blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Thursday, April 21, 2011

blog siapa yang merosakkan bahasa ni?


salam. mesti anda semua pernah rasa bengang bila dapat SMS or tengok blog orang or tengok status orang macam ni kan?

"ak sd mkn td.."
"ko x kr ke?"
"jln jm. bggnya ak!"

paling bengang bila ada yang ubah-ubah perkataan. contohnya, tambah huruf yang tak sepatutnya :

"kaw bwat apew har? aque sangat sebuk niw"
"aq rasew nak ngunyah kepsi jew"
"bilew kitew nak datink ni ucuk? ai rinduw sangat laa kat yuw"

mak aihh! lagi parah bila tulisan dia kejap kecik, kejap besar :

"KaW sUkE tAk DeNgAn EnCik HaMzAh IaN tU? eE.. dIa KaN sUkEw PemPuAn SekSi jEW.."
"aKuW tAq SukEw LAa DeNgAn BlOg Si ** tU.. pErAsAn LaWa!!"

haih. zureen dah tak sanggup nak tulis. lenguh jari-jari ni nak tekan-tekan 'caps lock' haha! kalau dekat SMS takpe. rasa-rasa leh tegur lagi kan? kalau awak blogwalking, lepas tu jumpa orang-orang macam ni. haha. alamatnya, tak singgah lagi laa zureen dekat blog awak.

sebagai seorang bakal pendidik, (ececehhh) walaupun nak ajar seni visual, kita perlu memartabatkan bahasa kita tau. jangan rosakkan bahasa dengan shortform-shortform seperti ni. menyampah nak baca tau tak? bukan maksud zureen nak suruh korang tulis karangan dalam SMS tu. tak. nak pakai shortform boleh, tapi biarlah difahami dan tak annoying oke?

cik sushi : sy suka mkn sushi. awk? (shortform macam ni mudah difahami dan masih menggunakan tatabahasa yang betul kan?) jap-jap. contoh takde kena mengena dengan yang hidup dan yang mati.

12 comments:

Mr.Thinker@Ali said...

bahasa adalah budaya. dia berbahasa begitu kerana x ada budaya kot. x pun budaya yg x cukup matang. LOL. ^^

zureen said...

mr thinker - heh~ ye ye. tu laa. sangat-sangat tak faham apa yang mereka tulis. heh~

tokwan muda said...

bahasa kita,budaya kita,bahasa kita,makanan kita,suka sushi dalam ini punya blog...

zureen said...

tokwan - suka sushi ka? suka tuan punya kedai sushi? haha.

syai.nia.sharif said...

Yeahh Anwar Hadi pun tak sukewww bahasa "comel" nii HAHA

zureen said...

syai.nia - bhahah! amri ashraf saya pun tak sekewwwww jugakkk. haha!

echaRierie said...

hahaha..
perkara besa dh ni..
tp kdg2 sakit mata jgk baca kan?
"shaye pown tak sukewww jgk.."
hahaha

tokwan muda said...

hek elee...suke sushi lar =p

zureen said...

echa - haha. bab mengejanya tu yang susah sikit. ;p

zureen said...

tokwan - ecececeh. malu-malu biawak lak dia. ;P

-telordibasuh- said...

biasew leww tuewww hahahaaa

zureen said...

telor - saya nak jahit mulut awak boleh? haha.

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive