blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Tuesday, November 02, 2010

5 daya tarikan 'dia'

salam.

entri kali ini adalah mengenai 5 daya tarikan seorang jejaka (ehem-ehem) dari sudut pandangan peribadi.


1. mata

''saya suka tengok mata awak''
''eh.. mata saya?''
''ya.. ada taik mata!''

ha.. bukan! bukan! bukan kerana taik mata. tapi kerana

''haha.. tak laa.. i gurau je..mata awak comeel..
redup.. coklat.. i suka!''

ya.. 1st bahagian kalau zureen memerhatikan fizikal seorang lelaki adalah MATA! tidak mahu mata yang agak bulat - nampak tak sesuai dengan lelaki. haha. zureen prefer someone yang memiliki sepasang mata yang agak sepet - ala2 korean n japanese kot? haha.


2. gigi

melihat giginya yang rata, bersih dan tersusun rapi juga mampu membuatkan hati ini terpikat. ceeyyy!!! serius, bahagian ini adalah bahagian yang perlu diteliti untuk mengesahkan si jejaka tidak merokok! kan? kan? bukan anti-perokok, tapi, seelok-eloknya, kita mencegah penyakit paru-paru!


3. bibir

setelah melihat mata dan gigi. barulah memerhatikan bibir. haha. kena check! check list pleaseeee!

a) bibir tidak hitam/gelap - merokok!
b) sihat - tidak pecah
c) tidak nipis dan tidak besar sangat! haha.

4. janggut

''ee.. kau suka yang ada janggut?''
''kenapa?''
''tak nampak tua ka?''
''haha!''


tua? tidak! bagi zureen, lelaki yang memiliki janggut sejemput sangat comel dah sexy! ceyy! serius! mereka akan lebih kelihatan matang. tidak mahu wajah yang terlalu jambu. nanti orang kata 'anak mak' pulak. kan?

5. tinggi

ok. benda ni sensitif sikit! haha. biasalah, kalau perempuan-perempuan yang bersaiz agak kerdil ini seringkali menginginkan jejaka yang tinggi. tetapi, agak-agaklaa kan? tak perlula tinggi sangat. sedang-sedang sudah~
ketinggian lelaki seringkali dikaitrapatkan dengan cara mereka mem'protect' girlfriend mereka. yalah, kalau pendek, siapa pun tak takut! :p

kesimpulannya, tak kira laa lelaki itu pendek, kurus, gemuk, sumbing, comot, atau botak, jika itulah jodoh yang tertulis, terimalah. terima dengan hati yang ikhlas dan terbuka. insyaAllah, kekal.

p/s : terima kasih amri ashraf kerana memelihara janggut comel itu! hihi

No comments:

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive