Isu keperawanan wanita selalu berhubung kait dengan selaput dara. Inilah
yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada
malam pertama. Sedangkan ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat
nipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang,
menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya
meskipun dia belum pernah melakukan hubungan seks.
Kesempatan ini diambil oleh sesetengah pihak untuk meniru selaput dara
ini. Alat tiruan ini bernama Artificial Virginity Hymen. Siapa punya
kerjalah yang mencipta alat pelik ini. Alat ini ditempatkan dalam vagina
15-20 minit sebelum hubungan intim. Alat itu membantu wanita yang baru
berkahwin untuk mengaburi suami bahawa dia masih perawan.
Artificial Virginity Hymen adalah buatan Jepun dan diedarkan oleh
perusahaan China, Gigimo. Beratnya adalah 0.08kg. Gigimo mengiklankan
produknya di seluruh negara-negara Arab. Ini kerana sebahagian besar
warga Timur Tengah masih menganggap keperawanan adalah harga mati yang
harus dimiliki seorang isteri.
Alat itu akan menggoda para wanita untuk tidak menjaga keperawanannya.
Para anggota parlimen konservatif Mesir menyeru larangan import alat
selaput dara tersebut. Tokoh agama terkemuka Mesir, Abdel Moati Bayoumi,
mengatakan, siapa pun yang mengimport alat itu harus dihukum. Produk
ini mendorong hubungan seks terlarang. Islam melarang hubungan ini
kecuali dalam pernikahan, kata Bayoumi.
Cik sushi : Sekarang zaman dah moden, tidak perlulah kita berfikiran sempit lagi isu selaput dara ini. Rujuklah fakta yang sebenarnya.