blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Thursday, May 05, 2011

pihak lain mengganggu cinta saya?

pernah tak anda rasa give up dengan hubungan anda? sebenarnya bukan give up pasal asyik bergaduh or whatever. tapi pasal pihak lain. ya, pihak lain. zureen tak pernah pun. tapi kawan-kawan zureen pernah mengalaminya. zureen minta sangatlah dijauhkan perkara ni.

selalunya pihak lain ni menjurus kepada ex-girlfriend/ex-boyfriend pasangan anda. masalah timbul apabila kekasih anda masih berhubung dengan mereka. jika sekadar berhung atas dasar kawan tak apa. jika sebaliknya bagaimana? sehinggakan ke proses menggoda dan merujuk kembali? memang rumit kan?

pihak lain ini juga boleh menjurus kepada pihak keluarga kekasih. sebagai contoh, masalah tidak direstui, tidak disukai, tidak menepati cita rasa keluarga dan sebagainya. ini lagi rumit. kalau ibu kata tidak, maka tidak lah. kalau ayah kata tidak, tidak lah.

pihak lain juga boleh dikaitkan dengan kawan-kawan kekasih. ada yang complain, tak sesuai lah, tak cantik lah, tak handsome lah, tak comel laa, tak sexy lah. hey, bukan mereka yang nak kahwin!

perkara ini akan berlanjutan sekiranya diri kita sendiri tidak menegaskan bahawa kita sememangnya menginginkan sebuah ikatan percintaan yang serius. kita kena menegakkan pendirian kita terhadap cinta yang kita bina.

cik sushi : kalau pihak-pihak lain ni terus mengganggu, apa yang akan anda lakukan? break up? atau pertahankan?

hari pertama ke kuliah dengan mata cam haram!

hari pertama masuk kuliah dengan mata yang bengkak. mula-mula nak ambil MC, cuti sakit. tapi sebenarnya tak lah sakit sangat kan? memang janggal sebab zureen tak pakai apa-apa pun! maksud zureen bukan bogel tak pakai baju, tapi tak pakai mekap! yelah, dah mata macam haram jadah katak, ada hati nak lawa-lawa pulak kan? haha. jom tengok muka zureen tanpa mekap + mata bengkak!







"haha... kuatnya study zureen.." (oke. ni bikin wa panas sket.. hahahha! love u ira!)

"pakai spek yang takda degree laa zureen"
"tak pegi hospital ke zureen?"

terima kasih laa zureen ucapkan kepada kawan-kawan yang memang risau tu. ada jugak yang ketawa! haha. cisss! tapi takpe, dah biasa. kami kan adik-beradik. sakat-menyakat tu biasalah kan?

"saya syorkan zureen letak air kencing sendiri dekat mata tuu supaya cepat sembuh"
"ya ya! air kencing yang fresh time pagi-pagi tu.."

"eee.. tak payahlaa.. kotor"

eh-eh? air kencing? boleh ka? tak pernah try pun. takut nak try. sebab benda tu kotor. makin bengkak pula nanti. so, post zureen ni nak tanya, wajarkah zureen gunakan air kencing zureen sikit untuk ubat mata zureen yang cam haram ni? haha!

cik sushi : takut nak try. eeee~

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive