blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Tuesday, November 23, 2010

betulkah lelaki ni suka pegang-pegang?

salam.
Supaya tidak berlaku salah faham, situasi yang diberikan di sini hanya untuk suka-suka. dah nama pun blog 'suka-suka saja' kan?
Takde kaitan pun dengan sesiapa.
Btw kepada yang lelaki, kalau nak pegang perempuan, ingat-ingatlah ye siapa anda.

Ha…kalau masa korang berjalan dengan kekasih atau buah hati korang, ada tak dia pegang-pegang tangan korang? Habis semua die nak belek-belek tangan korang tu? Kalau ada parut sikit, mesti dia tanya, kenapa ada parut tu? Macam mana boleh kena? Macam-macam soalan dia tanya. Dorang ni memang suka nak pegang-pegangkah?

Lelaki ni bukannya apa. Dorang ni memang prihatin. Prihatin pada kekasih dorang. Kalau boleh, dorang memang nak jaga semua. Taknak ada luka-luka, parut-parut, segalanya. Kurang cantik katanya kalau ada parut-parut ni. Kan bagus lelaki korang tu.

Lelaki ni bukannye apa. Dorang ni memang suka melindungi perempuan. Kalau dalam hujan, siapa yang pegangkan payung untuk korang? Lelaki atau perempuan? Mesti la lelaki. Lelaki ni memang romantik. Dia tahu yang perempuan memang memerlukan dia. Tu pasal dia sanggup pegangkan payung walaupun dia akan basah kuyup. Kan bagus lelaki korang tu.

Lelaki ni bukannye ape. Dorang ni memang rajin. Kalau korang makan kat KFC atau McD, sape yang akan pegang dan angkat tray makanan tu? Mesti la lelaki. Dorang tahu perempuan tak larat nak angkat tray tu. Lagi pun dorang sayang pada korang. Dorang tak nak la korang penat-penat angkat tray makanan yang tak la berat mana pun. Ciput je beratnye. Kan bagus lelaki korang tu.

Lelaki ni bukannye apa. Dorang ni kan kuat. Tough pulak tu. Tu pasal kalau korang pergi shopping barang-barang dapur, lelaki jugak yang angkatkan barang-barang masuk dalam boot kereta. Tak perlu korang susah-susah nak angakut-angkut barang. Korang just tolong tolak troli je. Tu pun ada lelaki yang sayang sangat kat isteri dia sampai troli pun dia tolakkan. Kan bagus lelaki korang tu.

Dan last sekali, lelaki ni bukannya apa. Dorang kan penyayang. Siapalah yang tolong pegang dan pimpin tangan korang kalau korang sakit. Dia jugak la yang akan tolong pimpinkan tangan korang nak ke hospital ka, nak ke toilet ka, nak gi duduk kat meja makan ka. Dorang ni memang penyayang. Even kadang-kadang tu, dorang akan dukung korang kalau korang tak larat sangat. Kan bagus lelaki korang tu.

=)

shared from : http://www.tentangcinta.com/

jalur gemilang di stadium cardiff!


salam.
video ni zureen ambil dari laman FB member.
dia share video ni.
video ni berkaitan dengan bola.
bola lagi kan?
team cardiff city!
team ni merupakan team yang dipegang oleh tokoh perniagaan di Malaysia!
dengar-dengar next year masuk EPL.
memang hebat team ni. BELLAMY pun ada sama!
ada bendera malaysia tau kat dalam video ni!
maskot untuk team cardiff city ni pula budak lelaki comel lengkap berbaju melayu dan bersongkok.
tak percaya, tengoklah!
bila cardiff city masuk EPL next year, zureen nak sokonglah!!!


p/s : zureen minat MAN UNITED. if cardiff city ni masuk, zureen minat dua-dualah! 
chelsea loser! =.=''


jom senaman mata!

ok. jom release fikiran sikit.
walaupun blog zureen ni lebih kepada perkataan-perkataan yang sememangnya membosankan, apa kita kita relax dan buat senaman mata yang simple!
ya. senaman mata! apa yang perlu anda lakukan adalah merenung gambar ini - bergerak bukan?






selamat mencuba! =)

pelupanya beliau ni

Seorang nenek yang tinggal disebuah rumah dua tingkat sedang asyik mengemas bilik di tingkat atas. semasa sudah selesai mengumpulkan sampah yang disapu, si nenek teringat untuk mengambil pengaut sampah di tingkat bawah untuk digunakan bagi menyiapkan tugas mengemas yang sedang dilakukan.

Lalu si nenek pun menuju ketangga untuk turun ke tingkat bawah. ketika menuruni tangga seekor kucing comel melintas dengan cepat sehingga si nenek terperanjat.

''opocot! &%%$^! *(&^$! &^%^$%$!''

Selepas itu si nenek terpinga-pinga dan menggaru kepala kerana telah terlupa apakah perkara yang hendak dilakukan dan diambil di tingkat bawah tadi. Setelah berfikir beberapa ketika, si nenek tetap tidak ingat juga apa yang hendak diambil lalu si nenek pun mengambil keputusan untuk duduk sebentar di tengah anak tangga sambil cuba untuk mengingati barangan tadi.

Setelah kira-kira 15 minit 29 saat berlalu, si nenek gagal untuk mengingatinya, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk meneruskan aktivitinya. Lalu si nenek pun berdiri. Ketika itu si nenek terfikir pula, Eh, tadi aku nak naik ke nak turun? Sekali lagi si nenek terlupa....... adehlaa~

kejut mereka yang susah nak bangun macam ni!

TIPS 1
Kalau nak kejutkan orang bangun tidur. zureen kongsi antara cara nak kejutkan mereka :
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond




TIPS 2
Tapi kalau masih tak berkesan
1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit




TIPS 3
tapi kalau masih tak berkesan gak
1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaasin!




TIPS 4
tapi kalau masih tak berkesan gak...ni je la cara terakhir
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan..., kerana tuhan lebih menyayanginya

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive