blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Monday, November 01, 2010

kucing - my everything part II


ya. pasal kucing! zureen memang obses dengan kucing. jangan gelak kerana ianya bukan lawak.zureen serius!

jika anda refer post 'kucing - my everything'. anda akan terbaca/terlihat kandungan yang bertulis 'dilanggar separuh badan, pihak klinik haiwan memberikan ubat tidur selamaya - tidak mahu melihat dia terseksa'

ceritanya begini.
ya. mungkin beliau tidak sengaja. tapi, perkara ini cukup menyentuh hati. ya! sangat menyentuh hati. sekali lagi zureen nyatakan, zureen serius menulis entri ini.

suatu hari, beliau men'start' enjin, lalu memasukkan gear reverse. tekan minyak. walaupun, pada ketika itu, pemuda 'A' sedang mengisyaratkan sesuatu bahawa ada 'objek' di bawah bahagian tayar beliau. sudah separuh. patah tetap patah.

masalahnya, tiada siapa yang memberitahu kejadian tersebut sehinggalah zureen sendiri melihat kucing itu berjalan hanya menggunakan DUA KAKI HADAPANNYA SAHAJA. dua kaki? ya Allah.. ya, mungkin beliau tidak sengaja. tapi, apalah salahnya beliau meminta maaf. seperti cikgu 'S'. walaupun tidak sengaja, beliau sendiri datang meminta maaf. ini, bukan sahaja membiarkan kucing tersebut lumpuh! malah tidak meninggalkan apa-apa pesan! walaupun beliau telah melanggar banyak kucing-kucing peliharaan zureen.

sampai satu tahap, zureen harus membawa kucing tersebut ke klinik haiwan. paling menyeksakan apabila doktor tersebut berkata.

''saya boleh bagi dua pilihan :
1. biarkan dia lumpuh begini sepanjang hidup - tidak sure boleh makan, boleh buang najis sebab separuh derianya telah mati ; ataupun
2. kami akan berikan dia ubat tidur buat selama-lamanya - agar dia tidak terseksa.

peluang dia untuk terus hidup ada. cuma, mungkin dia akan terseksa kerana perlu berjalan hanya mnggunakan dua kaki dan separuh deria rasanya telah rosak. pilihan di tangan anda''



zureen buntu! serius! tidak berdosakah mencabut nyawa hamba Allah yang tidak tahu apa-apa ini? tidak berdosakah pula jika melihat dia terus terseksa begini?

pesanan ringkas papa sampai :
jangan. berdosa. hanya Allah saja yang boleh mencabut nyawanya. biarkan dia hidup. kita berikan dia makanan dan ubat-ubatan jika perlu

pesanan ringkas mama pula :
okay. niat kita tidak ingin menyeksa dan melihat hamba Allah itu terseksa. biarkan dia tidur dangan aman. syurga menantinya.

zureen ambil keputusan, biarkan dia tidur. seksa! memang seksa! hanya Allah yang tahu betapa pilunya hati ini apabila melihat kucing comel itu terpaksa ditarik nyawanya dengan memasukkan sejenis ubat terus ke organ dalamannya.

mula-mula di bahagian kaki. cucuk. cucuk. tidak lepas - kucing comel itu merintih sakit. berderai air mata ini. tidak sanggup! akhirnya, doktor mengambil keputusan untuk mamasukkan terus bahan kimia itu kedalam jantungnya. hanya beberapa saat - kucing comel sudah tiada. ya. air mata berderai.

apalah sangat tenaga kucing comel itu melawan rasa sakit ketika nyawanya dicabut. agak keterlaluan mungkin. tapi, inilah zureen. memang tidak sanggup melihat kucing-kucing comel itu sakit. serius!

biarkan ia bersemadi. tenang. dan berharap agar dia mendoakan kejayaan semua yang menjaganya selama ini memperoleh hidayah, rahmat, kecemerlangan di dunia dan di akhirat. amin.

2 comments:

~NiZa Maksit~ said...

wuwu sdih bca psal kucing (~.~)
wlpn sy xbrpa minat hal2 bntng comel ni..tp dlu ada jgak kcng drmh kaki dia lumpuh smpai jln mngensot2 sbb kna ggt anjing..xlma pastu dia mati..
sdihnya time dia mati 2...geram sma 2 anjing!
rindu sma 2 kucing...(~.~)

olen said...

nieza - huhu~ tulaa. sedih sgt2!! even kucing tu tak brapa manja.. :(

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive