Asalammualaikum. salam damai, salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1 malaysia, salam ukhuwah, salam sillaturrahim, salam aidiladha, salam korban, salam sembelih, salam-bersalaman. haha.
dikesempatan ini, zureen ingain memohon kemaafan, dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki. mana lah tahu ada yang tersinggung dengan cara zureen komen entri anda semua. ataupun ayat-ayat yang kurang senang ketika zureen berblogwalking. bukan semua orang boleh terima cara kita kan?
zureen pun nak minta maaf sekiranya ada di antara entri zureen yang membuatkan anda berasa tidak senang dan mungkin menyampah untuk membacanya. tapi, percayalah, semua itu hanya rekaan dan apa yang terlintas di dalam otak zureen. tidak berniat untuk mengaibkan dan melukakan hati sesiapapun!
zureen juga nak ajak awak semua datang rumah. ada open house ni. meh lah! hahaha. bye!