blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Thursday, May 05, 2011

pihak lain mengganggu cinta saya?

pernah tak anda rasa give up dengan hubungan anda? sebenarnya bukan give up pasal asyik bergaduh or whatever. tapi pasal pihak lain. ya, pihak lain. zureen tak pernah pun. tapi kawan-kawan zureen pernah mengalaminya. zureen minta sangatlah dijauhkan perkara ni.

selalunya pihak lain ni menjurus kepada ex-girlfriend/ex-boyfriend pasangan anda. masalah timbul apabila kekasih anda masih berhubung dengan mereka. jika sekadar berhung atas dasar kawan tak apa. jika sebaliknya bagaimana? sehinggakan ke proses menggoda dan merujuk kembali? memang rumit kan?

pihak lain ini juga boleh menjurus kepada pihak keluarga kekasih. sebagai contoh, masalah tidak direstui, tidak disukai, tidak menepati cita rasa keluarga dan sebagainya. ini lagi rumit. kalau ibu kata tidak, maka tidak lah. kalau ayah kata tidak, tidak lah.

pihak lain juga boleh dikaitkan dengan kawan-kawan kekasih. ada yang complain, tak sesuai lah, tak cantik lah, tak handsome lah, tak comel laa, tak sexy lah. hey, bukan mereka yang nak kahwin!

perkara ini akan berlanjutan sekiranya diri kita sendiri tidak menegaskan bahawa kita sememangnya menginginkan sebuah ikatan percintaan yang serius. kita kena menegakkan pendirian kita terhadap cinta yang kita bina.

cik sushi : kalau pihak-pihak lain ni terus mengganggu, apa yang akan anda lakukan? break up? atau pertahankan?

9 comments:

ash said...

hg pi KATOK orang tu..tak guna dia..pukul SATTT dia ....saya pilih pertahankan nya!!

neslO_ais said...

hemm tak perlu kot nak amek berat sgt pasal mende2 negatif.. sendiri tau + kenal cane pasangan maseng2 an.. well, pertahankan :D

olen said...

ash - thanks ash!!!

olen said...

neslo - kadang2 benda negatif ni yang wat hubungan kita celaru kan? better tak payah amik port sangat. :)

Anonymous said...

zaman sekarang byk berlaku hal sedemikian,tapi apa2 pun utamakan Cinta kepada Ilahi then cinta2 yang di dunia ni,semua berjalan lancar.insyaAllah.. kalau pertahankan cinta yang tidak akan kekal,memang banyak masalah..

olen said...

anon - macam mana kita nak mengenalpasti cinta kita tu takkan kekal?

Hakeem Yusof said...

selagi ko rasa ko betol, ko buat je .

olen said...

hakeem - selagi kawan zureen rasa betul, kawan zureen buat. ;p

Nur Alisyah said...

sadis jg klu relationship ada pihak ketiga. minta2 djauhkan la itu suma. tragic2.....

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive