blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Thursday, April 21, 2011

saya sayang awak LELAKI LEMBUT!

salam. macam ni lah kalau memang dah tak boleh tidur. sebenarnya, semalam, macam-macam yang berlaku. zureen nak kongsikan sedikit cerita zureen dengan kawan baik zureen. (oke, korang jangan buat muka serius sangat, takut ai! heh~)

zureen ada seorang kawan, sangat baik, suka tolong orang, comel dan sangat talented! memang best laa kawan dengan dia. orang lain pun cakap benda yang sama pasal dia. cuma, ada segelintir orang yang takleh terima cara dia sebab dia LELAKI LEMBUT.

kawan-kawan, lelaki lembut bukan bermakna pondan oke? zureen tak kisah pasal tu semua. yang zureen kisah dan malu sekarang ni, kenapa ada orang yang sanggup menghina mereka ni? helo! mereka juga makhluk Allah. kita sama. cuma sekarang ni, kita kena bantu dia. bukan hina dan caci dia depan orang ramai.

awak semua bayangkanlah, jika awak di tempat dia, elok-elok pergi masjid nak dengar ceramah, dia pula dijadikan contoh dengan budak-budak. contohnya :

"awak semua, jangan ikut cara si *** tu tau (sambil menunding jari). tengok pakaian dia. langsung tak sesuai!'', kata si imam lahh kononnya. langsung tak layak oke?
''astaghfirullah..'' jawab si anak-anak kecil.
"kalau pakai celak tu boleh, tapi jangan laa sampai macam bermekap''

apa perasaan anda? malu kan? zureen akui, teguran kedua tu memang betul, tapi kalau macam ni laa cara mereka ditegur, jangan harap mereka nak berubah!

macam ni laa, cuba ubah cara pemikiran anda tu. tak kira laa anda ni ustaz ke, imam muda ke, hapa ke, cara menegur dengan mengaibkan orang tu salah! padahal, sebenarnya tak salah pun baju yang dia pakai tu. lengkap bersongkok lagi! jangan kerana anda benci makhluk-makhluk macam ni, anda membuka aib mereka dikhalayak ramai!

kita doakan dan sama-sama bantu mereka ke jalan yang diredhai Allah oke?



cik sushi : saya tak takut dengan tanda hitam dekat dahi awak tu. kalau awak rasa awak patut dihormati, saya rasa TAK! langsung tak layak!

12 comments:

Unknown said...

janganlah menghina depan orang ramai.mereka juga tetap ada maruah diri.tegur cara berhemah k

olen said...

rozuan - tahu xpe! huhu~ geram tau kat ustaz-ustaz wannabe ni..

HanzSensei™ said...

setiap manusia ada fikiran dan pandangan bermacam2..penilaian terbaik hanya di sisi Allah.. :)

olen said...

kezen - ya ya. tp yang ustaz-ustaz wannabe ni nda patut macam tu kan?

ArDy ReChiE said...

Like this....!!! :)

Habibah hazri said...

how can i love ur post......
mmg betol...selalu yg "berlebai" la yg mulutnye PUAKA NIYANG RAPIK....taw nak hentam je..bkn reti nk tolong..kalo tlg pown TOLONG CAROTT dak2 nihhhh...cmne la bdak tu nk berubah kalo camtu cara nye

Echa said...

haha..ustaz terlebih kot..

olen said...

ardy - love u! hahaah~

olen said...

eiv - ye wak. spatutnya kita tolong mereka-mereka ni.. bukan aibkan or kutuk dorang..

olen said...

echa - tahu xpe.

Ckyn Mj said...

sebab tu dalam Islam, disarankan menegur dengan cara berhikmah dan berhemah. ini la yang kadang2 kurang dalam seseorang. tapi saya lebih sokong membantu mereka berubah daripada mencaci dan menghina mereka. itu akan buat mereka putus asa dengan orang2 di sekeliling mereka.^^

olen said...

cykn - saya sangat setuju! mula-mula, memanglah kita rasa hormat dengan 'keimanan' yang dianugerahkan pada mereka. tapi jika mereka menggunakan kelebihan tersebut untuk menindas golongan yang lemah, maaf. saya langsung tak dapat terima.

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive