Cemburu seringkali berlaku di kalangan orang yang sedang bercinta. Baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang getir ini.
SETIAP kali berbicara mengenai cemburu, tentunya ramai yang menuding jari ke arah wanita. Padahal, baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang sama.
Sukar untuk dipastikan sama ada cemburu si dia bertujuan untuk melindungi hubungan yang sekian lama dibina atau hanya sekadar mendatangkan masalah.
Tetapi, awas! jangan terlalu menjadi hamba cemburu, takut nanti anda pula yang merana. info di bawah merupakan 10 tanda-tanda cemburu buta yang mungkin di antaranya terbuku dalam hati dan sanubari si dia.
* Beremosi keterlaluan
''sayang pergi mana? kenapa tak reply msg i?''
''i g buang air besar laa tadi sayang.. tak sempat nak bagitahu..''
''ahhh! u ada je alasan! u ada perempuan lain kan?''
''astaghfirullahh.. sumpah! takdee sayang... betul ni.. i pergi buang air besarrrr...''
''alasan!!!''
*tuuuuuuuutttt.. (handphone dimatikan)
Setiap minit dan jam, si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si dia akan marah sekiranya anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
* Sering melemparkan tuduhan
''you pergi makan ke, pergi shopping dengan perempuan lain ni?''
''you ada affair dengan janda tu kan?''
''you ada skandal dengan dia tu kan?''
''you tipu i kan?''
''you beli kerongsang tu untuk awek baru you kan?''
Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Keadaan berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan.
Sikap cemburunya yang keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda sedang berdampingan dengan teman lelaki atau wanita lain, bukannya rakan taulan. Perbuatannya itu membuatkan dia berani melemparkan kata-kata kesat.
* Cuba mencari kesalahan anda
''semalam you pergi mana?''
''i pergi tengok bola dengan kawan-kawan i..''
''kawan-kawan you? ada girls tak?''
''ada..''
''zureen kan?''
''yes.. why?''
''mesti you ada affair dengan dia kan? mesti you belanja dia makan kan? mesti you manja-manja dengan dia kan?''
''heyy.. kiteorang ramai laa.. kalau i ajak you pun, you bukan layan sangat bola ni..kang tak pasal-pasal time match tengah rancak, you suruh i hantar you balik..''
Sikap cemburu menjadi-jadi apabila si dia mula mengintip ke mana sahaja anda berada. Sama ada di pejabat mahupun di rumah, si dia sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan setiap hari. Paling menjengkelkan, si dia cuba mencari kesalahan anda.
* Sanggup bunuh diri
''kalau you tinggalkan i, i nak bunuh diri!''
''jangan gelak, i serius, i nak bunuh diri!''
''i makan panadol banyak-banyak!''
Ucapan ‘bunuh diri’ sentiasa bermain di bibirnya. Si dia seringkali mengatakan ingin membunuh diri sekiranya cinta yang diberikan olehnya tidak berbalas, lebih-lebih lagi apabila anda memutuskan mahu meninggalkannya.
* Sentiasa ingin bersama
''you.. teman i pergi shopping nak tak?''
''alaa.. you ajaklaa kawan-kawan you.. i busy nak study ni sayang..''
''see..ada je alasan you bagi! kawan-kawan you tu pun, bukan boleh percaya sangat! entah-entah bukan nak study, tapi nk buat benda lain!''
Setiap masa, si dia hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah sekiranya mendapat tahu anda keluar bersama rakan-rakan tanpa mengajaknya sekali. Perbuatannya itu menyebabkan rakan-rakan anda hampir terkena tempias perbuatannya itu.
* Anti sosial
''sayang, jom kita pergi birthday party kawan i..''
''what? nak buat apa pergi sana?''
''alaa.. having fun..''
''no need lah sayang..''
''come on laa sayang.. bukan selalu dapat pergi party..''
''kalau you sayang i, you tak payah pergi''
Tidak dinafikan, anda seorang wanita atau lelaki yang mempunyai penampilan menarik. Si dia amat bimbang sekiranya ada lelaki atau wanita lain tertarik pada diri anda. Ini menyebabkan si dia tidak gemar berparti atau menghadiri majlis sosial yang dianjurkan rakan-rakan sepejabat. Takut nanti, anda terlepas daripada genggamannya.
* Wartawan dan polis
''wahhh.. lambat you call hari ni? pergi mana?''
''main futsal, lepas tu lepak-lepak jap..''
''dengan siapa? ada perempuan tak? tauke gerai tempat you lepak tu perempuan ke? peaanggan kat situ ramai perempuan tak? ada yang pakai baju seksi-seksi tak?''
Sekiranya terdapat tindak-tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti seorang anggota polis ataupun wartawan. Contohnya, ke mana anda pergi, dengan siapa, kenapa pergi ke sana atau balik pukul berapa.
* Suka buruk sangka
''you.. dah lama you tak belikan i baju..''
''i tengah kumpul duit ni sayang..''
''nak kumpul duit nape? ni mesti nak enjoy dengan kawan-kawan you kan? tak pun, dengan skandal you!''
''tak laaa...''
Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.
* Takut dipermainkan
''eh.. apa you buat ni?''
''i nak tengok.. ada gambar perempuan lain tak kat dompet you ni..''
''takde.. yang ada pun gambar monyet i..''
Jangan terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.
* Pantang telefon berdering
*ringging tone handphone : super junior-no other.
''hello? siapa ni?''
''hello? ada ronaldo tak?''
''ada.. ni perempuan mana pulak yang call dia time-time kiteorang tengah dating ni?''
''ni umi dia laa..''
''oooo....'' <<-- malu suda~
Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama.
Sekiranya anda telah berusaha sedaya upaya mengubah situasi ini tetapi pasangan tetap tidak dapat mengawal sikap cemburunya, kaunseling adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan hubungan anda. Sekiranya masih berlarutan dan membebankan anda, jalan penyelesaian terbaik ialah memutuskan sahaja perhubungan.