blog ini akan di buka semula dalam tempoh 0
Hours
0
Minutes
0
Seconds

Wednesday, July 27, 2011

apa makna puasa bagi kamu?

ayu tak? ayu tak? hehe


Apa makna puasa? Mungkin lain orang, lain pengertiannya. Berbeza mengikut tahap pemikiran masing-masing. Zureen akan mengemukakan beberapa pendapat tentang 'berpuasa' ini dari aspek umur, pekerjaan, dan jantina.

BUDAK-BUDAK KATA, PUASA ITU..
"tak boleh makan dan minum waktu siang. Takut nanti mak ayah marah. Kalau puasa penuh, dapat duit raya lagi banyak. biasanya RM 1 untuk sehari puasa. kalau sebulan dan RM30! kayaaa!" - Adam, 7 tahun

LELAKI KATA, PUASA ITU..
"terpaksa berhenti merokok di waktu siang, tak boleh nak tengok awek seksi jalan-jalan depan mata seperti yang  lazim dilakukan semasa lepak bersama member sekerja pada waktu lunch" - Lukman, 23 tahun

"kena rajin pergi masjid sembahyang terawih. selalunya, dalam seminggu tu, sekali je pergi masjid (hari Jumaat)" - Khairul, 19 tahun

"time puasa ni laa kena cari duit lebih dan dijadikan sebagai duit raya untuk anak-anak yang puasa penuh. (mengeluh)'' - Hamzah, 37 tahun

WANITA KATA, PUASA ITU..
"kena stop mengumpat untuk sebulan. tak boleh pakai seksi-seksi" - Mira, 24 tahun

"berat badan akan susut seterusnya menjadi lebih langsing! yeay!!" - Bie, 23 tahun

"kena control nafsu lebih-lebih lagi time membeli kat bazaar ramadhan. kalau time berbuka tu, kadang-kadang lauknya macam makan untuk seminggu!" - Hanim, 28 tahun

BOS KATA, PUASA ITU..
"tak boleh maki hamun pekerja. kena selalu senyum dalam terpaksa walaupun staf tak buat kerja dan asyik hilang dari office" - Muhammad, umur rahsia (heh~)

SAYA KATA, PUASA ITU..
"sesuatu yang sangat menyeronokkan! lebih-lebih lagi bila bersahur dan berbuka bersama-sama family mahupun rakan-rakan di kampus!"

selamat menyambut bulan ramadhan semua!!

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive