blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Thursday, November 11, 2010

benda yang zureen akan buat

salam.
mungkin entri ini tidak sesuai bagi mereka yang tidak begitu berminat dengan bola sepak. atau,
tengok tajuk entri mungkin masih tertanya-tanya
tapi, bila dah tau, pasti ada yang rasa dah rasa tak nak baca. atau,
meluat.heh~

ya.
haha.
entri kali ini adalah berkaitan dengan tebiat semasa menyaksikan perlawanan bola sepak! sebanarnya, ada perkara-perkara yang wajib berlaku semasa menyaksikan apa-apa bentuk perlawanan.

kalau zureen,

1. MAKAN/MINUM

apa-apa perkara yang ditonton pun,even bukan perlawanan bola sepak, zureen tetap dengan makanan-makanan/minuman zureen. hihi. maaflah, zureen memang begini. kuat makan. gemuk saja tidak! hihi. best kan? dengan tabiat makan inilah yang boleh membantu zureen untuk mengurangkan sedikit rasa nervous semasa melihat perlawanan bola sepak. tapi, kalau sudah goal, tetap mahu menjerit. even mulut masih penuh dengan makanan. hihihi.

2. GIGIT KUKU

seperti pemain bola sepak (yang berada di barisan simpanan), camera selalu fokus kepada pemain-pemain yang menggigit kuku! ya! begitu juga dengan zureen. especially kalau tengah menyaksikan team kesayangan menentang team yang hebat-hebat. tambahan pula, waktu itu mereka berbalas-balas serangan! mahu taknya kuku zureen habis zureen gigit! haha. benda ni tak boleh kawal tau! kalau zureen nervous ja, mesti kuku jari ni jadi mangsa. lepas gigit, boleh trim balik. buat cantik-cantik, kan? jangan gigit kuku kaki sudah laa kan? haha.

3. MENJERIT

''goaaaaaaaaaalllll....!!!''
''argggghhhhhh.....!!!!!!!''

jangan hairan jika kedengaran suara perempuan menjerit seperti itu. haha. bila dah nervous, tambah dengan tabiat menggigit kuku, bila dah kemuncak tu, pasti akan menjerit! haha. yes, automatik! tu laa.. kalau nak ajak dating, zureen prefer gerai-gerai biasa ja. di sana, nak jerit macam mana pun orang tak kisah. hihi. kadang-kadang, zureen menjerit diiringi dengan gaya sekali tau! contohnya, if tak goal, zureen akan pegang kepala (seolah-olah macam zureen pulak yang tendang bola tu kan?). over betullah zureen ni! haha.

4. SILANG JARI

mesti anda semua tertanya-tanya macam mana nak silang jari ni? untuk apa? haha. entahlah, zureen pun tak pasti. benda ni zureen akan buat bila corner kick, free kick (dekat dengan goal), ataupun penalty kick. senang je nak buat. hanya perlu silangkan jari telunjuk dan jari tengah dan berdoa agar goal. haha. pelik kan?

5. KOMEN

''eee... kenapa laaa tak pass kat rooney!''
''astaga.. punya buruk dorang ni main!''
''benci drogba!''
''eee.. hensemnyaaaa...''

haha. tu antara CONTOH komen-komen yang zureen buat. tidaklah seprofessional pengulas sukan bola sepak. haha. yang komen bawah sekali tu bukan apa, biasalah kalau perempuan yang tengok bola kan? mesti ada jugak terselit sifat perempuan tu. kalau kita dengar lelaki pulak yang komen macam tu, mesti ada something wrong somewhere kan?

ya, saya adalah gadis yang minat bola!
sanggup tunggu match even pukul 4 pagi.
serius!! 

p/s: awak, bila kita nak tengok bola sama-sama ni? :)


TIPS : gerakkan tulisan anda! hihi.

salam.
ya. benda ni memang comel!

comel kan? comel kan?
bagaimana zureen menghasilkannya?
senang saja! :)

code yang perlu anda tahu :

BGCOLOR="color" → digunakan untuk 'background colour' (tulisan, gambar dan         sebagainya)

DIRECTION="left/right/up/down" → untuk menentukan pergerakan arah tulisan/gambar.

BEHAVIOR="scroll/slide/alternate" → untuk menentukan 'perilaku' pergerakan tulisan/gambar.
Scroll → tulisan/objek bergerak secara 'scroll'
Slide → objek bergerak lalu berhennti
Alternate → objek bergerak dari kiri ke kanan secara berulang-ulang

TITLE='message" → mesej atau tajuk yang ingin disampaikan

SCROLLMOUNT="number" → untuk menentukan kelajuan pergerakan objek. (semakin besar nombor, semakin laju obejek bergerak)

SCROLLDELAY="number" → untuk menentukan masa objek tersebut daripada bergerak (dalam saat)

WIDTH="number" → untuk menentukan lebar objek, dalam bentuk pixel (px) atau peratus (%)


baiklah, sekarang kita cuba menggerakkan objek (berbentuk teks) dari bahagian kanan ke kiri :
copy dah 'paste'kan semua code di bawah ini ke blog anda :

<marquee align="center" direction="left" height="50" scrollamount="5" width="100%">hey-hey. boleh buat tak?</marquee>

hasilnya :

hey-hey. boleh buat tak?
anda boleh menukar arah tersebut dengan cara me'replace'kan perkataan ''left'' yang di'highlight' tersebut kepada : right, up, atau down

okay, sekarang.
kita cuba menggunakan 'background colour' terhadap tulisan yang bergerak tersebut. sila copy dan paste code di bawah ke laman blog anda!

<div align="left"><font face="georgia" color="White"><B><marquee bgcolor="red" width="100%" scrollamount="3" behavior="alternate">contoh saja. cubalah sendiri. hehe.</marquee></b></font></div> 

hasilnya :


contoh saja. cubalah sendiri. hehe

selamat mencuba dan selamat berblogging! 
:)

Happy BIRTHDAY BIBI!

salam.
ya. lepas birthday mama, birthday bibi.
lepas bibi, ajie pula.
bulan november memang bulan bankrupt!
haha.

okay, bibi @ azreenie nazlyeen
baru mencecah 11 tahun.
(tapi, ada boyfriend suda mungkin.haha)
mama kata, ''naa... 11 tahun sudah, mama benarkan sudah kalau mau berboyfriend''

adadah!!!
zureen dulu, mana ada kena benarkan. (tak aci! haha)
umur 12 baru ada boyfriend.
ish. ish. ish.

ya, lagi satu.
bibi ni kuat marah sikit.
darah 'b'
banyak cakap.
ikut kepala dia ja.
so, agak-agak laa bila dah besar sikit ni ye?
haha!!

belajar rajin-rajin.
rajin masuk dapur (jangan jd macam kakak) haha!
rajin bersukan (nanti gemuk!)
kalau mau bercinta tu, bagitahu kakak dulu.
biar kakak tengok okay ka tidak.
haha!
sibuk pula.

okaylah.
nanti kakak pergi beli hadiah.
kira budget dulu.
sebab mahu beli macBook! haha.

HAPPY BIRTHDAY BIBI!

man city vs. man united

vote!
who will win this match?
Manchester city or Manchester united?

muka comel, suci, murni, tapi..

salam.

ya. orang kata, jangan ingat budak tu muka suci, comel, kacak, cute, perangai dorang pun okay.

''eh, tudung syria aku hilang lah! macam mana ni?''
''haa.. tudung?''
''ya.. tudung yang comel tu..''
''kau letak mana?''
''semalam aku letak sini (tunjuk almari)''
''then?''
''then.. baru tadi aku tengok almari, dah hilang!!''
''ehh.. mungkin ko salah letak kot?''
''tak mungkin..sebab, dah banyak kali benda ni jadi..asyik-asyik, pakaian-pakaian aku hilang!''
''ish.. takkan toyol kot?''
''ishh.. tak kot.. kat sini mana ada toyol..''
''ni mesti MANUSIA!''

benda-benda macam ni memang selalu jadi. tak kira lah kat hostel atau rumah. benda ni memang selalu jadi. lagi kerap kes-kes bersama housemate. al-maklumlah, orang study kan?

tapi, masalahnya..
apa motif mereka - mengambil barang bukan kepunyaan mereka?
adakah ianya satu tabiat? hobi masa lapang?
atau sememangnya kerja sampingan mereka?hoho.

nak kata tak boleh beli,
mustahil. sebab, masing-masing ada elaun.
nak kata tabiat? hobi?
mustahil. sebab, muka nampak suci saja.

hm.. but, nothing is imposibble right?

sekarang ni susah, benda-benda yang simple macam ni pun nak curi. benda tu pulak kita beli dengan duit kita sendiri. nak tanya, soal selidik dan menjalankan penyisatan terhadap beliau pun tak sampai hati. sebab muka SUCI sangat.

kepada mereka-mereka yang panjang tangan tu, zureen nak pesan :
susah-susah pun kita, jangan laa sampai nak tapau duit, barang-barang orang.
if perlu sangat, apalah salahnya minta dengan cara bagus. kalau tahu malu tu, pinjam ja cukuplah. kan? tak perlulah nak curi-curi ni. sayang, muka suci, baik, comel, tapi perangai macam tu.

one more thing,
awak jangan ingat kiteorang tak tahu apa awak ambil.
kiteorang dah tubuhkan pasukan penyiasat.
beware! haha.



saya tahu awak yang curi!

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive