blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Friday, December 10, 2010

PROMO : UNDI zureen untuk ''blog baru pilihan 2010''



haha. zureen saja nak promo. promo sebelum g kk next week. dan next week jugak undian baru di buka!!!! uwaaa! dem! dem! next week memang tak dapat online punye. uwaaaa!!! dah sah-sah tak nak blog zureen menang! wahahha. takpe. rezeki masing-masing kan? so, kepada kawan-kawan yang tercinta tu, terima kasih zureen ucapkan awal-awal di atas kesudian anda mengundi blog zureen untuk Blog Pilihan Baru 2010! terima kasih. =.=''

ke SINI untuk mengetahui cara mengundi. dan undian akan dibuka minggu hadapan.

blog anda tercalon? boleh check SINI

ingat tau pilihan ke-8 no. 285! hehe.

Proton 5 bersaudara. Anda rasa lawa tak?

sememangnya semua pun memiliki perasaan ghairah terhadap kereta bukan? haha. bagi zureen kalau dah ada kereta, jam tangan, shades, hand bag dan shoes, orang tak kisah pun baju apa kita pakai. asalkan ada kelima-lima subjek tersebut. kan perempuan? hehe.

okaylah. malas nak bebel banyak-banyak. jom kita tatapi sedikit tentang kereta yang bakal dikeluarkan oleh Proton iaitu Proton 5 bersaudara. sebenarnya cambest je dorang pakai nama ni kan? sifat kemelayuan dan keMalaysiaan tu nampak sangat! tu yang cambest je kereta ni. bila nama dah cambest, apa kata kita tengok dan belek-belek gamabar kereta-kereta ni sat. :)


 yang ni Proton Lekir. Cantik kan? body dia. fuh! kalau si Lekir ni 'betina' dah sure kena ayat kereta lain. mantaplahh!



 yang ni proton Lekiu. my mom fav! haha. nampak sporty katanya.



yang ni pula Proton Tuah. nampak mewah kan? tapi design ala-ala Gen-2 pun ada jugak. 



 yang ni Kasturi. =)


 dan yang ni Proton Jebat.

anda rasa kereta-kereta ni lawa tak?

BOLA : siapa Brendan Gan?




haha. ish. bukan boyfriend baru zureen ni. dia ni merupakan pemain bola yang digembar-gemburkan akan menyertai pasukan Malaysia! Menurut sumber, Brendan Gan merupakan pemain Liga Australia di mana beliau beraksi bersama kelab professionala iaitu Sydney FC. Dilahirkan di Australia tetapi bapanya, adalah rakyat Malaysia dilahirkan di Negeri Sembilan. 

Ya. beliau merupakan warganegara MALAYSIA!
zureen tahu pasal benda ni pun dari laman fanpage facebook. berminat? klik SINI


ya. nampaknya pihak FAM seperti tidak bersetuju untuk mengambil pemuda berbakat yang berusia 22 tahun ini. ternyata keturunannya dipersoalkan. 

''Mengikut undang-undang FIFA, seseorang pemain bolasepak profesional layak bermain untuk negaranya, negara kelahirannya, atau negara kelahiran ibu atau bapanya.

Seseorang pemain profesional juga layak bermain di sebuah negara lain melalui proses naturalisasi atau proses pengurniaan kerakyatan oleh kerajaan kepada pemain tersebut.

Pemain layak mewaliki negara baru dengan syarat, pemain tersebut masih belum mewakili sesebuah negara dalam mana-mana perlawanan antarabangsa kelas A. Sekiranya pemain tersebut mewakili negara untuk perlawanan peringkat umur (contohnya bawah 19 tahun), pemain tersebut masih layak mewakili negara baru.

Dalam kes Brendan Gan, beliau layak terus untuk beraksi dengan Malaysia selagi beliau masih belum mendapat Cap bersama skuad kebangsaan Australia''
- OFFSIDE SANGKUNANG

Brendan kata ''My inbox on Facebook is overflowing with messages from Malaysian fans who want me to come and play for them,'' he said. ''There's been no contact so far from the Malaysian FA but I'd definitely be open to it.''

Gambar di bawah merupakan pandangan rakyat Malaysia terhadap pemain ini dari laman facebook :  


KLIK gambar untuk BESAR PUNYEEEE

dan yang ini pula merupakan maklum balas daripada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek :


KLIK gambar untuk BESAR PUNYEEEE

pandangan peribadi zureen : kenapa nak halang dia dari berkhidmat untuk negara dia sendiri?  

TERCALON untuk Blog Baru Pilihan (2010)

okay. lepas iron baju papa, buat penguin walk kat blog pilihan malaysia 2010! yes. tengok perkembangan terbaru! dan nampaknya, blog zureen yang sangat-sangatlah tak seberapa ni tersenarai. hihi.

klik untuk BESARRRR PUNYEEE
okay. tarik nafas! yes. haha. seperti mana yang anda semua saksikan, ada 3 bulatan di atas. hihi. saje je sebenarnya. nak promo sikit! (psssst ayeem! zai! bak sushi seguni pasne okay?) em. bulatan pertama tu of course lah zureen punya blog. yang bulatan kedua tu, ayeem ayam punya! takkan tak kenal kan? heh~ yang bulatan ke-3 tu adik zai punya blog. hihi. yang lain-lain tu zureen kenal. dah buat penguin walk pun kat blog mereka. kalau bulat-bulat semua kang pening lak nak baca. heh~ btw, untuk semua yang ikut, wish ya'll da best! lebiulah!!

nak tengok sama ada blog anda tersenarai untuk Blog Pilihan Baru 2010? klik SINI.

bye.

zureen masuk DEWI REMAJA?

dem! dem! awal sangat terbangun hari ni! yes! awal sangat! grr! baru saja mahu main kuch kuch hotak hang ha ta hai dengan Cristiano Ronaldo tadi. potong steamboat stim betul lah! kui kui kui (120 juta kali). apa nak buat pagi-pagi buta ni? nak jogging? mak aiii. tak pasal-pasal pontianak harum sundal malam kejar nanti. awal sangat ni. matahari pun tak nampak lagi.

Apa pasal lah terbangun awal sangat ni? dah elok-elok mimpi dancing-dancing dengan CR, tiba-tiba terjaga pula. alahaiii. dah laa peluang kecemasan keemasan macam ni susah nak dapat! grrr! dah lama tak mimpi. memang jarang sangatlah mimpi-mimpi ni. yang zureen tahu, tidur, bila bangun, mesti dah pagi. ish-ish.

bila cakap pasal mimpi, adalaaa satu hari tu zureen mimpi masuk DEWI REMAJA (pulak!) haha. memang nervous lah! zureen ingat lagi juri tu tanya :

soalan pertama.
''jika awak diberi peluang untuk meluangkan masa 1 hari dengan mana-mana selebriti tempatan, selebriti yang manakah menjadi pilihan anda?''
''oh! sangat dem best soalan yang tuan juri bagi dekat saya! haha! mestilah saya ingin meluangkan masa dengan Lisa Surihani!''

pastu, juri tu tanya sambil menggesel-gesel pen stabilo dengan jari, ''adakah awak lesbian?''

zureen marah! ''homaigoat!!! saya masih waras encik! encik nak kena cepuk dengan heels saya ni ke? saya nak hangout dengan Lisa Surihani sebab saya tengok dia sempoi je. dari TV nampak macam tak sombong je. lagipun, boleh laa saya minta nombor telefon Cristiano Ronaldo Awal Ashaari ke, Farid Kamil ke, kan? kan?''

soalan kedua.
''jika awak diberi peluang untuk mengucapkan kata-kata cinta dekat saya, apa yang awak nak lafazkan?''

memang nak kena hempuk dengan enjin Honda CRV dia ni. ''saya akan kata, u are so damn stupid! (sambil gelak-gelak)''

soalan ketiga.
''jika awak diberi peluang untuk dating dengan saya. adakah awak akan terima?''
''tak. saya tak sudi dan tak hendak pun!''

mak aihh! ada jugak mimpi macam ni kan? btw, anda semua nak tahu tak siapa juri tu? haha. juri tu adalah pak arab yang pernah masuk entri zureen dulu. klik SINI kalau nak tengok (lepas klik pegi kotak PINK tau). patutpun gatai semacam. kui kui kui (120 juta kali).

oh dem! zureen lupa nak iron baju papa! dah pagi dah ni. bye semua! chow!

JOM JOIN BLOGLARIAN!

ha. ni lagi satu tag yang zureen dapat. heh. sangat comel orang ini. serius! nak kenal? boleh!
klik SINI 



1) Letak banner ni dan link kan ke http://bloglarian.blogspot.com/

2) Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)
- Zureen suka berblogwalking kerana zureen just nak makes friends.baca-baca entri dan komen-komen mana yang patut. itu memang dah hobi masa lapang. heh.
 
3) Follow Bloglarian
dah follow =)

Tag 3 orang atau lebih rakan.


nur syamimi (lagik) hehe
faqiha
paw

JOM! TRIVIA untuk awak yang membaca!

Bila jenguk-jenguk shoutbox. ada lak atlet tag zureen. haha. takde lah.. dia tak tag zureen, dia tag 'kemba stacy'. zureen je perasan jadi stacy. haha! (actually, dia dah notice dia tag zureen) heh~ nak kenal siapa atlet tersebut? klik SINI


1) Selalu bangun pukul berapa?
kalau cukup tidur, memang bangun awal pagi. tapi, kalau dah tidur lambat, jam 10++ baru bangun. ish-ish =.=''



2) Ramai kawan lelaki ke perempuan?
Perempuan! :)



3) Bila 1st time bercinta?
asal ada soalan ni? dem! dem! okay-okay. Tahun 6! haha




4) Tau memasak ke tak? masak apa? (paling superb la yang anda tau masak)
pandai! zureen pandai masak! paling terer masak chicken curry! fuhh! memang superblah! haha.




5) Perkara paling lucu yang pernah berlaku dalam hidup anda.
okay. ceritanya macam ni. pada suatu hari (ceyy!), zureen nampak ada kakak senior pengsan dekat otw to asrama. sambil zureen jalan, zureen tengok dia (tengok je..haha), nampak dia sesak nafas. jalan punya jalan, zureen pula yang masuk longkang! lupa kat depan tu ada pembaikan jalan. cisss!!! tambah lagik, ada lak senior lain tegok! adesssssss =.=''

moral : jalan tu tengok depan!



6) Perkara paling gila anda buat.
tak gila. tapi mencabar kot. naik turun separuh gunung kinabalu dalam hari yang sama! 6km naik gunung, 4 km turun gunung! start jam 7.30, sampai jam 3 petang. dan paling best, zureen dengan roomate zureen je kat dalam hutan tu! berani kan? dah laa perempuan kan? heh~



7) Jawatan anda semasa sekolah menengah.
-naib presiden persatuan badminton
-ketua pengawas (sidang petang) =.=''
-yang lain-lain tu asyik-asyik bendahari je! dem! dem!



8) Selalu keluar dengan member tak? berapa kali sebulan?
Jarang. selalu duduk rumah saja. =)




9) Dengan kawan-kawan guna bahasa aku/ saya/ atau nama sendiri?
nama sendiri. lagi sopan kut? =)




10) Dah berpunya atau tidak? kalau sudah, berapa lama anda kenal si dia?
sudah. dah setahun sebulan =)



11) Perkara yang paling pantang sekali apa? means memang yang anda tak suka lah.
-perempuan mencarut
-asap rokok!
-orang main-main nama bapak!
-tolak-tolak kepala



12) If ada orang yang baru dikenali mintak no. telefon, apa respon anda?
''saya takde hp, saya ada public phone je..''



13) Bila ada je duit, anda suka beli apa?
Kasut, baju, shades, bags <<-- biasalah, perempuan! hehe


14) Nama glamor anda masa sekolah?
lelaki panggil saya 'si comel'. yang perempuan panggil nama saja. hihi.





15) Anda selalu habiskan kredit (sms/call) untuk siapa?
Untuk encik aidil zaquan saya (Amri Ashraf) hehe.



16) Sudah tercapaikah hajat anda? cerita pasal hajat anda.
BELUM! saya mahu macbook. dan sekarang tengah struggle kumpul duit elaun untuk beli macbook! oh pleasee!



17) Apa yang korang paling geli?
LIPAS! hate that! sorry encik lipas dan keturunannya!




18) Pernah accident/ injured teruk tak selama ini?
Pernah. accident basikal. ada 4 jahitan kat kaki kanan. hihi.




19) Perkara yang paling menarik minat anda sehingga lupa kat bf/ gf/ husband/ wife?
- Football match (especially Man United match)
- Fav TV show (The Bachelor, ANTM)
- Blog (haha! jangan marah pa! weee~~)



20) Perkara terakhir yang anda nak buat dalam dunia ni?
Buat baik dekat semua orang selagi hayat masih ada.


21) Tag 10 orang yang blog nya cantik:
nur syamimi (gadis bintang)
zai!
akak fakihah
ayulunera
miss zan
athirah
boloque
nur zaa
nad
nieza!

extra : semua followerlah!

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive