikan peminat man united agak gentar dengan chelsea. tapi bukan bermakna kami sebagai peminat fanatik man united (ceyy) tidak mengharapkan apa-apa daripada pelayer-player man united tersebut. sememangnya kami menaruh harapan yang tinggi kerana match tersebut sangat penting!


awak, peminat man united ke, liverpool ke, chelsea ke, man city ke, kalau dah kalah, memang akan cari alasan. kalau awak just diam and duduk je, awak adalah sebilangan kecil yang berkelakuan sedemikian. ramai sangat member zureen yang tak puas hati  man united menang. tapi malas nak bertekak. menang tetap menang, kalah tetap kalah.

kesimpulannya, it is just a ball. sukan bola ni bukan untuk bergaduh, tapi untuk mengeratkan sillaturrahim. btw, memang happy gila man united menang sampai lambat masuk kuliah!

cik sushi : tak sabar nak tengok match man united vs. barca! 

Tuesday, March 29, 2011

saya suka jadik cikgu :)

zureen nak share sikit kegembiraan budak-budak sekolah bila zureen dan rakan-rakan lain tiba dekat SK. Kampong Biah, Keningau.










tenkiu adik Hafiz! love u too! mueheheheh~

cik sushi : makin cintakan profession keguruan ni. hehe.

Wednesday, March 16, 2011

selesaikan rubic cube? hanya dihujung jari anda!



"boo!!! tak dapat buat rubik'' sambil buat muka di atas.



rubik? apa tu rubik? permainan yang zureen dah bosan dah.. memang zureen terer laa pasal bab-bab rubik ni. bhahhahha! astaghfirullah, riak pulak! ish-ish. baiklah. zureen memang berniat nak buat satu tutorial. nak ajar semua orang step-step mudah nak selesaikan rubik tu.

dekat hostel, ada laa 2,3 orang yang berjaya menyelesaikan rubik tu. ehemm. tengok sape laa yang ajar kan? tapi, lagi ramai yang tak dapat selesaikan actually. haha.

orang tua-tua kata, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kan? zureen dulu belajar, taklah lama sangat macam kawan-kawan zureen yang lain ni.. adalaa dalam 2 hari setengah. heh. tak lama. yang penting kuat ingatan. zureen nak kongsikan dengan anda sedikit tips nak selesaikan rubic cube ni. hehe.


memanglaa di mana ada kemuahuan di situ ada jalan kan? tapi kalau dah memang tak masuk dek ajar, tensen jugak dibuatnya. bahhahahha!

cik sushi : paling kejap buat rubik ni 50saat. tapi adik buat 24saat je. ntah macam mana begitu laju. ish-ish. =.=''

mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata!

Adakah anda tahu?

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk-penduduknya.
 
24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

29. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office. Pelik bukan!

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan ?

cik sushi : kekekeke!!! OK dah pegi buat keja.

Tuesday, March 15, 2011

Rasulullah S.A.W : "jangan kau kahwini wanita yang enam"

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.
 
sumber: Sekolah Menengah Arab Assaiyidah Khadijah Merlimau

Monday, March 14, 2011

TAHNIAH LEE CHONG WEI!!

haha.
hari ni zureen sangat berpuas hati di atas persembahan sekaligus keputusan perlawanan badminton All England yang dipersembahkan oleh Lee Chong Wei, hero badmintonb Malaysia. Sesungguhnya, aksi beliau yang memang bersungguh-sungguh menentang musuh tradisinya - Lin Dan memang memotivasikan diri ini untuk membeli kasut badminton baru. haha!

tapi memang puas hati laa tengok match tu. Secara jujurnya, hari tu bukan hari Lin Dan. Tengok Lin Dan main pun banyak mistakes. berdebar-debar jugakla. tapi alhamdulillah, kemenangan berpihak pada Malaysia.

Satu je zureen tabik pada DLCW, dia tak sombong! even dia menang or kalah, tetap nak peluk-peluk Lin Dan. tak pernah pun nak menari-nari macam si 'beliau' kan? memang best lah! Sayangnya, zureen tak ambil kesempatan untuk merakamkan beberapa keping gambar bersama beliau hari tu. ruginyaaa! hope DLCW datang sabah lagi nanti.

I LOVE YOU DLCW!

cik sushi : encik sushi baca ni mesti jeles. hehe.

Monday, January 10, 2011

zureen kata : ''saya dah puas hati dah! (pulak!)''

salam bloggers!

yes. walaupun zureen tak puas hati Faizal Tahir tak dapat jadi juara AJL 25 macam kat entri INI, zureen nak berpuas hati lah jugak sebab team bola zureen dapat menewaskan Liverpool dengan jaringan 1-0 semalam. zureen akui, zureen memang tak concentrate tengok bola semalam. yelah, asyik tukar-tukar channel je. kejap tengok bola, kejap tengok AJL! =.=''

gol tunggal Ryan Giggs pada perlawanan tersebut sudah cukup membuatkan Liverpool dan Kenny Dalglish berputih mata. hehe. 

dan juga membuatkan seluruh meng-ANTI man united turut sama meraung - menangis kekecewaan

dan kepada encik Amri Ashraf, walaupun team awak kalah, saya tetap sayang awak! hihi.



BENCANA : tackle keras yang dilakukan oleh Daniel Agger terhadap Berbatov di kawasan kotak penalti memusnahkan Liverpool untuk menang di tempat lawan

aksi dua pemain hebat - Nani dan Gerrard

cik sushi : Liverpool kalah je encik Amri kite bad mood. sampai sekarang. ='(

Monday, January 03, 2011

pertubuhan di SABAH nak ubah 'Harimau Malaya'??

KOTA KINABALU: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sabah meminta gelaran Harimau Malaya untuk pasukan bola sepak negara yang menjuarai Piala Suzuki AFF minggu lalu, diubah kepada Harimau Malaysia bagi mencerminkan konsep 1Malaysia, berbanding Malaya yang tidak menggambarkan kesepaduan masyarakat pelbagai kaum negara ini.

Mereka menyifatkan gelaran Harimau Malaya bukan setakat tidak mencerminkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia, malah seolah-olah menafikan penyertaan kedua-dua negeri dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Presiden Majlis Belia Sabah (SYC), Kevin Lim, berkata rakyat Sabah turut menyambut kejayaan pasukan bola sepak negara menjuarai piala berkenaan tetapi agak terkilan kerana pasukan itu digelar sebagai Harimau Malaya sedangkan istilah yang sepatutnya digunakan ialah Harimau Malaysia.

artikel selanjutnya di SINI.

cik sushi kata : harimau Malaya ke, harimau Malaysia ke, zureen tetap setia menyokong pasukan bola sepak Malaysia!!!

Sunday, December 26, 2010

PENGUMUMAN : kedai sushi zureen ditutup!

SERIUS! 
zureen sangat-sangatlah tak sabar nak serang stadium bukit jalil! ada tinggal beberapa jam saja lagi. haih. lambatnya masa berlalu. penantian suatu penyeksaan tahu tak? :) okaylah. zureen nak bagitahu semua pelanggan setia kedai sushi tentang pengambilan cuti rehat zureen. 

kedai sushi zureen akan ditutup mulai 26 Disember 2010 dan akan mula beroperasi semula pada 28 Disember 2010 kerana tuan sushi berada di sekitar Kuala Lumpur. kepada mana-mana pelanggan sushi yang ingin mengorder, sila tinggalkan link anda di ruangan 'chatbox'. hehe.

dan kepada pelanggan-pelanggan kedai sushi semua, anda diminta untuk sama-sama memeriahkan stadium bukit jalil. kot-kot anda boleh jumpa zureen juga kan? kepada yang tengok kat TV je, perati TV tu betul-betul. kot-kot ada masuk muka zureen kat TV tu nanti. haha!

bahangnya makin terasa! anda?

zureen sertakan sedikit gambar-gambar yang zureen ambik dengan handphone sepanjang perjalanan ke stadium bukit jalil untuk membeli tiket perlawanan bola sepak. sorry if gambar tak berkualiti. 

zureen ditemani dengan 2 orang jejaka.
muka macam cina - Muhamad Nazreen (adik lelaki)
rambut afro - Mohammad Haszairie Heezad (cousin rapat)


time tengah tunggu bas =.='' tak suka menunggu~

P 14 =)

dah sampai Bukit Jalil yaww!




KL Transit ke putrajaya/cyberjaya

tiket!

belakang tiket! tempat duduk kita dekat-dekat tak? =)

Alamanda : Hot Plate : Lunch!

tunggu bas balik =.='' mencik!



------------------------------
sampai kat rumah, zureen buli dak comel ni!
mangsa : nur haszaratul heezwin (adik kepada si rambut afro di atas)




comel kan?

cik sushi kata : 
terima kasih juga kepada abang entah kerana mengambil gambar zureen curi-curi time beli tiket. ciss!

SAYA BLOGGER SABAH!

"Saya Blogger Sabah"   

Katagori sahabat blogger mengikut negeri ini diasaskan oleh encik Azman Roslan melalui blog ciptaannya iaitu Blog Pilihan Malaysia. hehe. zureen dah join. anda bila lagi? nak join, klik SINI!

Apa yang perlu, anda cuma perlu baca syarat-syarat penyertaan INI.

Nama anda

nama betul : azureen amjah
nama manja : zureen, olen, reen,
nama dalam blog : cik sushi, tuan sushi, zureen

Status anda
belum berkahwin ya? :) 

Cara hubungi
Facebook - Azureen Amjah
Email - luvbabyreen@yahoo.com

Daerah/Jajahan anda
Keningau, Sabah

Tempat tinggal
1. Taman Kinamas, Beaufort, Sabah
2. Country Heights, Penampang, KK
3. IPG Kampus Keningau

Apa yang menarik di tempat anda
makanan murah-murah
masyarakat yang peramah
ada gunung kinabalu (pernah daki setengah je..hihi)
seafood sangat murah!
gadis-gadis yang putih gebu
ada 1 Borneo :)


Friday, December 24, 2010

Day 1 : Family Vacation

Day 1

haih! 21 Disember! dalam kepala dah berlegar-legar undian BBPM 2010. siapalah nak undi blog zureen kalau zureen tengah vacation ni? dah laa zureen tak promote gila-gila. promote sikit-sikit je. entah mereka baca, entah tidak. risau.

flight MAS jam 6.50 pagi. sampai KLIA jan 8.20 pagi. perjalanan dari KKIA dan KLIA tidak begitu banyak yang boleh diceritakan. yang hanya zureen boleh rumuskan di sini, kakak pramugari tu comel! lawa! sanggul tinggi. ala..as usual lah kan? pramugara? hmm.. tak laa handsome sangat. haha. sorry! jujur ni.

zureen duduk kat seat number 17 B. kira dok tengah-tengah laa kan? sebelah kiri, adik perempuan. sebelah kanan tak kenal. =.='' ya. lelaki. tak. jangan risau. kiteorang tak berkenalan pun. haha.

lebih kurang 19 minit nak sampai, adik perempuan nak terkucil lak. adess.

''kak, bibi mau kencing..''
''macam mana mau kencing? ada orang di sebelah ni.. dia tidur''
''alaa.. bibi nda tahan suda ni..''
''tahan ja laa.. kejap lagi sampai..''

dan sebelum sampai juga, zureen sempat pasanag BULU MATA! haha.

---------------------------------------------------

dah sampai. zureen dan family naik KL Transit ke putrajaya/cyberjaya. aunty tunggu kat situ. hehe.sampai kat rumah, rehat, dan tengok undian. 0%!! macam mana ni???








cik sushi kata : tunggu apa zureen buat day 2 di entri seterusnya! :)

kedai sushi zureen TOP 10!

ImageChef Sketchpad - ImageChef.com

salam. hihi. baru ambik award ni dari rakan blogger. jom terjah blog dia! klik SINI! hensemboy tau! ngeh-ngeh.

mungkin ramai yang tidak tahu. zureen tersenarai dalam TOP 10 blog baru pilihan malaysia 2010.

terima kasih daun keladi zureen ucapkan kepada : pembaca-pembaca blog zureen yang sudi mengundi even zureen tak dapat nak promote blog zureen sangat kerana kebetulan pulak zureen melancong sekarang ni. hihi.

terima kasih : zureen ucapkan kepada papa sebab sudi meminjamkan zureen broadband untuk mengupdate entri-rntri terkini. tidaklah sepi tanpa berita kan?

terima kasih : kepada pelanggan-pelanggan kedai sushi zureen yang tak putus-putus singgah even tuan sushinya kadang-kadang tertidur kepenatan melayan anda semua. hihi. sedap sangat ke sushi zureen? hihi.

terima kasih : kepada encik azman roslan yang menjadi tulang belakang kepada blogger-blogger yang baru. sememangnya, platform seperti inilah yang membantu kami. anda terbaik!

terima kasih : kepada abang sushi kerana sabar - menanti SMS tak berbalas. especially, time tengah berkekmpen. i love u. haha.


cik sushi kata : nak tahu apa zureen buat time cuti-cuti ni? kita jumpa di entri yang seterusnya!

Sunday, December 19, 2010

tidak dapat lupakan kekasih lama? zureen sedia membantu!

tak dapat lupa kekasih lama?
haha. jom! zureen sedia membantu!

1.Anda tulislah 10 pucuk surat dan anda poskan kat diri anda sendiri, pastu balaslah balik kesemua surat-surat tersebut. Lakukan setiap hari, 3 kali sehari. hihi.

2.Jauhkan diri anda daripada filem-filem Hindustan dan juga drama-drama swasta yang tangkap raung. :P

3.Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau buat sesi berkenalan tepi-tepi jalan. Bukak lah warung khas untuk sesi interview tu. Alaaa.. bunga bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi. hihi.

4.Buat perusahaan menternak itik. Nanti bila itik dah bertambah, pasti akan lupa kat pasangan anda tu, sebab terlalu sibuk menjaga itik-itik gembo. hihi lagi.

5.Sibukkan diri dengan bekerja. Bantai overtime banyak-banyak. Bila duit dah berjuta nanti, cari saja yang lain, kahwin terus, senang hidup tak payah susah-susah nak sakitkan kepala. kan? hihi.

6.pergi ngadap cermin yang sememangnya setia dengan anda. buatlah lawak gila yang tak masuk akal, pastu gelaklaa sendiri-sendiri. :)

7.Ulang perbuatan nih sampai 3x. ikut tau! oh-oh!

8.Kalau still teringat kat pasangan anda tu, anda pergi cari tangga. alaa.. cari sajalah dekat rumah mana-mana atau pun bangunan berhampiran, buat-buatlah terjatuh dari tangga, sampai terus hilang ingatan, nescaya, anda akan lupakan terus pasangan anda tuh. dengan diri sendiri pun anda tak akan ingat lagi. hihi.

9.Kalo ingatan anda masih ada, pergi saja rumah jiran sebelah, pinjam tukul, pastu buat tak tau sambil ketuk pala sendiri sampailah hilang ingatan. hihi :P

NOTE:

A.kalau jiran anda tak bagi minjam tukul, curikk je, pastu lari..takkan dok buat sesi berkenalan dengan jiran anda lak kan? hihi.

B.Kalau susah sangat, hantuk saja kepala anda tu kat dinding rumah, buat sampai rasa dah bosan dengan hantukan tuh.

10.Gantung gambar si dia kat dinding. kutuk, karate, gusti, gigit, mamam, telan atau buatlah apa-apa saja asal hati rasa puas.

cik sushi kata : sungguh mujarab. belum cuba belum tahu, dah cuba mesti tak mahu cuba lagi. hihi. okaylah, zureen mengucapkan SELAMAT MENCUBA!

Saturday, December 18, 2010

BBPM 2010 dah lepas. Alhamdulillah.

salam =)

awak-awak semua. maaf ya? sudah 2 hari tidak update blog. sangat sibuk dengan Blog Baru Pilihan Malaysia 2010. berbaloi juga bila dah lepas 1st stage. terima kasih kepada yang mengundi blog zureen ya? zureen appreciate sangat! follower zureen tak ada lah ramai macam blogger-blogger yang lain ikut masuk BBPM tu. blogger zureen setakat 300++ saja. tapi, Alhamdulliah, ramai juga yang baca blog zureen. 

KLIK untuk BESAR PUNYE!

ni laa PILIHAN 8 yang berjaya masuk ke peringkat ke-2! :)


dan banyak juga komen-komen pembaca yang zureen dapat. itu semua sangat membantu. ada juga yang complain sebab blog zureen tiada menekankan tentang isu-isu semasa - khususnya tentang remaja sekarang dan juga isu yang berkaitan dengan agama.

zureen ingin menjelaskan di sini. sebenarnya unsur-unsur tersebut ada. cuma zureen tidak berapa memperbanyakkan isu-isu tersebut. InsyaAllah, kalau ada isu yang boleh zureen muatkan tentang perkara tersebut, zureen akan memuatkannya. buat masa ini, zureen masih dalam proses pemantapan isi. terima kasih di atas komen membina anda ya?

lagipun, sebenarnya, blog zureen ni dah 'rojak'. semua ada. pasal personal life, hiburan, sukan. oleh itu, zureen tidak menekankan sangat tentang perkara-perkara yang tertumpu pada satu tema yang khusus.

wah. agak serius penulisan di atas kan? haha! okaylah kawan-kawan semua. sekali lagi zureen mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda semua. sama ada yang mengundi atau hanya membaca sahaja. hehe. teruskan mengundi zureen untuk peringkat kedua nanti ya?

p/s : zureen tak tidur tunggu tepat jam 7 BBPM tutup dan zureen mendapati dah 320 undi! terima kasih!!!

Sunday, December 12, 2010

Kempen BLOG PILIHAN MALAYSIA bersama BEN ASHAARI



12 Disember, AHAD, Sabah - Blogger terkenal iaitu saudara Ben Ashaari telah menemuramah salah seorang calon sempena Kempen Blog Pilihan Malaysia bersama Ben Ashaari semalam. Azureen Amjah - seorang bakal guru sekolah rendah merupakan salah seorang yang telah ditemuramah.

''Kenapa anda sertai contest Blog Pilihan Malaysia?,'' BA memulakan soalan temuramah.
''sejujur-jujurnya, zureen sangat suka menambah kawan-kawan baru. dan bagi zureen, mungkin ini merupakan platform terbaik untuk menambah kenalan dan sekaligus popular macam abang ben laa jugak. haha! sumpah! jujur ni tau!,'' jawab zureen berseloroh.

''Kenapa anda rasa anda layak diundi?'', BA mengutarakan soalan kedua.
''zureen rasa blog zureen layak diundi kerana sememangnya tidak memuatkan entri-entri yang tidak HANGAT! haha. contohnya entri INI. sehinggakan makwe penjaga gol ini tahu zureen tulis pasal boyfriend beliau. ish-ish. hangat-hangat!'' jawab zureen sambil mengunyah sushi.

''selain itu, zureen percaya pada kemampuan dan usaha zureen dalam menghasilkan sesebuah entri yang akan memuaskan hati pembaca. dan buat masa ini mungkin belum semua yang puas, tapi zureen cuba semampu yang boleh,'' tambah zureen sambil tersenyum.

''ceritakan serba sedikit latar belakang blog anda'', BA memberikan soalan terakhir.
''sebenarnya tiada tema yang khusus dalam blog zureen ni. semua ada. info pasal BOLA, tutorial, masakan, tips-tips, info-info terkini, hiburan, kisah cinta, photography. pendek kata, tidak ada yang tiada di blog zureen. dah macam rojak!,'' jawab zureen sambil ketawa comel. hik-hik.

''kepada semua pembaca di mana juga anda berada, terima kasih kerana terus membaca blog zureen dan zureen akan janjikan yang terbaik untuk anda semua. jangan lupa undi pilihan 8, nombor 285 okay?'', zureen akhiri perbualan dengan sesi bergambar bersama Ben Ashaari.

sekian, kita kembali ke sri pentas. 


About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive