sila baca sambil feeling dengan gambar di atas :
"asalammualaikum semua si kacak dan si comel!
pagi-pagi ni zureen nak kongsikan dengan anda sedikit persoalan semasa berada dalam situasi pembuangan air besar a.k.a berak! sori, gigi arnab tu mencacatkan gambar"
Situasi 1
pernah tak anda mengalami kesakitan perut yang amat dan terpaksa pula beratur depan tandas/jamban untuk
berak buang air besar? dah laa menunggu, lama pulak tuh! sila-silap boleh terlepas sikit dekat dalam seluar
dalam. haha! kalau anda berada dalam situasi ni, mesti anda rasa nak terajang je pintu-pintu jamban tersebut kan?
Situasi 2
pernah tak anda bengang bila masa takde airlaa perut meragam. time darurat macam ni jugaklah rasa nak berak je. dah berak sekali, rasa nak berak lagi. bengang kan? pasal takda air ni memang selalu di alami oleh mereka-mereka yang duduk dekat hostel. sampai sanggup tahan-tahan berak tu daripada nak keluar. alasan?
"malas nak cuci" haha!
Situasi 3
Pernah tak anda berak air? maksud zureen, bukan buang air kecik, benda tu memang keluar dari tempat air besar keluar (sangat bertapis ayat ni..). pernah tak? benda ni jadi selalunya dekat orang yang sakit contohnya, masa demam teruk laa. faktor benda ni jadi pun zureen tak tahu. heh~
Situasi 4
Pernah tak anda rasa malu bila orang lain dengar bunyi dentuman
taik najis anda jatuh kedalam lobang tandas? haha! lagi lawak bila anda tahu ada orang dekat sebelah juga nak melepas, anda siap kontrol lagi bunyi tu. kalau boleh, kontrol dengan cara melepaskan
taik najis tu secara perlahan-lahan. haha!
Situasi 5
pernah tak anda rasa malu nak keluar dari tandas sebab tanak tahu andalah yang berak dan penyebab tandas tersebut jadi bau
taik busuk?
Situasi 6
Pernah tak anda rasa sakit perut tapi bila nak buang benda tu tak jadi pula nak keluar. memang tension benda ni kan? lagi tension bila kita sakit perut dan ready-ready nak berak, yang keluar hanyalah KENTUT!
Situasi 7
Pernah tak anda masuk tandas dan jumpa taik yang belum di flash?
PERNAH TAK??!!!
cik sushi : sebenarnya situasi 7 tu je zureen nak tekankan. =.=''