blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Monday, November 01, 2010

kucing - my everything part II


ya. pasal kucing! zureen memang obses dengan kucing. jangan gelak kerana ianya bukan lawak.zureen serius!

jika anda refer post 'kucing - my everything'. anda akan terbaca/terlihat kandungan yang bertulis 'dilanggar separuh badan, pihak klinik haiwan memberikan ubat tidur selamaya - tidak mahu melihat dia terseksa'

ceritanya begini.
ya. mungkin beliau tidak sengaja. tapi, perkara ini cukup menyentuh hati. ya! sangat menyentuh hati. sekali lagi zureen nyatakan, zureen serius menulis entri ini.

suatu hari, beliau men'start' enjin, lalu memasukkan gear reverse. tekan minyak. walaupun, pada ketika itu, pemuda 'A' sedang mengisyaratkan sesuatu bahawa ada 'objek' di bawah bahagian tayar beliau. sudah separuh. patah tetap patah.

masalahnya, tiada siapa yang memberitahu kejadian tersebut sehinggalah zureen sendiri melihat kucing itu berjalan hanya menggunakan DUA KAKI HADAPANNYA SAHAJA. dua kaki? ya Allah.. ya, mungkin beliau tidak sengaja. tapi, apalah salahnya beliau meminta maaf. seperti cikgu 'S'. walaupun tidak sengaja, beliau sendiri datang meminta maaf. ini, bukan sahaja membiarkan kucing tersebut lumpuh! malah tidak meninggalkan apa-apa pesan! walaupun beliau telah melanggar banyak kucing-kucing peliharaan zureen.

sampai satu tahap, zureen harus membawa kucing tersebut ke klinik haiwan. paling menyeksakan apabila doktor tersebut berkata.

''saya boleh bagi dua pilihan :
1. biarkan dia lumpuh begini sepanjang hidup - tidak sure boleh makan, boleh buang najis sebab separuh derianya telah mati ; ataupun
2. kami akan berikan dia ubat tidur buat selama-lamanya - agar dia tidak terseksa.

peluang dia untuk terus hidup ada. cuma, mungkin dia akan terseksa kerana perlu berjalan hanya mnggunakan dua kaki dan separuh deria rasanya telah rosak. pilihan di tangan anda''



zureen buntu! serius! tidak berdosakah mencabut nyawa hamba Allah yang tidak tahu apa-apa ini? tidak berdosakah pula jika melihat dia terus terseksa begini?

pesanan ringkas papa sampai :
jangan. berdosa. hanya Allah saja yang boleh mencabut nyawanya. biarkan dia hidup. kita berikan dia makanan dan ubat-ubatan jika perlu

pesanan ringkas mama pula :
okay. niat kita tidak ingin menyeksa dan melihat hamba Allah itu terseksa. biarkan dia tidur dangan aman. syurga menantinya.

zureen ambil keputusan, biarkan dia tidur. seksa! memang seksa! hanya Allah yang tahu betapa pilunya hati ini apabila melihat kucing comel itu terpaksa ditarik nyawanya dengan memasukkan sejenis ubat terus ke organ dalamannya.

mula-mula di bahagian kaki. cucuk. cucuk. tidak lepas - kucing comel itu merintih sakit. berderai air mata ini. tidak sanggup! akhirnya, doktor mengambil keputusan untuk mamasukkan terus bahan kimia itu kedalam jantungnya. hanya beberapa saat - kucing comel sudah tiada. ya. air mata berderai.

apalah sangat tenaga kucing comel itu melawan rasa sakit ketika nyawanya dicabut. agak keterlaluan mungkin. tapi, inilah zureen. memang tidak sanggup melihat kucing-kucing comel itu sakit. serius!

biarkan ia bersemadi. tenang. dan berharap agar dia mendoakan kejayaan semua yang menjaganya selama ini memperoleh hidayah, rahmat, kecemerlangan di dunia dan di akhirat. amin.

kucing - my everything



salam.

tujuan post ini disiarkan bukanlah kerana mengada-ngada. post ini dipost (betulka ayat ni?) adalah untuk menerbitkan rasa tidak puas hati, marah, murka, geram, sedih, simpati dan semua yang negatif!

ya! negatif! takut?

zureen memang suka kucing! suka sangat! suka! sayang! tak boleh digambarkan dengan kata-kata (serius! jangan gelak). nak zureen senaraikan? boleh saja.

ibu bapa : puteh + ramadhan
1. cinta (diculik!)
2. kasih (diculik!)
3. manja (diculik! dan dikenalpasti di mana berada)
4. suci (mati semasa dilahirkan)

ibu bapa : puteh + tidak dikenalpasti
p/s : ramadhan digigit anjing - mati :(
1. dong hae
2. shi won
3. hee chul
4. ki bum
(semua mati akibat penyakit kucing)

ibu bapa : puteh + tidak dikenalpasti
1. comel (tidak dikenalpasti ke mana menghilang)
2. montel (tidak dikenalpasti ke mana menghilang)
3. mickey
4. tompok (digigit anjing - mati)



ibu bapa : puteh +tidak dikenalpasti
1. kecik

ibu bapa : puteh + tidak dikenalpasti
1. meri
2. andy
3. meerul (di langgar kereta)
4. apik

ibu bapa : puteh + tidak dikenalpasti
1. terrazegate a.k.a handsome
2. cantik
3. apik junior

ibu bapa : kecik + tidak dikenalpasti
1. nestum (abang)
2. horlicks (adik)
3. milo (dilanggar kereta)
4. cincau (dilanggar kereta)

ibu bapa : mickey + tom
1. a
2. b
3. c
4. d
5. e
(semua diculik sebab warna bulu cantik - kelabu!)

ibu bapa : syifah + stokin
1. (dilanggar kereta)
2. (dilanggar kereta)
3. (dilanggar kereta)
4. (dilanggar separuh badan, pihak klinik haiwan memberikan ubat tidur selamaya - tidak mahu melihat dia terseksa)

ibu bapa : puteh + tidak dikenalpasti
1. meri junior
2. gumuk junior (dilanggar kereta)

ibu bapa : syifah + tidak dikenalpasti
1. gumuk (dilanggar kereta)
2. (mati semasa lahir)
3. (mati semasa lahir - songsang)

ada kucing yang dipelihara atas dasar simpati :
1. muharram (di beli di gaya street) - mati dihentam anjing
2. syifah (american mix) - di beli di gaya street bersama muharram
3. ruth (mati -penyakit kucing)
4. bulan (mati- penyakit kucing)
5. black (mati- penyakit kucing)

(akan direcall kembali - lupa.. banyak terlampau)

mereka seperti anak-anak. comel ketika berlari-lari. mampu menghilangkan tekanan. ya, sangat comel dan mereka tidak pernah menyusahkan hidup zureen. sungguh!


to be continued..

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive