blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Monday, April 25, 2011

perempuan yang perlu diberi PENAMPAR!

haha. tengok tajuk entri pun mesti anda semua tertanya-tanya siapakah yang perlu diberi penampar. tak pun flying kick seround. sebenarnya entri ini bukan ditujukan kepada semua perempuan-perempuan di dunia. pentri ni hanyalah untuk kita muhasabah diri kita sama ada kita tergolong dalam golongan ini atau tidak. ceyy! formal sangat lah pulak kan?

iklan! hehe.


baiklah. di bawah ni zureen dah survey pendapat-pendapat daripada kaum wanita sendiri. so, ini hanya pendapat. jika ianya bercanggah dengan pendapat anda apa boleh buat lah kan? okelah. jom kita tengok perempuan mana yang wajib dibagi penampar!

1. GEDIK
"you, you tengok badan i ni kurus x?''
''you rasa i boleh pikat si Hisham tu tak?''
''youu... you ni kannn..menci tawwwww''

anda rasa meluat tak bila dengar ayat-ayat annoying di samping nada yang buat kepala hotak anda bengang macam ni? yes! memang meluat kan? rasanya orang lelaki pun macam tu kot. Kalau muka cun, cakap macam ni kira okelah sebab dorang 'hot stuffer'. tapi bila yang cakap ni muka macam ***** dah sah-sah tak kena langsung! sejujurnya, if ada perempuan macam ni lalu depan mata, dah sah-sah baling dia dengan batu-bata. haha!

2. PENGOTOR

MasyaAllah. benda ni tak payah explain lah kan? kalau orang laki pun, dorang mesti reject punya perempuan-perempuan macam ni! memang tak boleh blah laa perangai macam ni. Benda ni kita boleh tengok laa sesama sendiri. bangun pagi-pagi tu kemas katil ke tidak, sapu bilik ke tidak, baju dalam kecik tuu sepah-sepah ke tidak. kalau bersepah? memang nak kena sunatkan kali kedua! haha.

3. PERASAN

katagori perasan ni ada dua. perasan diam-diam dan perasan satu dunia. Perasan diam-diam ni senang saja. dia perasan orang syok kat dia, tapi dia diam-diam. benda ni zureen tak ambik port sangat sebab zureen sendiri pun pernah lalui. wakakka! oke, kita beralih kepada perasan satu dunia. Perempuan perasan satu dunia ni memang agak menyampah tahap dinosour sikit. kejap-kejap nak bagtau orang ramai si abu syok dekat dia, pastu si ali pula, pastu si ahmad pula. Perempuan macam ni wajib dibagi penampar kerana memang terang-terang pun si ahmad, abu dan ali tu tak tengok or tak kenal pun dia. entah tegur pun tak kot.

lebih kurang macam ni laa dialog dia :
''eee.. kau tahu tak tadi.. dorang si ahmad, abu dan ali ikut aku dari belakng! dah agak dah dorang nak mengorat aku'' (padahal, memang tujuan nak pergi destinasi yang sama pun, ada kat belakang perempuan ni pun sebab KEBETULAN)

malas nak hurai panjang-panjang.

4. MENGUMPAT NO.1

bukan semua perempuan macam ni. biasalah kehidupan seorang mahasiswi. tak lari daripada perempuan-perempuan macam ni. datang-datang bilik, buat dosa. kalau buat dosa sendiri tak apa. ni tak. ajak satu kampung buat dosa. biarlahh dia nak buat apapun. tak payah jaga tepi kain orang sangat. diri awak tu yang kena jaga. entah betul atau tak cerita dia tu. hish. =.=''

oke. bila hurai panjang macam ni, rasa lapar pula. makan mee sat. nanti update lagi! bye! 

cik sushi : tengah mengenalpasti ciri-ciri perempuan gedik.

5 comments:

telordibasuh said...

zureen gedik hahhaaaa...

olen said...

telor - hahah! amboi.. bak sini nak jentik sikit tinge tuh! haha.

safurara said...

kalau akk yg gedik cane?akk ske tny kt membe akk, "akk gemuk ke kurus" hehehe

olen said...

rara - wahahhah! tapi tak laa setiap jam nak kena tanya kan? yang tu boleh diselamatkan lagi. haha~

Nur Alisyah said...

Hahaha :)
Likey!

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive