salam.
sebenarnya entri ni zureen tujukan khas buat encik Shahir AF8.
Shahir, sila baca oke?
(zureen taip sungguh-sungguh!)
Encik Shahir,
semua orang tahu yang kita sedang hangat bercinta.
ya. mungkn ada yang belum tahu.
tapi, kita memang tengah hangat bercinta.
zureen tak minta banyak Encik Shahir, Zureen minta 5 perkara sahaja.
ya. 5 sahaja.
1. JANGAN NAKAL
Saya
tahu Encik Shahir ramai peminat. mungkin mak datin pun ramai yang minat
kat Encik Shahir. Tapi zureen harap Encik Shahir tak laa nakal-nakal
dengan mereka. Kawan tu oke, zureen tak pernah halang pun. Kalau Encik
Shahir tak nakal-nakal, benda ni akan mempertahankan hubungan kita yang
dibina setahun lalu. Saya tahu Encik Shahir jarang keluar dengan
kawan-kawan perempuan. Yang saya tahu, Encik Shahir keluar hangout pun
kat kedai member or main futsal. Saya tahu. Sebab tu saya tak kisah atau
risau sangat.
2. JANGAN LUPA.
Bila
Encik Shahir dah hangout dengan member-member tu, jangan lupa mesej
saya. Sejam sekali mesej pun tak apa. tapi, Encik Shahir yang saya kenal
tak pernah lupakan saya. Encik Shahir selalu bagi mesej, setiap 30 saat
ada saja mesej dari Encik Shahir. kadang-kadang zureen lupa nak balas
sebab tengah sibuk buat kerja lain atau tengah ber'blogging'. Zureen
minta maaf sangat-sangat. Harap Encik Shahir tak kecil hati dan takkan
lupakan Zureen walau di mana Encik Shahir berada oke?
3. TENGOK GAMBAR
Bila
Encik Shahir free, Encik Shahir belek-beleklah wajah zureen yang tak
seberapa ni kat laman facebook. Zureen selalu update gambar tahu? jangan
lupa komen atau paling kurang pun tekan butang 'like' tu. hehe. terubat
jugak rindu Encik Shahir dekat zureen nanti kan? Tapi, bila tengok
gambar-gambar Zureen tu, tak sah kalau takde komen dari Encik Shahir.
rasa suka dan best sangat-sangat! TQ Encik Shahir!
Kalau
tak dapat tengok gambar pun takpe, Encik Shahir boleh tengok-tengok
raket badminton Encik Shahir kat rumah tu. mesti terubat atau teringat
kembali detik-detik kita main badminton sama-sama kan? :)
4. PAKAI BAJU
Ya.
Encik Shahir. Jangan lupa juga pakai atau ambik bau baju kapel yang
kita beli hari tu. kui kui kui (20 juta kali). kalau tak nak pakai
takpe, zureen tahu baju tu body fit! Encik Shahir malu nak pakai sebab
nampak bentuk badan Encik Shahir yang tegap tu kan? takpe. Buat baju tu
sebagai bantal busuk atau lap-lap peluh lepas main futsal pun takpe.
Yang penting Encik Shahir ingat zureen dekat sini.
5. DENGAR SUARA
Encik
Shahir, sebenarnya suara zureen lagi sedap daripada suara Encik Shahir
kan? kita selalu nyanyi sama-sama. kui kui kui (20 juta kali). malunya!
Okay, zureen minta, walau Encik Shahir bz macam mana pun, call-call laa
zureen. Seminggu 3 kali pun takpe. Zureen faham.
Okaylah
Encik Shahir, zureen tak minta banyak. Zureen minta 5 sahaja. Betul.
Tak mahu minta lebih.Dan tak sabar nak tunggu Encik Shahir balik Sabah
19 JUN nanti!
Lelebiu Encik Shahir AF8 a.k.a AMRI ASHRAF!
|
dari kiri : amri ashraf, papa |
okay peminat shahir! bertendang! eh,
bertendang lak. bertenang! sebenarnya, Amri Ashraf ni kena gelar Shahir
kat kampus. Mereka-mereka semua kata muka dia iras shahir. heh. BTW,
thanks sebab sudi membaca! kui kui kui (20 juta kali).