blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Friday, December 24, 2010

jangan dating dengan perempuan ini! (untuk lelaki single sahaja!)

belum ada kekasih? zureen sedia memberikan tips-tips yang berkesan untuk anda! apa yang terlu anda lalukan adalah memilih bakal kekasih sekaligus isteri yang baik dan seboleh-bolehnya elakkan daripada golongan ini :

1. Kawan baik kakak anda.

Kenapa? Ini kerana apabila permulaannya semua pasti nampak baik tetapi jika suatu hari nanti anda berselisih faham, semua rahsia anda akan dibingkarkan kepada kakak. Agak susah untuk anda mempertahankan diri bila ’diserang’

2. setiausaha anda

Kenapa? Seperti sedia maklum, anda orang yang memandang serong pada kerjaya seorang setiausaha. Bagi mereka, setiausaha hanya mahu menggoda boss, seterusnya berkahwin. Jika ia, anda keluar dengan setiausaha dalam masa yang sama, anda sudah berkahwin, anda mengiakan tanggapan orang.

3. bekas teman wanita

Kenapa? Ada orang kata, kita tidak sesuai jadi kekasih tetapi boleh jadi kawan. Jika hubungan sudahputus, elok sahajalah dilupakan. Tak perlulah anda keluar lagi kerana apabila putus, anda sebenarnya tidak punya sefahaman lagi.

4. teman wanita kawan anda

Kenapa? Hah! Ini satu kesalahan paling teruk yang pernah anda lakukan. Jangan sesekali menikam kawan dari belakang keranaia tidakbaik untuk sesebuah persahabatan. Fikirkansendiri, kala kekasih anda diambil orang tentu sakit bukan? Dan itu lah perasaan orang lain yang merasainya.

5. wanita yang terlalu "demand"

Kenapa? Mengapa perlu melayan perempuan yang ’demand’ kerana anda bolehsakitotak jika melayan mereka ini. Banyak lagi perempuan lain dan jika kekash anda demand, abaikan saja dirinya.

cik sushi kata : zureen hairan. hari ni entri pasal cinta-cinta je. takde idea lain dah. haih =.=''

pasal cinta lagi!

Entri kali ini ada kesinambungan dengan ENTRI TERHANGAT ini.

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

cik sushi kata : entri ni saje je. untuk menambah pengetahuan anda. ye lah. sekarang ni orang tak tahu sangat nak tafsirkan cinta tu apa. :)

Day 1 : Family Vacation

Day 1

haih! 21 Disember! dalam kepala dah berlegar-legar undian BBPM 2010. siapalah nak undi blog zureen kalau zureen tengah vacation ni? dah laa zureen tak promote gila-gila. promote sikit-sikit je. entah mereka baca, entah tidak. risau.

flight MAS jam 6.50 pagi. sampai KLIA jan 8.20 pagi. perjalanan dari KKIA dan KLIA tidak begitu banyak yang boleh diceritakan. yang hanya zureen boleh rumuskan di sini, kakak pramugari tu comel! lawa! sanggul tinggi. ala..as usual lah kan? pramugara? hmm.. tak laa handsome sangat. haha. sorry! jujur ni.

zureen duduk kat seat number 17 B. kira dok tengah-tengah laa kan? sebelah kiri, adik perempuan. sebelah kanan tak kenal. =.='' ya. lelaki. tak. jangan risau. kiteorang tak berkenalan pun. haha.

lebih kurang 19 minit nak sampai, adik perempuan nak terkucil lak. adess.

''kak, bibi mau kencing..''
''macam mana mau kencing? ada orang di sebelah ni.. dia tidur''
''alaa.. bibi nda tahan suda ni..''
''tahan ja laa.. kejap lagi sampai..''

dan sebelum sampai juga, zureen sempat pasanag BULU MATA! haha.

---------------------------------------------------

dah sampai. zureen dan family naik KL Transit ke putrajaya/cyberjaya. aunty tunggu kat situ. hehe.sampai kat rumah, rehat, dan tengok undian. 0%!! macam mana ni???








cik sushi kata : tunggu apa zureen buat day 2 di entri seterusnya! :)

kedai sushi zureen TOP 10!

ImageChef Sketchpad - ImageChef.com

salam. hihi. baru ambik award ni dari rakan blogger. jom terjah blog dia! klik SINI! hensemboy tau! ngeh-ngeh.

mungkin ramai yang tidak tahu. zureen tersenarai dalam TOP 10 blog baru pilihan malaysia 2010.

terima kasih daun keladi zureen ucapkan kepada : pembaca-pembaca blog zureen yang sudi mengundi even zureen tak dapat nak promote blog zureen sangat kerana kebetulan pulak zureen melancong sekarang ni. hihi.

terima kasih : zureen ucapkan kepada papa sebab sudi meminjamkan zureen broadband untuk mengupdate entri-rntri terkini. tidaklah sepi tanpa berita kan?

terima kasih : kepada pelanggan-pelanggan kedai sushi zureen yang tak putus-putus singgah even tuan sushinya kadang-kadang tertidur kepenatan melayan anda semua. hihi. sedap sangat ke sushi zureen? hihi.

terima kasih : kepada encik azman roslan yang menjadi tulang belakang kepada blogger-blogger yang baru. sememangnya, platform seperti inilah yang membantu kami. anda terbaik!

terima kasih : kepada abang sushi kerana sabar - menanti SMS tak berbalas. especially, time tengah berkekmpen. i love u. haha.


cik sushi kata : nak tahu apa zureen buat time cuti-cuti ni? kita jumpa di entri yang seterusnya!

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive