gambar tiada kena mengena dengan tajuk entri. haha. |
Haha. selamat datang dan selamat membaca entri kedai sushi zureen yang ke-3 untuk hari ini. baru 3? haha. takde idea. kalau buat banyak-banyak pun, korang bukannye nak komen. hampeh! haha. (gurau je). eh-eh. berbalik kepada tajuk di atas. korang agak-agak betul tak apa yang zureen nak kongsi ni? nak tahu betul ke tak, baca sampai habis. then komen k? (sebenarnya, jeles tengok komen-komen kat blog seperti blog HANIS ZALIKHA DAN FATIN LIYANA berdozen-dozen! ceeyyyy!)
okay. okay. enough merapu.
zureen dah selidik sebenarnya (ceyy!). selalunya orang akan kata, cinta ni ibarat madu laa, racun laa, kentut laa, ape laa. so, zureen nak buat satu lagi analogi di mana cinta ni sebenarnya boleh diibaratkan seperti MENUNGGU BAS. haha.
tak masuk isi lagi ni. baru mukadimah! haha. okay-okay. tulis panjang-panjang nanti korang taknak baca pulak kan? so, we move on content diaaa! layannnnn!
kenapa zureen kata cinta ni ibarat tunggu bas? haaaa!!!
ada orang tu, bila nampak bas lalu dia terus kata :
''Eeee.. penuh! takde tempat lak nak duduk ni! dah laa punggung i 36!''
then, orang tu tunggu bas yang lain dan biarkan bas yang penuh tadi tu berlalu.
lepas tu, bas ke-2 datang dengan machonya!
''eee.. macho??? BURUK je bas ni. haha. tengok skin dia tu. ya Allah! dah berapa kurun bas ni? buat malu je naik! eee.. tak kuaseeee!!!''
dengan berlagaknya, orang tu biarkan bas buruk itu berlalu. kesian bas tu. kalau dia dengar apa yang orang tu cakap tadi, mesti bas tu sedih kan? kan? huhu.
zureen nak naik yang ni! haha |
lepas tu, bas ke-3 datang. package lengkap! skin ok, tayar baru, cermin elok, tempat duduk okay, tak penuh.orang tu kata, ''alaa.. apesal takde aircond ni? dah laa panas gila! eee.. rimas laa kalau naik bas ni! taknak naiklah!''
bas ke-3 tadi berlalu pergi.
haaaa! orang tu sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari! HUJAN! agak-agak apa terjadi? orang tu terus gelabah! dia baru perasan, dia dah lewat! natijahnya? tahan jelah bas yang lalu even tak sempurna kan? 10 minit dalam bas tu pula, baru orang tu perasan, ''SILAP BAS pula!''
jadi, orang tu dah bazirkan banyak masa menunggu apa yang dia nak. Korang semua fikirlah, even bas tu beraircond, awak semua pasti tak yang bas tu tak rosak tengah jalan? atau tak terlalu sejuk untuk awak semua?
Untuk awak-awak semua, menginginkan sesutau yang sempurna tak salah. Tapi, awak kena ingat, bagi peluang kat orang lain pun tak salah kan? sekiranya 'bas' tu tak sesuai, awak hanya perlu tekan loceng dan turun. senang kan?
satu lagi analogi :
orang tu tahan bas yang dia tunggu-tunggu, tapi, pemandu bas tu buat derkkkkkk je dekat orang tu. selamba je tinggalkan orang tu. kesian kan? moral of the story, tak payah kejar yang telah meninggalkan anda tu. setiap kali anda kejar, anda pasti akan terjatuh - SAKIT laa tau x? (hehe)
cik sushi : suka naik LRT. lajuuuuu! haha.