blog ini akan di buka semula dalam tempoh
Showing posts with label kami. Show all posts
Showing posts with label kami. Show all posts

Friday, August 05, 2011

kenapa zureen bersedih?

kenapa hari ini saya bersedih?


senang jawapannya : masalah peribadi. 
percaya tak kalau zureen nyatakan bahawa tulisan di atas tu hasil luahan isi hati zureen?
saja buat cakar ayam supaya orang tak boleh baca.


"Ya Allah, Kau tabahkanlah hatiku. Tunjukkan aku jalan yang patut aku pilih. Sesungguhnya, Kaulah tempatku memohon pertolongan''

semoga esok mata zureen tidak bengkak lagi.
ais cube please~

Monday, June 20, 2011

SEGMEN : selamat hari bapa!

asalammualaikum semuanya!
entri kali ni zureen nak tulis pasal papa.
segmen ni CIKGU WAN yang buat.
jom support!!!
join ramai-ramai oke?

banner menarik yang zureen pilih. banyak lagi sebenarnya, tapi ni agak comel sikit! hehe~
cik sushi : kepada semua papa, tak kira laa bakal papa ke, selamat hari papa! kepada yang belum jadi papa, kalau rasa-rasa anda tu boleh jadi papa yang baik, sila komen laju-laju sini! i nak kenal! hahahahhaha~

Wednesday, June 15, 2011

cinta saya UNTUK SHAHIR (AF)

salam.
sebenarnya entri ni zureen tujukan khas buat encik Shahir AF8.
Shahir, sila baca oke?
(zureen taip sungguh-sungguh!)



Encik Shahir,
semua orang tahu yang kita sedang hangat bercinta.
ya. mungkn ada yang belum tahu.
tapi, kita memang tengah hangat bercinta.
zureen tak minta banyak Encik Shahir, Zureen minta 5 perkara sahaja.
ya. 5 sahaja.

1. JANGAN NAKAL
Saya tahu Encik Shahir ramai peminat. mungkin mak datin pun ramai yang minat kat Encik Shahir. Tapi zureen harap Encik Shahir tak laa nakal-nakal dengan mereka. Kawan tu oke, zureen tak pernah halang pun. Kalau Encik Shahir tak nakal-nakal, benda ni akan mempertahankan hubungan kita yang dibina setahun lalu. Saya tahu Encik Shahir jarang keluar dengan kawan-kawan perempuan. Yang saya tahu, Encik Shahir keluar hangout pun kat kedai member or main futsal. Saya tahu. Sebab tu saya tak kisah atau risau sangat.

2. JANGAN LUPA.
Bila Encik Shahir dah hangout dengan member-member tu, jangan lupa mesej saya. Sejam sekali mesej pun tak apa. tapi, Encik Shahir yang saya kenal tak pernah lupakan saya. Encik Shahir selalu bagi mesej, setiap 30 saat ada saja mesej dari Encik Shahir. kadang-kadang zureen lupa nak balas sebab tengah sibuk buat kerja lain atau tengah ber'blogging'. Zureen minta maaf sangat-sangat. Harap Encik Shahir tak kecil hati dan takkan lupakan Zureen walau di mana Encik Shahir berada oke?

3. TENGOK GAMBAR
Bila Encik Shahir free, Encik Shahir belek-beleklah wajah zureen yang tak seberapa ni kat laman facebook. Zureen selalu update gambar tahu? jangan lupa komen atau paling kurang pun tekan butang 'like' tu. hehe. terubat jugak rindu Encik Shahir dekat zureen nanti kan? Tapi, bila tengok gambar-gambar Zureen tu, tak sah kalau takde komen dari Encik Shahir. rasa suka dan best sangat-sangat! TQ Encik Shahir!

Kalau tak dapat tengok gambar pun takpe, Encik Shahir boleh tengok-tengok raket badminton Encik Shahir kat rumah tu. mesti terubat atau teringat kembali detik-detik kita main badminton sama-sama kan? :)

4. PAKAI BAJU
Ya. Encik Shahir. Jangan lupa juga pakai atau ambik bau baju kapel yang kita beli hari tu. kui kui kui (20 juta kali). kalau tak nak pakai takpe, zureen tahu baju tu body fit! Encik Shahir malu nak pakai sebab nampak bentuk badan Encik Shahir yang tegap tu kan? takpe. Buat baju tu sebagai bantal busuk atau lap-lap peluh lepas main futsal pun takpe. Yang penting Encik Shahir ingat zureen dekat sini.

5. DENGAR SUARA
Encik Shahir, sebenarnya suara zureen lagi sedap daripada suara Encik Shahir kan? kita selalu nyanyi sama-sama. kui kui kui (20 juta kali). malunya! Okay, zureen minta, walau Encik Shahir bz macam mana pun, call-call laa zureen. Seminggu 3 kali pun takpe. Zureen faham.

Okaylah Encik Shahir, zureen tak minta banyak. Zureen minta 5 sahaja. Betul. Tak mahu minta lebih.Dan tak sabar nak tunggu Encik Shahir balik Sabah 19 JUN nanti!

Lelebiu Encik Shahir AF8 a.k.a AMRI ASHRAF! 
dari kiri : amri ashraf, papa

okay peminat shahir! bertendang! eh, bertendang lak. bertenang! sebenarnya, Amri Ashraf ni kena gelar Shahir kat kampus. Mereka-mereka semua kata muka dia iras shahir. heh. BTW, thanks sebab sudi membaca! kui kui kui (20 juta kali).

Thursday, May 05, 2011

pihak lain mengganggu cinta saya?

pernah tak anda rasa give up dengan hubungan anda? sebenarnya bukan give up pasal asyik bergaduh or whatever. tapi pasal pihak lain. ya, pihak lain. zureen tak pernah pun. tapi kawan-kawan zureen pernah mengalaminya. zureen minta sangatlah dijauhkan perkara ni.

selalunya pihak lain ni menjurus kepada ex-girlfriend/ex-boyfriend pasangan anda. masalah timbul apabila kekasih anda masih berhubung dengan mereka. jika sekadar berhung atas dasar kawan tak apa. jika sebaliknya bagaimana? sehinggakan ke proses menggoda dan merujuk kembali? memang rumit kan?

pihak lain ini juga boleh menjurus kepada pihak keluarga kekasih. sebagai contoh, masalah tidak direstui, tidak disukai, tidak menepati cita rasa keluarga dan sebagainya. ini lagi rumit. kalau ibu kata tidak, maka tidak lah. kalau ayah kata tidak, tidak lah.

pihak lain juga boleh dikaitkan dengan kawan-kawan kekasih. ada yang complain, tak sesuai lah, tak cantik lah, tak handsome lah, tak comel laa, tak sexy lah. hey, bukan mereka yang nak kahwin!

perkara ini akan berlanjutan sekiranya diri kita sendiri tidak menegaskan bahawa kita sememangnya menginginkan sebuah ikatan percintaan yang serius. kita kena menegakkan pendirian kita terhadap cinta yang kita bina.

cik sushi : kalau pihak-pihak lain ni terus mengganggu, apa yang akan anda lakukan? break up? atau pertahankan?

Thursday, April 28, 2011

PERGGHH! rindunyaaa!



baru saja tadi berborak dengan member pasal bf masing-masing. bila dengar dan cerita memang rasa lawak sebab lelaki ni agak comel juga kerenah mereka kan? haha. lepas tu, bila tengok entri INI, makin rindu pula. Tambahan lagi dengar lagu korea. Pergghhh! memang tangkap leleh laa sekarang ni. (malu!!!)

hari ni zureen agak busy sebab ada tetamu dari IPKB datang kampus zureen ni. so, bila jadi JPP memang busy sikit. tak perasan pula zureen takterlayan SMS si dia. sorry pa (sambil wat muka comel nak pujuk). Perghhhh!

macam manalah dia dekat Melaka tu ya? sudah makan? sudah mandi? hari ni pakai baju warna apa? sihat tak? tempat tidur selesa tak? uhhh~ rindunya. Perghhhh!

Bila belek-belek mesej tadi, hari ni ada 212 mesej saja. bayangkan, betapa busynya zureen hari ni. hoho. tapi, pa tahu kan ma sayang pa? Perghhhhh!

antara mesej dia yang terakhir hari ni:

"Pa hitam suda..huhu. ramai yang cakap pa hitam"
 "Huhu.. biasala men bola kan.."

"Tak hensem suda.."
"Adada..biarlaa tuuu.."

"Nanti ma juga yang taknak.."
"Eh? bila ma cakap macam tu?"

"Tak cakap. hehe. jangan laa serius.. :)"
"naa.. pa tu yang cakap ma tanak dekat pa.. ma tanak betul-betul nanti baru tahu.."

"Adada.. tak nak? rugi tau nanti.. haha"
"haha.. wekkkk! ;p"

"Love u! Pa training dulu k?"
"lebiuu"

"Love u sayang!"
"lebiutuuuu.. pa, IPKB datang.."

"Dorang watpe? lelaki? perempuan? jangan gatal-gatal tau.."
"ada bench marking.. :)"

"Jadi ma terlibat la?" 
tak ter'reply'

"aik bz? k sorry ganggu"
"sorry.. nda dengar tadi"
(senyap)

cik sushi :
sorry, saya busy sangat hari ni.
awak tahu saya rindu dekat awak kan?
PERGHHHH RINDUNYA!

Tuesday, April 26, 2011

wakil IPG untuk SIPMA. tahniah!

tahniah kepada saudara Mohd. Amri Ashraf kerana berjaya terpilih untuk mewakili IPG ke SIPMA!
eh? memang anda semua tak kenal pun. haha.
best defender ever ni!
apa boleh buat je dah masuk jadi cikgu.
kalau tak, boleh wakil Malaysia dia ni. hihi.
Over pula.

oke.oke.
congratulations ya?



kira-kira nak ajak tengok bola.
Sabah vs. Terengganu dekat stadium likas nanti.
tapi dia training pula.
haih =.=''

eh-eh. apesal mata abe yie macam tak bukak je tuh? hahaha!

oke, yang ni mengada sikit. hihi.



cik sushi : kami scandal. oke, tipu je. haha! <3

Thursday, March 10, 2011

kepada amri ashraf ;)

kasihku,
ku amat mencintai kamu,
karna kau beri erti hidup,
ku kan terus mencinta
sedetik lebih,
serta selamanya <3


cik sushi : lama tak post jiwang. sila jangan maki. haha.

Wednesday, January 05, 2011

awak, tolong jangan diet okay?

''ma, pa gemuk lah!''

''ma, pa gemuk tak?''

''pa rasa pa gemuk!''

''alamak, berat pa naik 5 kg!''

''pa tak mahu makan nasi''

''mulai hari ni, pa mau diet, pa mau makan mee saja''

encik amri ashraf. awak tak gemuk. sumpah! awak saja rasa awak gemuk. =.=''
saya tengok body awak okay je. tak gemuk pun.
jangan laa cengkung sangat. tak hensem.
kang tak pasal-pasal orang lain ingat awak putus cinta. 
yelah, dah cengkung macam tu mesti kawan-kawan awak or family awak risau.kan? adeh.



jangan diet okay? =)



Friday, December 24, 2010

Day 1 : Family Vacation

Day 1

haih! 21 Disember! dalam kepala dah berlegar-legar undian BBPM 2010. siapalah nak undi blog zureen kalau zureen tengah vacation ni? dah laa zureen tak promote gila-gila. promote sikit-sikit je. entah mereka baca, entah tidak. risau.

flight MAS jam 6.50 pagi. sampai KLIA jan 8.20 pagi. perjalanan dari KKIA dan KLIA tidak begitu banyak yang boleh diceritakan. yang hanya zureen boleh rumuskan di sini, kakak pramugari tu comel! lawa! sanggul tinggi. ala..as usual lah kan? pramugara? hmm.. tak laa handsome sangat. haha. sorry! jujur ni.

zureen duduk kat seat number 17 B. kira dok tengah-tengah laa kan? sebelah kiri, adik perempuan. sebelah kanan tak kenal. =.='' ya. lelaki. tak. jangan risau. kiteorang tak berkenalan pun. haha.

lebih kurang 19 minit nak sampai, adik perempuan nak terkucil lak. adess.

''kak, bibi mau kencing..''
''macam mana mau kencing? ada orang di sebelah ni.. dia tidur''
''alaa.. bibi nda tahan suda ni..''
''tahan ja laa.. kejap lagi sampai..''

dan sebelum sampai juga, zureen sempat pasanag BULU MATA! haha.

---------------------------------------------------

dah sampai. zureen dan family naik KL Transit ke putrajaya/cyberjaya. aunty tunggu kat situ. hehe.sampai kat rumah, rehat, dan tengok undian. 0%!! macam mana ni???








cik sushi kata : tunggu apa zureen buat day 2 di entri seterusnya! :)

Saturday, November 27, 2010

KAMI KANTOI dengan AWEK khairul fahmi (penjaga gol kebangsaan)!!!

salam.
okay. kembali kepada kondisi entri yang penuh dengan perkataan.
ya. banyak yang perlu dijelaskan di sini.
haha.
kisah ini bermula macam ni.

zureen rasa excited sangat tengok entri zureen MEREKA REBUTKAN KHAIRUL FAHMI CHE MAT! (klik untuk baca) mendapat sambutan yang menggalakkan. (sebenarnya, tak expect pun boleh jadi macam tu =.=''). zureen pun belek-belek laa traffic zureen dan ada diantaranya yang baca entri zureen tersebut dari laman cik elia.

sumpah! Zureen tak kenal cik elia ni.
bila hobi baca entri orang, tergerak hati pulak nak baca entri cik elia.
tiba-tiba.. (suspen tak?)
nah! terpampang di dada entri cik elia pasal entri zureen.
baca punya baca..
laa.. kekasih hati khairul fahmi rupanya.

boleh pulak entri tersebut sampai ke pengetahuan beliau kan?
mungkin satu Malaysia sudah tahu?
kantoi suda saya~

pastu, nak dijadikan cerita,
memang gelabah habis lah! haha.
yelaa.. mesti orang ingat kiteorang ni serius nak rebut-rebut khairul fahmi tu.
adess.
so, macam rasa nak memberi press conference laa pula kan? haha!

cik elia,
bukan-bukan. kami main-main saja itu.
bukan betul-betul pun.
lepas ni nak buat entri 'kami rebutkan david bekham' pula.
harap-harap posh tak amik tau. haha.

anyway, hope cik elia n apek kekal bahagia tau.
hehe.

lepas kes ni, kiteorang ada buat hal lagi pasal khairul fahmi ni. hahah!
target : nak masuk paper pula. hahhahah! (sumpah! gurau! hehe)

so, kiteorang ada buat perbincangan pasal blog cik elia. hihi





































p/s : boyfriend saya pun pemain bola =)

Saturday, November 20, 2010

we are HOT HILTON CREW! haha

salam.
post ini dibuat khas untuk cuzzy-cuzzyku sayang.
zureen sangat merindui mereka.
sememangnya mereka lebih mengerti.
i need them NOW.

1. fairuz azah ezah

yes. she is a drummer! great drummer! drummer ni sangat-sangat happening! ya. otak pun kadang-kadang masuk air juga (haha!). selalu buat lawak (even benda tu serius, zureen rasa memang lawak!) haha. drummer ni merangkap ketua kumpulan dan beliau jugalah yang telah mengasaskan kumpulan ini. boss, bila agaknya nak buat album baru ni? haha

fairuz (kanan) - drummer terulung

vocalist bersama drummer ;)


2. azsyerrah

dia ni pula merangkap bendahari. haha! band pun ada bendahari kan? sangat hebat dalam bermain lead guitar. yes! hebat! asyerrah merupakan ahli kumpulan yang paling best sebab dia suka gelak! benda-benda yang remeh-remeh pun dia boleh gelak. kadang-kadang zureen dan ahli-ahli band lain hairan ''budak ni ok ke tak?'' ''budak ni nak masuk hospital ke?'' haha! tapi yang bestnya, azsyerrah ni sangat minat dengan kumpulan-kumpulan korea! dia sanggup jual lead guitar dia semata-mata nak beli ticket tengok konsert dorang. ish-ish.

ye. dia azsyerrah! eh? tak puas hati nampak belakang jep? adess.

haaa.. ambik! drummer and lead guitarist! :P


3. jira

yang ni agak pemalu sikit. yalahh. paling HOT kan? susah sikit nak bawa dia ni jalan-jalan. asal nak jalan saja kena tulis surat kebenaran. takut kalau-kalau kena serbu peminat ke, orang histeria tengok dia ke, haha! jira merupakan pemain bass gitar dan memang hebat bermain. beliau sama seperti azsyerrah! sanggup menjual bass gitar semata-mata nak beli tiket konsert band korea. haaa... lagi satu, jira ni jugak merangkap setiausaha, perunding untuk buat show. al-maklumlah, rasanya dia yang paling bijak dalam urusan-urusan macam ni. hehe.

comel kan bass guitarist ni? :)

ya. dia memang suka buat 'peace' time take picture. :P


4. bb

ya. yang ni paling comel dan boleh dikatakan hot stuffer dalam group ni. haha! muka macam cina (memang cina pun coz mummy dia cina!). masih single dan mahir dalam mengerjakan keyboard dan microphone. kira dia ni merangkap pemain keyboard dan backup vocallah kan? heh. beliau juga merupakan ahli yang merangkap sebagai ketua publisiti. segala urusan-urusan seperti pengiklanan, dia laa yang buat. memang hebat grafik dia ni! adobe photoshop, illustrator or perisian corelDraw dihujung jari saja! haha.


dari kiri : pemain drum, keyboard, lead guitar
comel kan? :)


untuk pengetahuan anda semua, walaupun kami ni band. kami boleh menari tahu? sekarang ni kami baru saja menghabiskan sesi latihan - menari step no other SUPER JUNIOR. hahaha.

we are HOT HILTON CREW! haha.
=)

Tuesday, November 16, 2010

selamat sampai sayang~

salam.
hoho.
ya. ya.
agak malu juga mahu post-post benda begini.
tapi, ni kan personal blog.
suka hati laa kan? haha.

okay.
selamat sampai zureen ucapkan kepada encik amri ashraf ke destinasi yang dituju - besut, terengganu. sampai nanti message tau! even, handphone di sana masuk mesin basuh! haha.

eh-eh. di sana behave ya? jangan nakal-nakal. walaupun di sini tahu, di sana rasa best dapat jumpa KOREAN GIRLS kat airport hari tu. saya tahu mereka hot, tapi jangan ingat saya tak boleh jadi hot macam dorang. haha! baru sampai airport, sudah nakal. belum sampai rumah lagi. ish-ish.

di sana jangan lupa say tahniah dekat yan sebab dapat 5A hari tu. di sini minta di sana je lah yang bagi hadiah. wahahaha. di sini kedekut, di sini tahu. (gurauan semata-mata!).

hari tu dok sibuk-sibuk fikir nak bagi hadiah apa kan? janganlah bagi buku, dah laa dia dok struggle baca buku, dapat 5A kena bagi buku jugak! tak boleh macam tu. bagi laa dia kereta ke, rumah ke.. haha! (merapu sudah~)

ha. di sini teringat perkataan yang di sana sebut time kita gaduh-gaduh manja (sebab di sini jeles di sana dok perati korean girl sampai tak kelip-kelip mata), di sana kata ''rindu suda~'' haha! ya comel! tapi di sini masih tak puas hati sebab di sana kata ''annyeyong seyooo~'' kat minah korea tu. benci!

tapi, di sana jangan pelik sebab di sini mimpi TAEYANG semalam. na~ korean boy.
oklah di sana, di sini mahu sambung mimpi. haha.

Monday, November 15, 2010

adik saya pula rock!

salam.
okay, tadi mama.
sekarang pasal best friend merangkap adik lelaki zureen.
haha!


sudah sambung study,
pastu, rehat lagi.
minum-minum nescafe, makan tiger's biscuits!
yummy!!!


adik pula menegur sapa.
dan
sempat juga kami mengumpat pasal CHELSEA dan BEN WILLIAMS!


nak tahu?
baca ni : 

best dapat belajar loghat negeri lain :)

mula ubah slang. saya pandai cakap kelantan tau! :)

yes! CHELSEA LOSER! opppsss!!! maaf!

tiba-tiba masuk pasal BEN WILLIAMS! haha.



maaf ben williams,
kami - 1 family masih tak puas hati dengan kamu.

apapun, kepada Muhammad Nazreen, kakak doakan kamu dapat keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan SPM nanti. jawab dengan tenang. solat banyak-banyak. minta doa. InsyaAllah, kamu akan berjaya! 




LOVE YOU =)

mama saya rock!

salam.
AMARAN : entri kali ini mungkin orang Sabah saja yang paham. hehe.


okaylah
setelah bertungkus lumus study untuk final paper pasal :
1. perisian adobe photoshop
2. perisian corel draw
3. perisian adobe illustrator


hati kecil ini berkata
''zureen, rehat dulu. nanti otak kamu jammed pula''


okaylah. rehat dulu.
dan dalam masa zureen take break,
tergerak hati mahu menegur sapa mama di rumah.


oleh kerana kebosanan, zureen mengambil gambar conversation ini untuk dipamerkan langsung memberitahu kepada seluruh dunia yang MAMA SAYA PALING BEST DI DUNIA!
yeah!


mukadimah : bagitahu tengah packing (start cuti suda! yeay!!)

*wanwan = sejenis makanan - mee sup ; wawan = nama kazen


*ngalih = penat ; *pulako = nama tempat

*beii = sejenis sebutan tambahan bagi setiap hujung ayat (selalunya digunakan oleh orang yang berbangsa Dusun Sabah)

*teii = sama fungsi seperti perkataan 'beii'

*taik hidung karing = taik hidung kering (slang bangsa brunei-tidak kasar okay?)



kesimpulan :
mama best! rock! sempoi! jarang orang dapat mama yang agak ceria begini. i like! hehe.

Friday, November 12, 2010

keterlaluan!

salam.
ya. post kali ini juga sememangnya keterlaluan.
hihi.

kali ni, zureen akan ceritakan serba sedikit tentang my 'lil bro'
yes! 'lil bro'!
sebab takda topik lain, kena post pasal ni lah~
hoho.

muhammad nazreen atau lebih mesra dengan panggilan ajie,
sememangnya sangat suka ketawa (even benda tu langsung tak menimbulkan unsur-unsur jenaka!). entahlah, dia memang begitu.

sangat comel dan suka main PS2!
tapi tidak pernah mengabaikan waktu study. that's why dia ni pintar sikit (bukan macam kakaknya!) bhahahaha~

okay. persamaan kami?
SANGGUP tidak tidur tunggu match bola!
yeah!
tapi last-last, dia tertidur juga. hampeh!!
then, kami suka main badminton.
selalu main badminton petang-petang.

dan.
last but not least,
kami suka MAKAN!
yeah!
tidak kontrol makan sebab dua-dua pun kurus!
haha.

gambar di bawah adalah gambar kami makan cheese cake sempena bibi's 11th birthday! :)

 cheese!!!!
 sedapkan?
 ni laa yang keterlaluan! haha. maaf.
 ehh.. see-see. sangat suka ketawa even zureen tengah take picture!
 maaf, comot sikit.

:)

Friday, November 05, 2010

menjelang birthday mama!

salam. ya. malam ni lapar. kenapa?

''tidak boleh makan!''
''kenapa pa? kami adik-beradik kelaparan ni..''
''papa cakap tidak boleh!''
''haaaaa??''

berderai air mata perut kami melihat KFC begitu lazat terhidang di atas meja makan. tapi kenapa tidak boleh makan ya? tidakkah papa kasihan melihat kami berempat ini memegang perut-menahan kelaparan?

''jam 12am baru boleh makan.''
''haaaa??''

sekali lagi, perut kami berempat menangis. uwaaaa!

''tapi, kenapa pula papaku sayang?''
''kan kejap lagi mama sambut birthday. kira kasi penghormatanlah kita ikat perut ini.''
''alaaaa~ macam tu pula..''

yang tu berlaku tadi.
sebelum ni, zureen dan amri ashraf keluar untuk beli birthday present mama! (kononnya laa~ padahal mahu sambut anniversary! haha)

1. bank!
biasalah, student. sebelum shopping or makan-makan, mesti singgah bank dulu. cucuk duit! haha. elaun belum masuk, tak apa. simpanan ada banyak lagi. kononlah!

2. makan!
ya. perkara wajib kalau keluar! haha. tiba-tiba amri ashraf bersuara :

''kenapa nampakk bulat ja ni?''
''what???''
''ya, nampak bulat!''
''ohh nooooo!'' lalu fensan 2 saat. haha


sushi photography : lemon chicken dan kueteow basah

sushi photography : leong foon susu :)


sushi photography : time ni dia tengah membebel. comel kan?



tidaklah, tudung ni kan jenis melekat, so bentuk muka jelas kelihatan. bila senyum, lagilaaa.. B.U.L.A.T!

3. serjay jaya!
tujuan utama! present mama! nak tahu, hadiah apa? stay tuned for another post okay? hehhe.

4. makan aiskrim!

''jom kita makan aiskrim!''
''jom!''
dia 'vanilla' saya 'cokelat'



ya. memang agak comel bila makan aiskrim berdua-duaan begini. sudahlaa hari mendung, sejuk saja. hihi. tapi masalahnya apabila encik amri ashraf begitu tidak mahir dalam memakan aiskrim! comot dan comel! haha.

anniversary day yang simple. tapi ia bermakna. dan, kamu cukup comel dengan baju berkolar berwarna putih itu.

happy 1st anniversary!

salam.
yeah.
happy 1st anniversary.
walaupun tidak dapat webcam, tp still boleh buat benda comel sikit.

yes!
our pic profile!

yang ini saya punya!

yang ini dia punya!

mungkin tidak comel.
tapi agak comel bagi saya! haha
'love' 'you'
hihi.

hope, this realtionship boleh bertahan.
seriously, gaduh banyak! hihi.
saya degil.
saya tahu.
saya minta maaf.
hihi.

dia kuat jeles.
ya.
sangat kuat jeles.
tp, dia jeles pun dia still nampak hensem.
hihi.
lebih-lebih lagi kalau betul-betul tengah marah.
haha!

saya minta maaf.
saya suka tengok kamu marah.
sebab muka kamu nampak comel bha.
hihi.

jangan nakal-nakal.
jangan gatal-gatal.
<3 you.


:)



About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive