blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Thursday, June 02, 2011

apabila sesuatu yang dibanggakan menjadi 'kemaluan'..

Pernah tak anda semua melakukan benda-benda yang membanggakan namun bertukar kepada kemaluan sesuatu yang memalukan dan rasa seperti nak menyamar menjadi badak sumbu. contohnya :






cik sushi : korang pernah tak? pernah tak?

Wednesday, June 01, 2011

alasan bodoh bila ditahan polis!




Memandu kenderaan dalam keadaan yang tak sepatutnya adalah perkara yang sangat bodoh jika awak semua lakukannya. Bila ditahan polis, macam-macam alasan yang awak semua bagi. Awak semua ingat polis tu bodoh ke? Lain kali dah tau buat kesilapan, terima je saman. Jangan buat alasan bodoh. Antara alasan bodoh tersebut adalah ...  

TAK PAKAI TOPI KELEDAR
alasannya : untuk menghilangkan kelemumur atau kutu bila ditiup angin.

BILA BUNYI EKZOS KERETA TERLALU BISING
alasannya : nak tolong kejutkan orang dekat flat yang selalu sangat lewat bangun pagi nak pegi kerja.

BILA MEMANDU TERLALU LAJU DI HIGHWAY
alasannya : takut terlepas nak tengok cerita wonderpet di rumah

BILA MELANGGAR PERATURAN LAMPU ISYARAT
alasannya : korang buta warna

BILA BERAKSI SUPERMAN ATAS MOTOR DI JALAN RAYA
alasannya : pinggang sakit sebab terlalu lama tunggang motor, kalau buat macam tu boleh kurangkan sakit.

BILA MELINTAS JALAN RAYA TAK TUNGGU ISYARAT PEJALAN KAKI
alasannya : takut orang belakang menyondol


cik sushi : takde lesen lagik. sob-sob!

Tuesday, May 31, 2011

tolonglah jangan bagi zureen bunga taik ayam!

haha. 
yes. 
zureen suka bunga! 
memang sangat suka bunga! 
so, entri ni zureen nak share pasal bunga! 
NAK BAGI ZUREEN BUNGA?
baca entri ni. hihi. 




1. Pastikan takde sekor LEBAH pun yang tengah syok menghisap bunga. 
kang tak pasal-pasal kena sengat. 
sape nak jawab?


2. Sila jangan bagi bunga tu dengan akar-akar dia sekali.
kalau nak bagi pun, letak dalam pasu, lepas tu baru bagi. =.=''


3. Bagilah bunga yang sedap didengar dan sedap disebut namanya. 
Bunga-bunga yang mengandungi perkataan 'TAIK' sangat-sangat tidak sesuai!


4. Bunga api atau tayar bunga yang tidak berkaitan dengan
tumbuh-tumbuhan adalah tidak relevan.
Jadi, jangan mengada nak buat lawak atau cari pasal. 
hihi.



5. Jangan pula nak mengenakan caj kepada bunga yang diberi. 
Korang ni ikhlas ke apa? 
nak berkira sangat!

cik sushi : menanti bunga dari anda! hihi~

kenapa budak-budak tak suka cuti sekolah?



Sekarang cuti sekolah. zureen ada laa tanya dekat adik-adik dan budak-budak lain. mereka memang suka, tapi ada jugak sebab mereka tak suka cuti-cuti ni. nak tahu sebab apa?

1. sebab kena jaga adik. selagi adik tak tidur terpaksalah kena tengok-tengokkan adik. kalau ada adik kecik kena suruh masak bubur lah, buat susu laa. macam-macam.

2. mak asyik suruh kemas rumah. Pantang bersepah sikit mesti kena kemas.

3. Kerja tolong bapak pergi menoreh. Bukan setakat itu je.. berkebun, hias laman rumah, basuh kereta atau macam-macam lagi keje lelaki.

4. kena duduk dalam rumah je, tak boleh pegi mana-mana sebab kalau keluar takut kena culik.

5. tak boleh jumpa pakwe atau makwe kalau mak bapak tau gerenti kena marah.

6. tak dapat duit belanja sekolah sebab cuti sekolah bermakna belanja harian pun cuti sama. hehe.

7. Tak dapat jumpa geng-geng kamcing sebab ramai geng yang ada kampung halaman atau korang sendiri dihantar balik kampung.

8. Kepada yang belum akil baligh dah tentu takut kena sunat! hihi.

cik sushi : sebenarnya nak tekankan no 8 tu. hahahha! alaaa. dorang cakap tak sakit, macam kena gigit semut je. hihi.

Monday, May 30, 2011

idea entri = kutuk cikgu

bila dah cakap pasal entri TAHI, zureen nak share idea lagi. sape-sape yang tak boleh nak pikir idea bagus tu, boleh laa buat entri seperti di bawah. hehe.





haha. agak-agaklaa kalau nak tulis entri tu kan? kalau boleh pasal kutuk mengutuk jangan sesekali publishkan. tak elok. kang orang yang kita kutuk tu tiba-tiba lak komen macam mana? tak ke cari bala tu. tak payah tulis, bagi tau terang-terang lagi bagus kan? 

cik sushi : kalau sape nak cakap pasal cikgu ke ape ke, baik tak yah. tak berkat ilmu. kan?

sumber idea entri = tahi

zureen nak kongsikan ilham yang zureen dapat semalam. sebab dah lama tak perah otak - cari idea nak buat entri kan? haaa.. hambikkk!! idea baik punya dari zureen untuk anda! haha. untuk pengetahuan semua, zureen lukis benda ni pakai paint je. tak payah tanya pakai software apa. ahhaha. (menyampah tak? ;p)

baca untuk mendapatkan idea bernas dari zureen untuk blog anda. hehe. (ketawa jahat)





cik sushi : amacam? oke tak?

Sunday, May 29, 2011

HARAM JADAH BETUL BLOGGER NI!

memang kurang hajar bin nak mampus blogger ni! zureen sangat-sangat tak suka! dia tu dah laa newbie, berlagak pulak tuh! ada kaa patut buat entri-entri pasal blogger lain pastu kutuk-kutuk!!! zureen tak pernah pun nak kutuk-kutuk blogger lain macam dia ni.

lagi satu blog dia memang tak menarik langsung! blog dia punyalaa berat! nak loading pun susah! bila follow, suruh zureen follow balik. bila tak follow, dia kata dia nak unfollow zureen plak. haram jadah betul!!!! blog dia bukan hebat sangat pun. penuh dengan maki hamun saja. bek tak payah baca! eee.. kalau jumpa laa blogger ni, memang siap zureen lipat-lipat!!!

selain tu, blogger ni jugak boleh tahan gediknya. so, paham-paham lah, blogger ni bukan lelaki, tapi perempuan!!!

nak tahu blog mana? klik INI!

mari belajar buat fesbuk! haha

anda akan tahu kenapa zureen buat muka sewel macam ni lepas baca semua ni. haha

Ada sorang perempuan ni. Dia nak belajar guna facebook. Dia SMS zureen untuk ajar macam mana cara nak buat facebook :

Perempuan : weh! Tolong ajar aku buat facebook bole tak?

Zureen : bole. Ko dah ada depan computer?

Perempuan : dah. Aku dah ada email pun

Zureen : cantekk! Ok, skrg ko bukak browser firefox atau internet explorer

Perempuan : browser tu ape?

Zureen : laa. Ko click menu start, pastu cari tulisan internet explorer

Perempuan: pastu?

Zureen : kat kotak paling atas, ko type ‘www.facebook.com’ pastu enter

Perempuan : oke! Pastu weh?

Zureen : kalo da kuar gambar, ko isi form pendaftaran sesuai yg ada

Perempuan : isi yg mana weh? Takde pape pun kat page ni

Zureen : takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?

Perempuan : paling atas cuma ada tulisan ‘the page cannot be displayed’

Zureen : oh! Ko salah tulis dari awal tu

Perempuan : betul la aku type, www.facebook.com

Zureen : hm, mungkin connection internet ko mati

Perempuan : eh? Kene ada internet ye? Rumah aku takde internet

Zureen : cis. Senget! Jari aku sampai kerinting kasiktau ko. Rupenye rumah ko takde internet

Perempuan : hehe. Takpe la. Nanti kalau aku pergi cyber cafe aku sms ko lagi ye. Thanx ye

Zureen : sokey, email ko ape weh?

Perempuan : www.akucantiksangat2011@yahoo.com
Kawan aku buatkan. Aku belum pernah bukak lagi

Zureen : laa.. Mana ade email pakai ‘www’ kat depan. Alahaiii..

Perempuan : www tu ape weh?

Zureen : Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…


cik sushi : Terima Kasih kerana membuang masa 1 minit 43 saat anda untuk mebaca ni! haha :D

credit to : muhammad nazree

Saturday, May 28, 2011

rahsia Park Ji-Sung boleh lari laju-laju!

memang, tak sabar nak tengok match Man United dengan Barca nanti. lebih-lebih lagi bila Man United menag EPL kali ke-19. hehe. tak. entri ni tak nak cari pasal dengan anti-Man United, cuma nak kongsi rahsia kehenseman ketangkasan Park Ji-Sung. jom baca ni!



LONDON: Park Ji-Sung (atas) mendedahkan betapa jus katak adalah ramuan rahsia di sebalik kejayaannya mengelilingi segenap pelusuk padang yang menjadikan pemain Korea Selatan itu sebagai kunci Manchester United dalam usaha menewaskan Barcelona pada final Liga Juara-Juara Eropah, esok. Larian bertenaga Park menjadi kunci penting dalam resipi kejayaan direncanakan menentang juara Sepanyol di Wembley, tetapi ia adalah ramuan pahit itu yang menjadi asas kepada peningkatan pemain tengah itu. Selepas menunjukkan bakat bola sepak ketika kanak-kanak, perkembangan Park dilihat terbantut kerana dia tidak memiliki tubuh fizikal diperlukan menangani keperluan pemain bola sepak di peringkat tertinggi.

Dalam usaha mempercepatkan perkembangan Park, ayahnya akan membuat perjalanan jauh dari rumah di Suwon ke wilayah Go-heung. Dia akan mengunjugi ladang katak mengumpulkan bahan bagi minuman protein pelik itu.

Apabila pulang ke rumah, jus katak itu akan direbus sebelum ditelan semuanya oleh Park.

Park mengakui jus itu menjijikkan tetapi remaja bertubuh kurus sanggup melakukan apa-apa dalam usaha menjadi pemain bola sepak.

"Ayah saya pergi menangkap katak liar. Saya bertubuh kurus dan lemah dan ayah saya mendengar bahawa jus mereka akan memberikan saya kekuatan dan membesarkan saya," kata Park.

"Ia rasa begitu teruk tetapi saya perlu minum kerana saya mahu menjadi pemain bola sepak dan semua orang berkata saya perlu menjadi lebih besar dan kuat. Mereka berkata ia adalah bagus untuk kesihatan dan saya sanggup makan apa-apa untuk meningkatkan kesihatan saya." - AFP



cik sushi : badan kecik tapi tak hingin rasa katak tu.. geli. lagipun, HARAM kan? :)

Saturday, May 14, 2011

zureen pegang piala EPL!

haha. kenapa? tak percaya? nak termuntah? nak scroll bawah laju-laju? haha! memang, zureen malas laa nak riak kan? memang happy sangat bila team man united bagi peluang ni. terharu! zureen kan peminat merangkap kipas-susah-mati Man United? haha.

zureen nak kongsikan gambar zureen angkat piala EPL! berat gila!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yeay! zureen pegang piala EPL!


takdelah. berlagak saja ayat di atas tu. sebenarnya dah lama mengidam nak tengok team man united ni secara live! yes! secara live! entah siapa laa yang sanggup bawa zureen kan? anyway, entri ni sebenarnya khas di buat untuk MAN UNITED! tahniahhhhh!

zureen nak salute laa dengan man united sebab dah 19x angkat piala EPL ni kan? banyak kali tu kan? bukan senang nak angkat 19x! nasib tak pecah saja macam Sergio Ramos - Real Madrid buat time angkat piala Copa Del Rey! haha!



baiklah, kepada orang-orang yang suka maki hamun Man United tu, silakan. zureen tak marah pun. yang penting Man United HEBAT!

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive