blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Monday, January 03, 2011

pertubuhan di SABAH nak ubah 'Harimau Malaya'??

KOTA KINABALU: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sabah meminta gelaran Harimau Malaya untuk pasukan bola sepak negara yang menjuarai Piala Suzuki AFF minggu lalu, diubah kepada Harimau Malaysia bagi mencerminkan konsep 1Malaysia, berbanding Malaya yang tidak menggambarkan kesepaduan masyarakat pelbagai kaum negara ini.

Mereka menyifatkan gelaran Harimau Malaya bukan setakat tidak mencerminkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia, malah seolah-olah menafikan penyertaan kedua-dua negeri dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Presiden Majlis Belia Sabah (SYC), Kevin Lim, berkata rakyat Sabah turut menyambut kejayaan pasukan bola sepak negara menjuarai piala berkenaan tetapi agak terkilan kerana pasukan itu digelar sebagai Harimau Malaya sedangkan istilah yang sepatutnya digunakan ialah Harimau Malaysia.

artikel selanjutnya di SINI.

cik sushi kata : harimau Malaya ke, harimau Malaysia ke, zureen tetap setia menyokong pasukan bola sepak Malaysia!!!

No comments:

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive