blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Thursday, December 09, 2010

ZUREEN macam STACY atau STACY macam ZUREEN? haha!

salam.
ya! mari membaca lagi.
haha. bukan-bukan. entri ini bukan untuk menyerlahkan ke'perasan'an zureen. mencari publisiti? jauh sekali. okaylah. entri ini bukan berbentuk entri-entri ilmiah seperti entri zureen semalam ''timbang berat blog anda'' dan ''cara buat link yang comel''. bukan juga ''video ekslusif dari zureen'' tapi entri ini berbentuk kemerapuan sedikit.

okeh. kita mulakan bual bicara kita. pasal stacy. ya! apa yang anda tahu tentang stacy? ya! dia memang comel, bibir macam baby (haha~), kecik, pandai menari, suara power, sabahan (macam zureen. hehehe) dan tak sombong! tapi, sabar. bawak bertendang! bukan itu sebenarnya topik bual bicara kita pada hari ini.

yang zureen mahu tahu ni saja.


haha. jauh sekali kan? =p

Wednesday, December 08, 2010

TIPS : Jom buat link comel!!

okay.
haha! kita bertemu lagi yang rakan-rakan blogger yang HOT-HOT! :P
kali ini zureen akan kongsikan ilmu tentang bagaimana membuat link button menggunakan gambar atau bentuk-bentuk seperti segi empat, segi tiga, love-love dan sebagainya.

1. anda kena memilih gambar atau bentuk yang anda suka. boleh download dari laman photobucket, atau sebagainya. tapi ingat! image photobucket kadang-kadang buat blog anda jadi berat! (mentang-mentanglah blog ringan kan?). okaylah. berbalik kepada step 1, zureen memilih untuk buat bentuk sendiri! yaey!

buka je 'paint' dan lukis-lukis seperti ini :


 ataupun, kalau anda rasa tulisan anda tak cukup HOT, boleh edit kat 'photoscape' macam ni:


Save gambar tersebut ok?

2. Code URL gambar

macam mana nak tahu code gambar tersebut? okay. tarik nafas! senang saja! pergi ke dashboard> new post> insert image> upload> add selected> edit html dan copy code seperti di bawah :

klik untuk BESARRRR PUNYEEEE

*insert image yang anda dah buat di step 1 =)
*copy URL sahaja. seperti yang telah dihighlight di atas oke?

3. Mau siap suda!
copy code ni :

<a border="0" href="yourblogURL" target="_blank"><img src="yourimagedirectlinkURL"/></a>

*replace your blog URL : target link yang anda nak masukkan. kalau tak faham, em.. kalau orang tekan gambar tu, dia link kat mana? haaa.. copy http://bla-bla-bla yang tertera kat atas tu.. tak faham? tanya dekat comment box oke? (fuhh~~ berpeluhhh~~)

*replace your image direct link URL : dengan URL image yang anda dah copy tadi.

4. 98% done!
pergi page elements> add gadget> html/java script> paste code> done!

5. siap! dan anda boleh klik ni!!



*kalau nak buat banyak-banyak macam ni pun boleh. heh~



yang tak faham tu leh comment k? wat ni pun sebab kelam-kabut sikit. hehe~ HANI! dah siap tutorial untuk kamu. hihihihi~~

TAHNIAH! Malaysia ke peringkat SEPARUH AKHIR!

okay.
sementara tengok match MAN UNITED vs. VALENCIA, nak update pasal perlawanan MALAYSIA VS. LAOS pula.

sememangnya, satu perlawanan yang cukup bertenaga kerana Malaysia memperoleh kemenangan bergaya dengan menewaskan Laos 5-1 pada peringkat suku akhir sekaligus berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir setelah Indonesia berjaya menewaskan Thailand 2-1. Walaupun hujan lebat (tengok dari tv nampak lebat je) Malaysia sememangnya mempamerkan persembahan yang cukup membanggakan!

Hero-hero Malaysia yang telah menjaringkan gol adalah :
Amri Yahya '4
Amri Yahya '14
M Amirulhadi '74
N Idlan '77
M. Bin Jasuli '90

jom tepuk-tepuk untuk mereka! hehe.
oaky. sambung tengok match Man United!
GLORY-GLORY!

RINGANNYA blog saya!!!!

haaa!
bila dah puas berpenguin-walk, zureen terjumpalah satu post sahabat blogger zureen ni..
memang menarik laa entri dia! :)
pasal 'kenapa blog kita berat'
yes.
kadang-kadang zureen pun mengalami situasi yang sama seperti beliau.
ada page-page yang sangat-sangat LAMBAT dan menyebabkan zureen berputus asa nak buat panguin walk di laman beliau. sorry to say, anda patut kurangkan widget-widget yang tak perlu.

nak tips untuk meringankan blog?
sila ke blog encik zai oke?

pastu, anda boleh check whether blog anda tu berat or ringan.
klik di sini dan check!!

zureen rasa best jugaklah sebab, lepas check berat blog, ni yang zureen dapat :



0.14 saat saja????
alhamdulillah.
dengan masa loading blog zureen macam ni cepat,
insyaAllah zureen tak akan dimaki laju-laju
sebab tak menyusahkan orang tunggu page blog zureen habis loading kan?

btw, thanks encik zai!!

ALAMAK! candle light dinner?!!!!!


panik semasa candle light dinner?
ayuhh~ redakan perasaanmu (wahh.. cakap ala2 indon)

pasti apa saja yang kamu lalukan semuanya dirasakan tidak kena.namun, jangan jadikan perasaan debarmu itu merosakkan makan malam yang penuh romantis.kamu perlu bersiap sedia mengatasi sebarang kemungkinan dan keberangkalian yang akan berlaku ketika candle light dinner kamu dan si dia berlangsung. reen akan memberikan beberapa panduan untuk kamu menutup segala kekalutan itu. mari bersama-sama renungkan panduan atau tips di bawah agar kenangan yang romantis malam itu tidak akan menjadi kenangan yang paling kelakar dalam hidup kamu...!!

1. SALAH NAMA
dengan yakin dan manisnya kamu memanggil nama si dia Ronaldo (bukan nama sebenar) sedangkan namanya Amri(bukan nama sebenar). oppsss! salah sebut. entah kenapa kamu secara tiba-tiba sahaja teringatkan Ronaldo, ex-boyfriendmu itu..
cara mengatasi : katakan kepadanya kamu seperti melihat teman sekampung kamu Ronaldo berlalu di hadapan kamu tadi. tetapi kamu tidak pasti sama ada betul atau tidak. katakan dengan penuh yakin agar ianya tidak menimbulkan sebarang tanda tanya.hehe.. boleh pakai kan?

2.MAKANAN TERLEKAT DI GIGI
senyuman manis kamu menjadi cacat kerana di gigi kamu ada terlekat cili atau sisa makanan.asyik sangat menikamati makanan sehingga tidak sedar ada benda yang memalukan kamu. lebih teruk lagi dengan selamba dia yang menegur kamu. argghhh~ malunyaaa!
cara menngatasi : tutup mulut dengan tangan sambil tersenyum. kemudian dengan selamba katakan padanya "tidak pernah terjadi seperti ini sebelum ini.mungkin ianya terjadi kerana mahu awak mengingati saya sampai bila-bila". atau sekiranya sudah terdesak katakan saja kamu memang ada tatu gigi. kelakarkan??!! hahaha.. (gelak besar macam iklan gigi palsu kat tv)

3. MEMAKAI PAKAIAN YANG SAMA
kamu fikir kamulah yang paling anggun dan cantik pada malam tersebut. tetapi, tanpa diduga sewaktu kamu menyusur masuk ke restoran tersebut, kelihatan ada seseorang yang memakai pakaian yang sama dengan kamu. malunya tidak terkata. sudahlah fesyen yang sama, warna pun sama.. si dia hanya tersenyum melihat reaksimu.
cara mengatasi : jangan menggelabah. buat tidak tahu sahaja. tidak ada salahnya kamu memakai baju yang sama. sekiranya si dia masih tersenyum, kamu perlu join sama tersenyum dan katakan padanya.. "baju yang saya pakai sekarang memang tengah menjadi pilihan. ini baru nampak satu mungkin ada lagi, jangan terkejut ya?"

4.MENUMPAHKAN MINUMAN
setelah khayal merenung mata antara satu dengan lain, kamu tiba-tiba berdebar dan menggelabah lalu menumpahkan minuman ke meja atau baju kamu.
cara mengatasi : ambil dan lapkan tetapi jangan terlalu kalut sehingga merosakkan yang lain. hati-hati dan lakukan dengan tenang. sambil itu kamu katakan padanya, "nasib baik tidak terkena baju awak, kalau tidak rasa bersalahnya saya.." cara ini dapat mengalihkan perhatiannya dari terus memerhatikan kekalutan kamu.

5.PERUT BERBUNYI
di saat berbual sambil mendengar muzik romantis yang sayup-sayup, tiba-tiba kedengaran muzik yang agak luar biasa dari perut kamu. mungkin kerana mahu terlalu kontrol sehingga kamu sanggup menahan kelaparan, akhirnya perut kamu pun berkeroncong.
cara mengatasi : relaks, tarik nafas sedalam-dalamnya dan jangan menggelabah..hehe buat sahaja seperti dia tidak mendengar apa-apa pun walaupun kamu pasti bunyi itu terlalu kuat dan hanya orang pekak sahaja yang tidak dapat mendengarnya. sekiranya dia hanya buat tidak tahu, mengapa kamu mahu membuka pekong di dada? tetapi, jika sekiranya si dia menegur kamu, kamu boleh katakan padanya "maaf ya, saya lapar lagi agaknya.."hehe..

6.TERSELIUH
sedang kamu berjalan-jalan di tepi pantai contohnya, (pantai lagi??) dan menikmati angin malam, tiba-tiba kaki kamu terseliuh kerana kasut yang kamu pakai terlalu tinggi 'heel'nya. lebih teruk lagi sekiranya kamu melatah dengan kuat! aduh.. banyak jugalah mata yang memerhatikan kamu.
cara mengatasi : bagi menutup malu, berlakonlah seperti kaki kamu sakit sangat2. dalam masa yang sama, mintalah si dia tolong tengokkan. pastinya si dia akan memapah kamu ke suatu tempat untuk berehat sambil mengurut-urut kaki kamu yang kononnya terseliuh itu.sekali-sekala ambil kesempatan begini apa salahnya.

di atas adalah antara kejadian-kejadian yang popular berlaku semasa candle light dinner. bagi mereka yang baru nak mula keluar dating, pastikan anda benar-benar bersedia dalam menghadapi apa-apa saja kemungkinan yang akan berlaku.

huhu~
bilalahh nak merasa candle light dinner kat pantai ya?

Tuesday, December 07, 2010

CONTEST : mimik muka menarik

chak? comel kan? ;)


hehe.. gadis comel di atas merupakan pengasas contest ni! yes! klik gambar di atas untuk terjah!

baiklah, oleh kerana rajin, zureen nak kongsi jugak syarat-syarat nak masuk contest ni :)

1. blogger yang berwarganegara malaysia sahaja, tak kira jantina. :)

2. mesti menjadi follower kat blog cik cikin yang comel tu

3. tak kisah nak masukkan pic mimik muka macam mana. tapi, cik cikin kata, mimik muka yang paling menarik, akan menjadi pemenang!

4. buat entri pasal contest then cerita sikit pasal pic awak-awak semua..

5. picture MESTI la gambar korang sendiri. combine pic banyak-banyak pun boleh (edit ikut suka pun bolehhh..)

6. pic perlulah menjaga adab dan tatasusila.

7. lepas dah buat entri, jangan lupa pula post kan link entri kat comment cik cikin.

8. ouh yer, jangan lupa letakkan banner kat atas tu, pada sidebar blog awak-awak dan make sure 'link'kan ke entry contest ni.

9. tarik tutup adalah pada : 25 DISEMBER 2010

10. . tag contest ini kepada 3 sahabat anda! if lagi ramai, lagi oke!


----------------------------------------------------------------



okay. sepertimana yang anda lihat, di atas merupakan gambar zureen yang zureen pertaruhkan untuk contest ini! yes! haha. apa nak cerita pasal gambar ni?
okay.

first, zureen ambil gambar dengan gitar ni bukan aksyen tahu? zureen memang reti main gitar. hehe.
second, zureen suka ambik mimik muka yang hodoh macam di kolum ke 2, baris ke 2. haha!
third, time tengah ambil gambar ni, zureen nanyi lagu jason mraz- i'm yours
fourth, time ni jugak zureen pakai jersy MAN UNITED. glory-glory!!!
fifth, zureen suka gambar ni walaupun anda tak berapalaa nak suka sangat. haha. =.=''

tag kepada :
nieza lagi
firdaus
chuu
wan hazel
ahli WASABER!

*pssst cik cikin, saya letak banner awak kat ruangan contest. blog zureen takde sidebar. harap penyertaan ni boleh diterima :)

TAG from fiza! jom tengok!

Tag ni dari sedari fiza! jom terjah blog dia!

1. Adakah anda rasa anda hot?
tak. hihi.

2. Update wallpaper yang anda guna sekarang.

KLIK untuk BESAAARRRR punyeeee

3. Cerita pasal gambar ini.
haha.. gambar ni? em.. gambar yang zureen take pakai webcam. itu je. haha.


4. Kali terakhir makan pizza?
Dah lama! insyaAllah, esok makan pizza! yeay!

5. Lagu terakhir anda dengar?
LAGU JEPUN : Yamapi - Loveless (message ringtone) haha!

6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ni?
tengok bola : Malaysia vs. Laos

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
ma. (hehe)
nong. =.=''

8. Tag 5 orang.
encik boloque
silah
nieza
nadia
ahli WASABER!

9. Siapa orang no 1 dengan anda?
kawan balas-balas komen kat blog. haha~ terjah dia jomm!!

10. Katakan sesuatu kepada orang ke 5.
i love SABAH!

11. No 3 ada hubungan dengan siapa?
kami sekampus. hubungan sebangsa mungkin. :P

12. Bagaimana pula dengan no 2?
kawan zureen. new friend yang kata muka zureen macam stacy! haha.

13. Kata-kata cinta kepada orang no 4
lelebiulahh nadia! haha

14. Berikan 4 fakta yang anda tahu tentang orang yang anda tag.
kawan berblog
comel-comel
blog mereka lawa
mereka HOT!

ZUREEN putus CINTA?? biar betul!

sambil mendengar lagu tercipta untukku nyanyian ungu, reen mendongak ke langit lalu membiarkan sahaja lappy yang tadinya ditekan-tekan keyboardnya kini mengaga begitu sahaja, berfikir 'adakah dia tercipta untukku?'.

sukar untuk reen menjelaskan perasaan ini, walaupun dia tidaklah sesensasi dan sekacak anuar zain mahupun pria pujangga hangat seperti jejaka-jejaka SUPER JUNIOR, reen tetap meronta-ronta untuk bersamanya kembali lantas memilikinya. entah mengapa, reen juga keliru akan perasaan yang kadangkala membingungkan diri ini.

ya, dia sangatlah hebat dan sentiasa berjaya menambat dan hati setiap wanita yang mendampinginya.ya, agak bodoh jika reen ingin memilikinya, walhal, dia sudahpun mengambil keputusan untuk meninggalkan reen sebulan yang lalu.

bohonglah jika reen mengatakan bahawa reen tidak merasakan apa-apa setelah ditinggalkan, bukan? reen juga wanita biasa, punya perasaan. memang sedih jika ditinggalkan lelaki hebat seperti dia. perasaan ini juga menjadi bertambah sayu dan pilu apabila lagu kekasih gelapku nyanyian ungu juga kedengaran di setiap ruang halwa telinga reen.

reen sentiasa berdoa agar keluarganya dapat menerima reen seadanya. ya, reen tidak punya harta, tapi reen akan janjikan kebahagiaan kepadanya. insyaallah~

kembalilah kepadakau..
cristiano ronaldo

Blog BARU Pilihan Malaysia 2010


salam.
ye.
blog zureen tua dah sebenarnya.
tapi, baru start menulis tahun ni.
harap-harap boleh join lah kan?
huhu~
time budak-budak (time sekolah) dah ada blog sebenarnya.
ada blog, tapi tak tulis apa-apa pun.
sungguh!
harap leh terima laa oke encik azman roslan?
hoho~

betul. zureen blogger baru.
buat blog pada september 2008
tp, buat first entri 7 oktober 2010 (blogger baru kan? kan?)

baca first entri zureen! >>> KERJA BARU!! 

edit photo contest!

 

okay lah.. senang cerita, zureen ikut contest lagi.. yeay! sangat suka ikut contest.. kawan-kawan sume yang ada buat contest, jangan lupa roger-roger zureen tahu? :)

gambar di bawah ni merupakan gambar masjid dekat Kota Kinabalu. yeah! zureen edit dengan menggunakan adobe photoshop teknik HDR.
bestlah, sebab kos zureen dekat kampus pun belajar benda ni. hehe~

gambar sebelum :

klik gambar untuk besaaarrrrr punyeeeee
zureen ambil dengan menggunakan Nikon D90 - AutoFocus. nak ambil secara natural je kononnye. baru senang nak edit! :)

gambar selepas :

klik gambar untuk besssaaarrrr punyeeeee
yeay! teknik HDR berjaya!

tag 4 ekor kucing yang comel :
encik boloque
encik qamarul
encik fakhrul zakry
akak fakihah :)

tag + extra kucing : ahli WASABER!

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive