HELLO PELANGGAN SETIA KEDAI SUSHI SAYA! -- sumpah! berangan je lebih. |
Berkhayal ni kadang-kadang ada jugak kebaikannya. tapi apa yang zureen perhatikan memang ramai yang berkhayal tapi taknak nak usahakan apa yang dikhayalkan tersebut. orang cakap, daripada angan-angan tu laa kita boleh ubah hidup kita. masalahnya, diri sendiri pula yang malas kan? zureen nak share dengan awak 'masa awak semua tengah berkhayal'.
1. Semasa menaiki bas balik kampung. Berkhayal membayangkan kalau ada kereta, tak lah bersusah nak beli tiket.
2. Semasa memandu kereta terserempak dengan kereta lebih cantik. Berkhayal kalau berduit nanti bak tambah aksesori canggih kasi gempak!
3. Semasa tengah berehat lepas menoreh getah berkhayal andai anak-anak pandai belajar dan bekerjaya yang best-best, lepas tu menjaga awak semua yang dah tua tapi hampeh sebab semuanya tak mengenang budi.
4. Semasa tengok album orang kahwin, berkhayal bila tiba masa awak pula nak buat lebih best. Padahal sekolah pun tak habis lagi dah gatal fikir pasal kahwin.
5. Semasa berborak kosong buat cerita.. "kalau laa aku ada.. bla bla bla.." tapi bila bersurai masing-masing lupa dengan angan-angan tu. Hangat-hangat taik ayam serama je.
6. Semasa cuba menidurkan diri mula laa berkhayal macam-macam hingga tertelap dan kononnya fantasi itu akan bersambung semula keesokan harinya. Bangun pagi belum tentu ingat apa yang dikhayalkan.
7. Semasa tengok pengawal keselamatan dan pegawai bank masukkan duit kat mesin ATM. perompak datang dan awak bagi bantuan dengan menumpaskan perompak tersebut. Wah.. hebat kan? tapi kalau kena tembak? haha.
cik sushi : berkhayal nak ada shopping mall sendiri. hehe~