blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Saturday, January 22, 2011

cerita huruf ''P''

"Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.

Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.

Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga!

Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong .

Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang .....

Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa ... Pup .... Pelita Padam !

Penamat"

cik sushi : pening 

papa dah tetapkan peraturan untuk keluar dating!

Kepada : BF anak aku (aku dah lupa nama ko sape)

Berikut merupakan peraturan-peraturan yang ko kena ikut sepanjang bercinta dengan anak aku :

Peraturan 1:
Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon-hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar. sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2:
Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah.

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang
nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.


Sekian,
Yg sengaja menakutkan,
Bapak Kepada Gf ko.

cik sushi : entri takde kena-mengena dengan zureen! haha!

TUTORIAL : bagaimana nak bagi senyuman maut?

AMARAN!
budak-budak sekolah yang baca blog kakak ni kena diawasi oleh ibu bapa awak-awak semua okay? sebarang keadian yang terjadi selepas membaca blog ini adalah tanggungjawab ibu bapa dan tak ada kena-mengena langsung dengan tuan punya kedai ni.

dipendekkan cerita, jom kita buat tutorial macam mana nak bagi senyuman yang paling manis. haha.






cik sushi : senyum itu satu sedekah paling mudah. senyum-senyumlah selalu okay?

teka-teki hampeh 2011

1. Burung apakah berbadan kecik tapi berkepala besor?
Jawapan: Burung pipit pakai helmet

2. Dalam banyak-banyak telur, telur apa yang paling mahal?
Jawapan: Telur yang berharga RM10 sebijik

3. Dalam banyak-banyak minyak, minyak apa yang paling wangi?
Jawapan: Minyak wangi

4. Amy Search menyanyi dalam kumpulan mana?
Jawapan: Ape punya bengap soklan...Search la

5. Kereta apa yang paling laju didunia?
Jawapan: Kereta yang dipandu 500km/j

6. Makanan apa yang tidak kenyang bila dimakan?
Jawapan: Makanan yang dikunyah je tanpa ditelan
7. Kenapa kucing mempunyai bulu?
Jawapan: Sebab kucing tak mempunyai sisik

8. Kapal apakah yang mempunyai mata?
Jawapan: Anak kapal

9. Kereta kancil mempunyai berapa tayar?
Jawapan: 6 tayar. (suka hati aku la teka teki aku)

10. Dalam banyak-banyak rumah kat Malaysia, rumah apa yang paling sedikit didiami?
Jawapan: Rumah yang tak ada orang
cik sushi : AWAS! Jangan gunakan teka teki ni kepada orang yang panas baran kerana dikhuatir anda bakal di hospital untuk beberapa malam.

zureen jumpa anak PENGUIN!!!

selalu kalau zureen berblogwalking, mesti ada ayat-ayat yang menyelitkan binatang comel seperti penguin. contohnya, ''lalu sini sambil lumpat-lumpat penguin'' atau ''lalu sambil penguin walk'' atau ''penguin walk sambil jual sushi sini'' dan sebagainya.

apa yang zureen nak kongsikan di sini adalah tentang anak penguin!



cik sushi : bahahhahahahahhahhahahhaha!!!!!!!! *serius tak henti gelak!

Tidur Menurut ISLAM

setelah zureen kongsikan dengan anda tentang KETAWA MENURUT ISLAM, jom kita selidik  pula bagaimana cara TIDUR MENURUT ISLAM. 



Dalam sebuah hadis diterangkan:

Maksudnya: "Al-Barra' bin Azib Radhiallahu 'Anhu berkata: "Adalah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam jika akan tidur, miring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca:


Maksudnya : " Ya Allah aku serahkan diriku kepadaMu Dan menghadapkan mukaku kepadaMu Dan menyerahkan semua urusanku kepadaMu, Dan menyandarkan punggungku kepadaMu kerana mengharap Dan takut kepadaMu, tiada perlindungan Dan tiada tempat selamat daripada seksaMu kecuali kembali kepadaMu. Aku percaya kepada kitab yang Engkau turunkan Dan Nabi yang telah Engkau utus".

                                                                                                                          (Hadis riwayat Bukhari)



Menurut sebuah hadis lagi riwayat Bukhari Dan Muslim:

Maksudnya: "Jika kamu akan tidur maka berwudhu'lah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan Dan bacalah do'a ini (seperti do'a yang tersebut di atas) Dan jadikanlah bacaan do'a itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu) ".

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis :

"Daripada 'Abbad bin Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam tidur terlentang di masjid sambil meletakkan satu kaki di atas yang lain." 

(Diriwayatkan oleh Bukhari Dan Muslim)



Dalam riwayatnya yang lain menerangkan: "Daripada 'Aisyah Radhiallahu Anha katanya: "Nabi Sallalahu 'Alaihi Wasallam apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam Baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup Dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian Baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dapat disapunya mulai dari kepalanya Dan mukanya Dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.

(Diriwayatkan oleh at-Tirmizi)



Ketika Baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, Baginda akan membasuh muka Dan kedua belah tangan sebelum Baginda tidur semula. Dalam sebuah hadis yang lain pula Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:


"Sesungguhnya Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Syaitan akanmengikat hujung kepala seseorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan,menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang di antara kamu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka akan terlepaslah ikatan yang pertama. Apabila dia berwudhu' maka akan terbukalah ikatan yang kedua. Apabila dia sembahyang maka akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasakan suatu kesegaran Dan ketenangan hati, jika tidak dia akan merasa malas Dan kekusutan hati" 

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)



cik sushi : artikel-artikel ilmiah seperti ini nak copy pun takpe. tak yah minta izin. copy BAHAN ILMIAH ini sahaja. jangan memandai-mandai nak copy entri lain pulak. heh~

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive