blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Saturday, December 11, 2010

PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH?

Salam semua! Zureen rasa nak join pula abang BA kita punya segmen. hihi.
Jom join segmen abang BA!


syarat-syaratnya :

1.Header Ben Ashaari Blog
2.Tajuk : PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH ? dan linkkan ke entri ini ..
3.Sila ceritakan dari mana korang boleh dapat nama blog korang tu ..
4.Apakah maksud disebalik nama blog korang ..
5.Siapa orang kuat blog korang tu ..
6.Angan angan terhadap blog tu ..
7.Kalau nak tukar nama blog , korang nak tukar nama apa ..
8.Kalau berkemampuan , korang nak iklankan blog korang tu kat mana ?
9.Blog yang pastinya wajib korang singgah setiap hari .. Satu je yeer ..
10.Sila lengkapkan .. SAYA SUKA BLOG SAYA KERANA .... tidak lebih 20 patah perkataan

-----------------------------------


KLIK untuk ke sanaaa!


okay kita mulakan..

Dari mana boleh dapat nama blog?
nama blog ni zureen dapat dari idea zureen sebenarnya. heh~ kebetulan jugak memang die-hard-fan sushi disamping Man United, so zureen decide letak nama ni. oke kan?

Apa maksud di sebalik nama blog?
nama blog? [zureen suka sushi]. takkan laa letak nama ni sebab zureen suka kuih jempot-jempot kan? mestilaa sebab zureen suka sushi! haha. tapi bukan bermakna zureen akan tolak nasi sebagai makanan WAJIB. nasi tetap nasi. tak boleh hidup tanpa nasi. oh-oh! dah mula nak merepek!

siapa orang kuat dalam blog?
sila klik 'blogger lain' petak hijau dekat atas tu. tengoklah. kot-kot ada nama anda? hihi~

angan-angan terhadap blog?
tak kisah laa nak ada follower ke tak. janji blog ni orang baca. sebab blog ni best tau. sungguh! haha!

kalau nak tukar nama blog, nak tukar nama apa?
em. [zureen suka nasi]. haha. oke tak?

kalau berkemampuan nak iklankan blog dekat mana?
tv, newspaper, radio, radio online, tv online, blog abg ben (haha~) bla-bla-bla..

Blog yang wajib zureen singgah setiap hari?
banyak! sebab zureen suka buat penguin-walk kat blog-blog orang. hihi. kalau satu je abg ben minta, zureen wajib pergi blog INI (shhh.. dia tak tahu zureen stalker dia)

Sila lengkapkan .. SAYA SUKA BLOG SAYA KERANA .... (tidak lebih 20 patah perkataan)
Saya suka blog saya kerana blog saya lain dari yang lain. lihat sajalah designnya. penat tau buat! hehe. tu je. done.

specialnya BAU KETIAK LELAKI!



''ahhhh stressnya! hani ni je dah lebih rm4000 shopping!''

''oh-oh.. tekanannya tak dapat kurangkan berat badan!''

''uhhh.. tekannannya jiwa ini tak dapat masuk Blog Baru Pilihan Malaysia 2010!!''

Di atas merupakan keluhan-keluhan kaum hawa yang sering didengar. stress? zureen akan selesaikan masalah anda! 

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh kaum wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja "diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir (yukss!) puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.

''Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang'' -majalah PA&MA (Feb 2004)

So, kalau awak-awak semua tengah tension boleh laa hidu bau ketiak suami atau boyfriend. haha. Eh-eh! kejap-kejap, kalau lelaki tension lak macam mana? kena hidu bau ketiak isteri/gf ke? nanti zureen cari ya? 

P/S : kalau isteri tengah tension, abang calit sikit bau ketiak abang lepas abang pergi gym kat isteri abang. InsyaAllah akan okay. hihi.  Selamat mencuba!

awak SUKA saya atau awak CINTA saya? JAWAB SEKARANG!

apabila diajukan pertanyaan apakah perasaan yang terbit dalam hati mereka terhadap pasangan masing-masing sama ada cinta atau suka, pasti ada ramai antara mereka yang akan terdiam dan serba salah. tidak tahu yang mana satu jawapan paling tepat. ada rasa cinta dan dalam masa yang sama ada juga rasa suka. namun, harus diingat cinta dan suka adalah dua benda yang berbeza. diakui ramai yang keliru dengan dua istilah ini kerana agak sukar untuk mengenal pasti keduanya, namun reen sedia membantu. berikut disenaraukan perbezaan antara cinta dan suka.

1. ♥ di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang..
♣ tapi, di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira..

2. ♥Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku..
♣Tapi, jikalau kita lihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum..

3. ♥Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata..
♣Tapi, di hadapan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa saja..

4. ♥Di depan orang yng kita cinta, kita menjadi malu..
♣Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan diri kita yang sebenar..

5. ♥Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cintai..
♣Tapi, kita selalu merenung mata orang yang kita suka..

6. ♥Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis..
♣Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira..

7. ♥Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga..
♣Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja..

8. ♥Di depan orang yang kita cinta kita takut untuk berterus terang kerana terlalu bimbang si dia akan terguris…
♣Di depan orang yang kita suka kita terlalu mudah untuk berterus terang kerana kita yakin terus terang itu paling baik untuk menjaga keharmonian perhubungan kamu dengan si dia..

9. ♥Perasaan cinta bermula dari mata..
♣Perasaan suka bermula dari telinga…

Jangan meninggalkan orang yang kita cinta semata-mata untuk orang yang kita suka kerana orang yang kita suka tersebut belum tentu sama dengan orang yang kita cinta dan belum tentu lagi orang yang kita suka tersebut dapat mencintai kita seperti mana oaring yang kita cinta mencintai kita..

Jikalau kita berhenti mnyukai seseorang yang kita suka, ia umpama kita membuang telinga kita. Tapi, jika kita cuba menutup mata, cinta akan berubah menjadi air mata..

So, sekarang tanya hati anda… adakah anda betul2 mencintai atau hanya menyukai pasangan anda sekarang? jangan lupa kekasih terhadap MAHA ESA..

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive