blog ini akan di buka semula dalam tempoh
Showing posts with label marah. Show all posts
Showing posts with label marah. Show all posts

Friday, August 05, 2011

kenapa zureen bersedih?

kenapa hari ini saya bersedih?


senang jawapannya : masalah peribadi. 
percaya tak kalau zureen nyatakan bahawa tulisan di atas tu hasil luahan isi hati zureen?
saja buat cakar ayam supaya orang tak boleh baca.


"Ya Allah, Kau tabahkanlah hatiku. Tunjukkan aku jalan yang patut aku pilih. Sesungguhnya, Kaulah tempatku memohon pertolongan''

semoga esok mata zureen tidak bengkak lagi.
ais cube please~

Thursday, April 21, 2011

saya sayang awak LELAKI LEMBUT!

salam. macam ni lah kalau memang dah tak boleh tidur. sebenarnya, semalam, macam-macam yang berlaku. zureen nak kongsikan sedikit cerita zureen dengan kawan baik zureen. (oke, korang jangan buat muka serius sangat, takut ai! heh~)

zureen ada seorang kawan, sangat baik, suka tolong orang, comel dan sangat talented! memang best laa kawan dengan dia. orang lain pun cakap benda yang sama pasal dia. cuma, ada segelintir orang yang takleh terima cara dia sebab dia LELAKI LEMBUT.

kawan-kawan, lelaki lembut bukan bermakna pondan oke? zureen tak kisah pasal tu semua. yang zureen kisah dan malu sekarang ni, kenapa ada orang yang sanggup menghina mereka ni? helo! mereka juga makhluk Allah. kita sama. cuma sekarang ni, kita kena bantu dia. bukan hina dan caci dia depan orang ramai.

awak semua bayangkanlah, jika awak di tempat dia, elok-elok pergi masjid nak dengar ceramah, dia pula dijadikan contoh dengan budak-budak. contohnya :

"awak semua, jangan ikut cara si *** tu tau (sambil menunding jari). tengok pakaian dia. langsung tak sesuai!'', kata si imam lahh kononnya. langsung tak layak oke?
''astaghfirullah..'' jawab si anak-anak kecil.
"kalau pakai celak tu boleh, tapi jangan laa sampai macam bermekap''

apa perasaan anda? malu kan? zureen akui, teguran kedua tu memang betul, tapi kalau macam ni laa cara mereka ditegur, jangan harap mereka nak berubah!

macam ni laa, cuba ubah cara pemikiran anda tu. tak kira laa anda ni ustaz ke, imam muda ke, hapa ke, cara menegur dengan mengaibkan orang tu salah! padahal, sebenarnya tak salah pun baju yang dia pakai tu. lengkap bersongkok lagi! jangan kerana anda benci makhluk-makhluk macam ni, anda membuka aib mereka dikhalayak ramai!

kita doakan dan sama-sama bantu mereka ke jalan yang diredhai Allah oke?



cik sushi : saya tak takut dengan tanda hitam dekat dahi awak tu. kalau awak rasa awak patut dihormati, saya rasa TAK! langsung tak layak!

Wednesday, April 20, 2011

memerlukan hero! tolong!

salam.haih-haih.
nak tengok follower pun susah! zureen dah laa janji dengan followers zureen nak bagi hadiah sikit. blogger.com buat hal pula. rasa nak gigit-gigit saja lappy ni. haih lagi. sebenarnya benda ni kadang-kadang je datang menyerang. tapi, bila dah datang tu, rasa annoying pula! geramnya! siapa-siapa yang hebat dalam menyelesaikan masalah ni boleh tolong zureen tak? pelis-pelis!!

masalahnya macam ni, bila zureen tekan 'followers' dekat 'dashboard', keluar menatang ni pulak :


bencinya! nampak sangat blogger.com ni jeles sebab zureen nak bagi hadiah dekat followers. haih-haih. zureen harap, followers zureen jangan marah di atas kesilapan teknikal ni oke? kalau benda ni dah oke, zureen akan umumkan sapekah yang bertuah.

ni marah ka, ketawa ni? =.=''


cik sushi : seriyes, rasa nak tampa saja jack ni! jack = nama lappy. bye!

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive