gambar takde kena-mengena dengan entri. heh. |
Pernah tak awak semua terfikir kenapa dalam permainan bola sepak hanya bola sepak sahaja yang boleh digunakan? kenapa tak pakai bola lain padahal bentuk dan nama pun sama iaitu "bola". so, entri kali ini zureen cuba kongsikan dengan anda ilham yang zureen dapat apabila bola sepak ditukar kepada bola ping pong. hahaha.
sekiranya pemain bola sepak menggunakan bola ping pong semasa bermain bola sepak :
- Pemain akan bawak bola sendiri dalam poket dan cuba mengelirukan pihak lawan dengan menukar bola yang sedia ada.
- Pengadil perlawanan akan menggunakan kanta pembesar untuk melihat bola.
- Penjaga gol tak perlu bersusah payah untuk membuat pelbagai aksi kerana dengan hanya menggunakan dua jari sahaja sudah mampu menyelamatkan pintu gol.
- Pemain akan cepat terhantuk sesama sendiri kerana asyik melihat bola atau ketika perebutan bola di udara ketika ingin menanduk bola.
- Di dalam satu perlawanan hampir menggunakan lima ratus ribu biji bola akibat selalu pecah kerana dipijak oleh pemain.
- Penjaga garisan terpaksa menggunakan teropong untuk melihat bola yang masih berada atau telah keluar dari padang.
- Mungkin tidak wujud tendangan percuma, penalti ataupun tendangan gol kerana tahap kelajuan bola amatlah minimum
- Tiada lagi acara membawa bola ping pong dalam sudu kerana tiada sudu yang mampu untuk membawa bola sepak dalam mana-mana sukaneka di sekolah. hahahha!
cik sushi : nak terai bawa bola sepak dalam sudu. hahah!