blog ini akan di buka semula dalam tempoh
Showing posts with label minat. Show all posts
Showing posts with label minat. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

saya suka jadik cikgu :)

zureen nak share sikit kegembiraan budak-budak sekolah bila zureen dan rakan-rakan lain tiba dekat SK. Kampong Biah, Keningau.










tenkiu adik Hafiz! love u too! mueheheheh~

cik sushi : makin cintakan profession keguruan ni. hehe.

Sunday, January 16, 2011

saya pelajar IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.

NAK JOIN?
KLIK SINI!





zureen merupakan penuntut yang mengambil mata pelajaran Pend. Seni Visual (PSV) sebagai major. Manakala, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris subjek minor. InsyaAllah akan menjadi seorang guru seni. hehe.

banyak pengalaman manis zureen sepanjang zureen berada di IPG. Antaranya :

rumah dekat
rumah zureen kat asrama lelaki. papa warden asrama dan pensyarah akademik di kampus yang sama. agak manis jugaklah kan sebab tak payah pun nak keluar duit banyak nak beli makanan! haha! dan agak manis jugaklah bila dapat merasa duduk asrama tanpa keluar belanja lebih. ;)

mewakili kampus
ke mana? ke program kemerdekaan peringkat kebangsaan di parlimen. waktu tu zureen bersama senior - Ronald James. memang best. tapi agak letih laa. hehe.

Jubli Perak
apa zureen buat time jubli perak IPG? zureen dan roomate menghias bilik! yaaa! memang agak kontoversi jugaklah keputusan tersebut. ramai yang kata bilik zureen dan chia (roomate) sepatutnya jadi JOHAN. memang frust gila time tu.. tapi zureen katakan manis sebab Tim. Pengarah dan pensyarah-pensyarah yang lain kata bilik kiteorang THE BEST!




naik helikopter!
haa.. 1st time tauu naik helikopter! dah laa naik helikopter, helikopter tu pulak menteri punya. memang dasyat lah! haha. zureen dapat naik ni pun sebab zureen dan ahli-ahli koir IPG buat persembahan sempena 'Hari Kaamatan' peringkat negeri sabah. ;p




 terpilih untuk pameran
yaa. adalaa program yang kiteorang buat time semester 2. memang penat tapi usaha zureen berbaloi kerana lukisan serta arca timbul zureen terpilih untuk dipamerkan. hihi.



jumpa dengan si handsome ;)
haha! ishhhh..WAJIB masuk dalam kenangan manis! haha. kat IPG ni jugak zureen berjumpa dengan encik Amri Ashraf. memang tak notice pun kewujudan dia ni. tapi bila dah gabung kelasss... (to be continued) haha!




perubahan yang zureen nak buat dalam sistem pendidikan negara?
semestinya zureen nak murid-murid, khususnya yang berada di kawasan pedalaman ni seiring dengan pencapaian serta taraf murid-murid di kawasan bandar. insyaAllah, zureen khasnya, dan kawan-kawan yang lain amnya, akan membantu lagi mereka dan tidak akan membiarkan mereka jauh ketinggalan dengan rakan-rakan mereka yang lain.

cik sushi : buat masa ni, takde kenangan pahit. ;p

Monday, January 10, 2011

zureen kata : ''saya dah puas hati dah! (pulak!)''

salam bloggers!

yes. walaupun zureen tak puas hati Faizal Tahir tak dapat jadi juara AJL 25 macam kat entri INI, zureen nak berpuas hati lah jugak sebab team bola zureen dapat menewaskan Liverpool dengan jaringan 1-0 semalam. zureen akui, zureen memang tak concentrate tengok bola semalam. yelah, asyik tukar-tukar channel je. kejap tengok bola, kejap tengok AJL! =.=''

gol tunggal Ryan Giggs pada perlawanan tersebut sudah cukup membuatkan Liverpool dan Kenny Dalglish berputih mata. hehe. 

dan juga membuatkan seluruh meng-ANTI man united turut sama meraung - menangis kekecewaan

dan kepada encik Amri Ashraf, walaupun team awak kalah, saya tetap sayang awak! hihi.



BENCANA : tackle keras yang dilakukan oleh Daniel Agger terhadap Berbatov di kawasan kotak penalti memusnahkan Liverpool untuk menang di tempat lawan

aksi dua pemain hebat - Nani dan Gerrard

cik sushi : Liverpool kalah je encik Amri kite bad mood. sampai sekarang. ='(

Sunday, December 26, 2010

PENGUMUMAN : kedai sushi zureen ditutup!

SERIUS! 
zureen sangat-sangatlah tak sabar nak serang stadium bukit jalil! ada tinggal beberapa jam saja lagi. haih. lambatnya masa berlalu. penantian suatu penyeksaan tahu tak? :) okaylah. zureen nak bagitahu semua pelanggan setia kedai sushi tentang pengambilan cuti rehat zureen. 

kedai sushi zureen akan ditutup mulai 26 Disember 2010 dan akan mula beroperasi semula pada 28 Disember 2010 kerana tuan sushi berada di sekitar Kuala Lumpur. kepada mana-mana pelanggan sushi yang ingin mengorder, sila tinggalkan link anda di ruangan 'chatbox'. hehe.

dan kepada pelanggan-pelanggan kedai sushi semua, anda diminta untuk sama-sama memeriahkan stadium bukit jalil. kot-kot anda boleh jumpa zureen juga kan? kepada yang tengok kat TV je, perati TV tu betul-betul. kot-kot ada masuk muka zureen kat TV tu nanti. haha!

bahangnya makin terasa! anda?

zureen sertakan sedikit gambar-gambar yang zureen ambik dengan handphone sepanjang perjalanan ke stadium bukit jalil untuk membeli tiket perlawanan bola sepak. sorry if gambar tak berkualiti. 

zureen ditemani dengan 2 orang jejaka.
muka macam cina - Muhamad Nazreen (adik lelaki)
rambut afro - Mohammad Haszairie Heezad (cousin rapat)


time tengah tunggu bas =.='' tak suka menunggu~

P 14 =)

dah sampai Bukit Jalil yaww!




KL Transit ke putrajaya/cyberjaya

tiket!

belakang tiket! tempat duduk kita dekat-dekat tak? =)

Alamanda : Hot Plate : Lunch!

tunggu bas balik =.='' mencik!



------------------------------
sampai kat rumah, zureen buli dak comel ni!
mangsa : nur haszaratul heezwin (adik kepada si rambut afro di atas)




comel kan?

cik sushi kata : 
terima kasih juga kepada abang entah kerana mengambil gambar zureen curi-curi time beli tiket. ciss!

SAYA BLOGGER SABAH!

"Saya Blogger Sabah"   

Katagori sahabat blogger mengikut negeri ini diasaskan oleh encik Azman Roslan melalui blog ciptaannya iaitu Blog Pilihan Malaysia. hehe. zureen dah join. anda bila lagi? nak join, klik SINI!

Apa yang perlu, anda cuma perlu baca syarat-syarat penyertaan INI.

Nama anda

nama betul : azureen amjah
nama manja : zureen, olen, reen,
nama dalam blog : cik sushi, tuan sushi, zureen

Status anda
belum berkahwin ya? :) 

Cara hubungi
Facebook - Azureen Amjah
Email - luvbabyreen@yahoo.com

Daerah/Jajahan anda
Keningau, Sabah

Tempat tinggal
1. Taman Kinamas, Beaufort, Sabah
2. Country Heights, Penampang, KK
3. IPG Kampus Keningau

Apa yang menarik di tempat anda
makanan murah-murah
masyarakat yang peramah
ada gunung kinabalu (pernah daki setengah je..hihi)
seafood sangat murah!
gadis-gadis yang putih gebu
ada 1 Borneo :)


Sunday, December 19, 2010

sape tahu buat blog macam ni?

salam semua.
kali ni zureen tak mahu tulis panjang-panjang. penat! heh~
zureen just nak tanya, ada siapa-siapa tak pandai buat blog macam ni? zureen sangat suka blog dia! sumpah! tersangat-sangat nak mampus laa kekreatifan dia dalam buat blog. ish-ish! jeles! nak tengok tak ni?
klik SINI!


cik sushi kata : sape-sape tahu cara nak buat, kongsi ilmu k? jangan kedekut! hihi

Sunday, December 12, 2010

Kempen BLOG PILIHAN MALAYSIA bersama BEN ASHAARI



12 Disember, AHAD, Sabah - Blogger terkenal iaitu saudara Ben Ashaari telah menemuramah salah seorang calon sempena Kempen Blog Pilihan Malaysia bersama Ben Ashaari semalam. Azureen Amjah - seorang bakal guru sekolah rendah merupakan salah seorang yang telah ditemuramah.

''Kenapa anda sertai contest Blog Pilihan Malaysia?,'' BA memulakan soalan temuramah.
''sejujur-jujurnya, zureen sangat suka menambah kawan-kawan baru. dan bagi zureen, mungkin ini merupakan platform terbaik untuk menambah kenalan dan sekaligus popular macam abang ben laa jugak. haha! sumpah! jujur ni tau!,'' jawab zureen berseloroh.

''Kenapa anda rasa anda layak diundi?'', BA mengutarakan soalan kedua.
''zureen rasa blog zureen layak diundi kerana sememangnya tidak memuatkan entri-entri yang tidak HANGAT! haha. contohnya entri INI. sehinggakan makwe penjaga gol ini tahu zureen tulis pasal boyfriend beliau. ish-ish. hangat-hangat!'' jawab zureen sambil mengunyah sushi.

''selain itu, zureen percaya pada kemampuan dan usaha zureen dalam menghasilkan sesebuah entri yang akan memuaskan hati pembaca. dan buat masa ini mungkin belum semua yang puas, tapi zureen cuba semampu yang boleh,'' tambah zureen sambil tersenyum.

''ceritakan serba sedikit latar belakang blog anda'', BA memberikan soalan terakhir.
''sebenarnya tiada tema yang khusus dalam blog zureen ni. semua ada. info pasal BOLA, tutorial, masakan, tips-tips, info-info terkini, hiburan, kisah cinta, photography. pendek kata, tidak ada yang tiada di blog zureen. dah macam rojak!,'' jawab zureen sambil ketawa comel. hik-hik.

''kepada semua pembaca di mana juga anda berada, terima kasih kerana terus membaca blog zureen dan zureen akan janjikan yang terbaik untuk anda semua. jangan lupa undi pilihan 8, nombor 285 okay?'', zureen akhiri perbualan dengan sesi bergambar bersama Ben Ashaari.

sekian, kita kembali ke sri pentas. 


Saturday, December 11, 2010

PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH?

Salam semua! Zureen rasa nak join pula abang BA kita punya segmen. hihi.
Jom join segmen abang BA!


syarat-syaratnya :

1.Header Ben Ashaari Blog
2.Tajuk : PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH ? dan linkkan ke entri ini ..
3.Sila ceritakan dari mana korang boleh dapat nama blog korang tu ..
4.Apakah maksud disebalik nama blog korang ..
5.Siapa orang kuat blog korang tu ..
6.Angan angan terhadap blog tu ..
7.Kalau nak tukar nama blog , korang nak tukar nama apa ..
8.Kalau berkemampuan , korang nak iklankan blog korang tu kat mana ?
9.Blog yang pastinya wajib korang singgah setiap hari .. Satu je yeer ..
10.Sila lengkapkan .. SAYA SUKA BLOG SAYA KERANA .... tidak lebih 20 patah perkataan

-----------------------------------


KLIK untuk ke sanaaa!


okay kita mulakan..

Dari mana boleh dapat nama blog?
nama blog ni zureen dapat dari idea zureen sebenarnya. heh~ kebetulan jugak memang die-hard-fan sushi disamping Man United, so zureen decide letak nama ni. oke kan?

Apa maksud di sebalik nama blog?
nama blog? [zureen suka sushi]. takkan laa letak nama ni sebab zureen suka kuih jempot-jempot kan? mestilaa sebab zureen suka sushi! haha. tapi bukan bermakna zureen akan tolak nasi sebagai makanan WAJIB. nasi tetap nasi. tak boleh hidup tanpa nasi. oh-oh! dah mula nak merepek!

siapa orang kuat dalam blog?
sila klik 'blogger lain' petak hijau dekat atas tu. tengoklah. kot-kot ada nama anda? hihi~

angan-angan terhadap blog?
tak kisah laa nak ada follower ke tak. janji blog ni orang baca. sebab blog ni best tau. sungguh! haha!

kalau nak tukar nama blog, nak tukar nama apa?
em. [zureen suka nasi]. haha. oke tak?

kalau berkemampuan nak iklankan blog dekat mana?
tv, newspaper, radio, radio online, tv online, blog abg ben (haha~) bla-bla-bla..

Blog yang wajib zureen singgah setiap hari?
banyak! sebab zureen suka buat penguin-walk kat blog-blog orang. hihi. kalau satu je abg ben minta, zureen wajib pergi blog INI (shhh.. dia tak tahu zureen stalker dia)

Sila lengkapkan .. SAYA SUKA BLOG SAYA KERANA .... (tidak lebih 20 patah perkataan)
Saya suka blog saya kerana blog saya lain dari yang lain. lihat sajalah designnya. penat tau buat! hehe. tu je. done.

Tuesday, December 07, 2010

Blog BARU Pilihan Malaysia 2010


salam.
ye.
blog zureen tua dah sebenarnya.
tapi, baru start menulis tahun ni.
harap-harap boleh join lah kan?
huhu~
time budak-budak (time sekolah) dah ada blog sebenarnya.
ada blog, tapi tak tulis apa-apa pun.
sungguh!
harap leh terima laa oke encik azman roslan?
hoho~

betul. zureen blogger baru.
buat blog pada september 2008
tp, buat first entri 7 oktober 2010 (blogger baru kan? kan?)

baca first entri zureen! >>> KERJA BARU!! 

Friday, December 03, 2010

LISA SURIHANI mencarut?

salam.
wah. agak nervous juga bila si pujaan yang comel ni ditegur kerana melemparkan perkataan yang agak kasar untuk didengar. agak kasar? ya. Perkataan 'gila babi' yang tergelincir dari mulut Lisa sememangnya tidak dirancang dan perkataan itu dipengaruhi emosi sebenarnya.

''Situasi itu berlaku ketika pasangan MM Nita memberi persembahan terbaik, jadi niat saya adalah untuk memberi sokongan kepada mereka dengan berkata “persembahan mereka hebat gila babi”. Saya rasa itu adalah perkataan harian dan tidak salah sebab saya bukan melebelkan seseorang dengan perkataan yang tidak senonoh''.

zureen tahu cik Lisa. walaupun zureen minat gila kat cik Lisa, tp sebenarnya perkataan tu memang tidak sedap untuk didengar. Serius, mama zureen pun tak pernah ajar nak sebut benda-benda tu dengan orang ramai. inikan pula secara LIVE kat kaca TV kan? tak mengapa cik Lisa. Jadikan ini sebagai pengajaran tau! (macam real je dia baca ni). berjuta-juta orang ramai syok dekat Lisa ni dan lain kali Lisa kena berhati-hati, oke? 

Pihak Astro pun dah tegur, so mestilah Lisa dah take note kan? sememangnya, Lisa takde niat lain pun nak cakap benda tu. dia terrrrexcited sangat je. kan Lisa? kan?

apapun, awak tetap comel macam saya! kui kui kui (120 juta kali)

Friday, November 19, 2010

fashionable with hijab contest!!

salam. okay. kali ni zureen nak try-try join contest. yes! saja, untuk suka-suki. hihi. lagi pun, main tangkap-tangkap gambar ni memang fav zureen. okaylah. contest ni dikelolakan (standard bm gitu! ceyy!) oleh cik tasha. nak tahu rules and regulations untuk menyertai contest ini, sila baca lagi. terima kasih. :)


cara-cara menyertai fashionable with hijab contest :-
* just upload SATU gambar anda memakai apa2 jenis hijab
* xkisah la klu kamu free hair, asalkan ada gmbr pkai tudung or shawl
* tajuk entry mestilah ini ya, ' fashionable with hijab contest ! '
* gambar itu mestilah menggambarkan FASHIONABLE WITH HIJAB
* maksudnya mungkin dari segi style hijab, makeup, matching of cloth or the way u pose
* terangkan sedikit kenapa cik tasha perlu pilih kamu
* gambar yg plg fashionable dari segi pendapat cik tasha akan menang!

syarat-syarat penyertaan:-
* anda harus meletakkan banner contest di side bar blog anda
* anda WAJIB menjadi follower cik tasha
* anda harus tag kepada 3 org rakan anda plg minimum dan 5 plg maximun
* rakan yg telah di tag harus diberitahu
* anda harus link blog cik tasha dlm blog anda
* apabila dah settle, tinggalkan link contest tu di comment box cik tasha so bleh cik tasha zassss pi!
* sesiapa yg menjual sebarang jenis hijab di BLOG atau WEBSITE tidak layak untuk menyertai  contest ni


hadiah:-
* dah tajuk contest pun fashionable with hijab, agak2 hadiah dia mesti dapat
   apa? jeng3x
* hadiah akan di pos menggunakan pos express/pos laju


clue utk menang:-
* psssttt... cik tasha suka kaler maler =p




okay.
gambar yang family zureen pilih untuk contest ni adalah... (nervous pula)


kena terangkan ke kenapa cik tasha perlu pilih zureen? adess. (malu syuda~)



okay. baiklah. setelah menyusun ayat betul-betul (wahahha) sebabnya begini :


''oleen ikut contest apa ni?''
''fashionable with hijab contest ma, kenapa?''
''ohh.. patutlah dari tadi mama tengok oleen sibuk-sibuk mau bergambar!''
''mama ni, jangan begitu. malu i. haha''

baiklah, kenyataan di atas menunjukkan zureen bersungguh- sungguh ikut contest ni. wahahhah!



''sejak bila anak mama pandai ikut-ikut contest ni?''

''1st time. tidak tahu macam mana ikut contest ni. just follow rules saja ni''


kenyataan di atas pula menunjukkan bahawa zureen 1st time ikut contest, dan contest itu datang dari kamu cik tasha!! congratuliationss! nanti saya bagi hadiah untuk kamuu.. wahahaha! (zureen pula yang bagi hadiah? haha.)


''kak, lama juga kakak ambil gambar ni?''
''kakak tidak fotogenik bha. penat suda ni. sudah 100+ keping, tidak ada yang comel-comel lagi ni..''
''bha.. caiyokkkk!!!''


kenyataan di atas pula menunjukkan, even zureen tidak fotogenik, tapi foto yang terhasil, bolehlaa tahan menunjukkan kehijaban tu kan? weeee~~


last but not least,


''ambil gambar ni laa.. yang ni ok SIKIT''
''SIKIT saja? macam mana mau ikut contest?''
''bha.. yala-yala. banyakkkkkk!!!''
''okay!''
''okay laa.. saya tidur dulu. dah siap bergambar nanti, mesej saya.''
''okay mucuk.''


dan sebab contest ni laa zureen terpaksa kerja overtime. tidak dapat message dia macam selalu. sibuk take picture kan? haha.




contest ni zureen tag kepada si cantik :
[asnizah maksit]
[haniey daniella yang COMEL]
[amnie]




thanks sebab buat contest yang comel [CIK TASHA!] <<<--- klik link beliau =)

selamat join semua! 
=)





Saturday, November 13, 2010

mereka rebutkan khairul fahmi che mat! hihi.

salam.
siapa KHAIRUL FAHMI CHE MAT?
siapa?
haha.

untuk pengetahuan semuam kahirul fahmi che mat merupakan penjaga gol kebangsaan.
ya. dia kacak!
muka macam Jepun.
hihi~



macam jepun kan?hihi


walaupun ada sedikit kontroversi berkenaan dengan perlawan Malaysia menentang China, namun semangat perjuangan pemain-pemain Malaysia perlu dipuji!
bayangkan, 3 layangan kad merah, tetap tidak meruntuhkan semangat juang anak-anak muda ini. kita perlu bangga!

mungkin nasib tidak menyebelahi mereka kan?
tapi, kalau ikut perasaan, nak je kutuk referee malam tu..
tak puas hati langsung!

okaylaa..
berbalik kepada tajuk entri di atas.
anda boleh saksikan conversation yang telah zureen lakukan dengan rakan-rakan sengal di laman facebook. bagi peminat-peminat setia KHAIRUL FAHMI, sila jangan maki kami laju-laju. haha.






apapun, saya minat lelaki yang boleh main bola.

okay. itu saja. haha. sambung study.

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive