blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Sunday, November 21, 2010

10 perkara comel yang dilakukan oleh si kacak

salam.
ya. tengah berangan ni.

SATU
''comel, saya ada something special untuk comel..''
''apa dia kacak?''
''tadaaaa... (mengeluarkan sejambak bunga)''
bestkan dapat bunga? bukan selalu pun. =.=''


DUA
ringgggg!!! (ringtone = super junior - no other)
''hello..''
''assalammualaikum comel!!''
''waalaikumsalam kacak.. ada apa pagi-pagi ni?''
''alaa.. nak say morning kat comel... (romantisnyaa!)''
''hehe.. morning too...''
''cepat bersiap! kacak nak ajak breakfast kat gerai''
homaigot! bestnya bila dia ajak makan breakfast sama-sama =.=''


TIGA
ringgggggg!!! (ringtone super junior lagi - no other)
''hello?''
''i love you (lalu letakkan telefon!)''
oh-oh. comel dan mampu buat kita tersenyum =.=''


EMPAT
''comel, ada present kat depan pintu!''
''depan pintu mana?''
''pintu bilik hostel laa...''
lalu melihat teddy bear comel (walaupun taklaa besar sangat) berada di depan pintu sambil memegang kad berbentuk hati tertera ayat 'i love u' di situ.. awww~ =.=''


LIMA
''comel, jom jogging! rindulah!''
''awww! mengada sungguh!''
''hehe..''
sangat comel bila dia tiba-tiba kata dia rindu kan? =.=''


ENAM
''kacak.. lepas ni nak buat apa?''
''comel.. jom makan aiskrim!''
eee.. comelnya jika si dia sendiri yang ajak kita makan aiskrim kan? comelnyaa!


TUJUH
''comel nak shopping? saya boleh teman. saya kuat. saya boleh angkat beg plastik banyak-banyak. haha!''
comelnya kalau dia boleh buat lawak sikit-sikit kan? =.=''


LAPAN
''comel, kenapa menangis?''
''huu~ mereka ejek saya pendek (mengada kan?)''
''alaa.. memang comel pendek pun.. hihi''
''eeeee..''
''comel, dengar sini. macam mana pun orang kata kat comel, comel tetap terbaik di hati kacak. comel sangat comel. nampak awet muda orang yang rendah-rendah ni..''
sangat comel bila si kacak menenangkan hati yang terguris. hilang juga rasa kecil hati tu kan? =.=''


SEMBILAN
''kacak.. comel tak puas hati dengan member kacak tu..boleh tegur dia elok-elok tak?''
''boleh. takde masalah. kacak tegur dia nanti k? kacak tak suka dia kacau comel..''
comel sekali bila kemachoan si kacak itu ditambah dengan sikapnya yang berani. protective! oh-oh! sangat comel! =.=''


SEPULUH
''mak, comel saya comel tau.. baik, family dorang pun okay.. ''
''comel kamu tu kuat tidur tak?''
''haah.. dia kuat tidur sikit.. tapi kacak boleh ajar dia sikit.. biasalah jiwa muda kan? tapi kan mak, dia pandai masak tahu?''
comelnya bila si kacak mempromosikan kita even dia tahu kita ni masih keanak-anakan. =.=''


SEPULUH + SATU :)
''saya sayang comel. saya tahu comel sayang saya. saya percayakan comel saya. saya tak pernah ragui dia''
dan sangat bermakna semua kecomelan di atas jika diserikan dengan kepercayaan daripada si kacak.=.=''


yang masih 'in a relationship' semoga bahagia selalu.
jaga dia baik-baik.
lakukan something sweet.
serius, dia akan tambah sayang.
=)

Evra - jaguh Manchester United



Pemain pertahanan Manchester United - Patrice Evra kembali menggegarkan gawang lawan setelah sekian lama tidak menjangringkan gol. satu gol disumbangkan oleh Evra di saat-saat Manchester United memerlukan gol bagi memintas musuh terdekat- Chelsea sekaligus memberikan kemenangan 2-0 ke atas wigan, Sabtu (20 november 2010) dengan hasil tandukan beliau.

Gol ini merupakan gol pertama yang dijaringkan oleh evra sejak April 2007 ketika menentang AS Roma 7-1.

"Saya rasa anak lelaki saya belum lahir ketika saya menjaringkan gol kali terakhir untuk Manchester united''

"Sudah lebih tiga tahun saya tidak menjaringkan gol dan ianya membuatkan saya cukup kecewa kerana berdasarkan corak permainan saya di padang, sudah pasti saya mempunyai banyak kelebihan untuk menjaringkan gol. tugas utama saya adalah bertahan. namun, saya yakin, saya memiliki kemampuan untuk menjaringkan gol''

Untuk gol tersebut, pemain berusia 29 tahun itu tidak ketinggalan untuk mengucapkan terima kasih kepada Park Ji-sung selaku assist sebelum beliau berjaya membolosi gawang lawan.

"Itu adalah umpan silang yang baik dan berkesan dari rakan saya Park Ji-sung, mungkin saya akan memberikannya hadiah sempena Hari Natal/Christmas, mungkin juga hadiah tersebut sebuah kereta!" kata Evra.



tahniah buat MANCHESTER UNITED!

uji konsentrasi anda

salam.
kali ini saya perlu menguji konsentrasi anda.
tarik nafas panjang-panjang.
hembus.
dan mula baca.
pastikan anda menyebut perkataan ini dengan 'clear'
 1,2,3... mula!


mulau mandan nyawuh ngenengah,
ngunung naik nenyemang ningnga,
anyur madan ningamung nanah,
muni yang maik ningenang nyua











kesiannya awak..
sengau rupanya!

GOTCHA!!!

kad perkahwinan sempoi!

salam.
okay.
oleh kerana boring, marilah sama-sama baca entri yang sememangnya akan membanjiri lawan follower anda (jika follow).heh~ apapun, saya suka update blog! =)
kali ni zureen nak kongsikan kad perkahwinan sempoi yang pernah zureen baca. yess! sangat sempoi! kalau tak percaya, baca kad di bawah. haha.

klik gambar atau tekan 'ctrl dan +' untuk lebih jelas (bagi sesiapa yang rabun) heh~

sekian. haha.
=)

rahsia disebalik rambut afro

salam.
okay. kali ni zireen kongsi rahsia disebalik rambut afro.
afro, bukan astro okay?
sebelum tu, entri ini dibuat hanyalah untuk suka-suka.
nama pun blog 'suka-suka saja' kan?

perhatikan gambar di bawah dan anda akan tahu rahsia disebalik rambut afro tersebut.

peace! haha.
=)

jom ketawa part 2!

salam.
okay.
jika stress, boleh layan entri ni.
entri ni lawak sikit. hihi.

  1.  Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
  2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan. HAHA!
  3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.  ni lagi HAHAHA!
  4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
  5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
  6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet! HAHAH!
  7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
  8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
  9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
  10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
  11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
  12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
  13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita
  14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku? 
hahahahha!!
terima kasih kerana ketawa. paling kurang pun, tersenyum 
=)

jenis darah dan personaliti

salam.
okay. tarik nafas, hembus laju-laju.
zureen tahu anda semua dahagakan enti zureen kan? (bahahhah~)
kali ni zureen nak kongsikan jenis darah kita dengan personaliti. 
nak tahu? baca saja.

DARAH O

Berikut merupakan ciri-ciri individu yang memiliki jenis darah O :
  1. setia
  2. sabar dan
  3. sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
  4. sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
  5. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.
  6. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
  7. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
  8. Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A
  1. Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda.
  2. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.
  3. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
  4. Sikap sensitif
  5. sabar
  6. bertimbang rasa
  7. individu yang memiliki keperibadian penyayang.
  8. ada kalanya anda agak degil
  9. terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan.
  10. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
  1. Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda.
  2. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.
  3. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur
  4. lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
  5. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.
  6. Anda adalah individu yang kreatif
  7. fleksibel
  8. Anda adalah individu yang bijak bersosial.
  9. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri.
  10. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
  1. Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
  2. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.
  3. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
  4. Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri.
  5. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

dibawah pula merupakan rumusan yang boleh di buat berdasarkan ciri-ciri di atas :


SIFAT SECARA UMUM


A
teratur, konsisten, bersungguh-sungguh, seringkali cemas/panik yang sometimes buat orang lain menyampah (hoho..)


B
santai, easy going, bebas, dan paling menikmati hidup


O
berjiwa besar, tidak mudah mengaku kalah, mudah melatah pada perkara-perkara yang agak rumit,


AB
unik, banyak akal (kira bijak laa..), berkepribadian baik,




BERDASARKAN URUTAN


Yang paling mementingkan masa :
  1. B
  2. O
  3. AB
  4. A


Yang paling susah menerima kesalahan yang orang lain buat terhadap mereka:
  1. A (sangat menitikberatkan sifat professionalisme dalam sesuatu perkara)
  2. B (suka judge orang lain)
  3. AB (menerima seadanya)
  4. O (boleh menerima perkara-perkara yang mungkin tidak disengajakan)


Yang paling boleh dipercaya :
  1. A
  2. O (demi menjaga perhubungan)
  3. B (mengikut kepentingan diri sendiri..)
  4. AB


Yang paling disukai untuk dijadikan kawan/sahabat :
  1. O (orangnya supportive, sporting)
  2. A (selalu on time)
  3. AB (kreatif)
  4. B (bergantung pada mood)


individu yang tidak gemar untuk dijadikan kawan/sahabat :
  1. B (ego, easy come easy go, pentingkan diri sendiri)
  2. AB
  3. A
  4. O (sukar untuk mengalah)






MENGIKUT OTAK/DAYA BERFIKIR DAN KEMAMPUAN


Yang paling mudah tersasar/tersesat
  1. B
  2. A
  3. O
  4. AB


Yang paling banyak meraih medal olahraga:
  1. O (jaguh olahraga)<<--- even zureen bukan pelari ;p
  2. A (bijak matematik - study kat umah je kot?)
  3. B
  4. AB (alergi pada setiap jenis sukan. haha!)


Yang paling ramai menjadi rektur dan pemimpin
  1. O (kerana berjiwa leadership dan problem-solver)
  2. A (kerana berpribadi 'minute' dan teliti)
  3. B (kerana sensitif dan mudah ambil keputusan)
  4. AB (kerana kreatif dan suka ambil risiko)




suka menabung :
  1. A
  2. O
  3. AB
  4. B (mula menabung sekiranya ada wang lebih sahaja)


kuat ingatan :
  1. O
  2. AB
  3. A
  4. B


BERDASARKAN KESIHATAN


Yang paling panjang umur :
  1. O (tidak sering stress dan antibodinya kuat)
  2. A (hidup teratur)
  3. B
  4. AB


Yang paling mudah untuk mengalami obesiti :
  1. O (nafsu makan besar)=.=
  2. B (mengambil masa yang lama di meja makan, sering tambah! haha)
  3. A (hanya makan apa yg ada di pinggan, terpengaruh program diet)
  4. AB (Makan tergantung mood)


Paling sering digigit nyamuk :
O (darahnya manis)


mudah untuk mendapat flu/demam/batuk/pening :
  1. A (lemah terhadap virus dan penyakit menular)
  2. AB (lemah terhadap hygiene)
  3. O
  4. B




Yang paling cepat botak :
  1. O
  2. B
  3. A
  4. AB


Yang tidurnya paling nyenyak dan susah dikejutkan :
  1. B (tetap berdengkur walaupun ada Tsunami)
  2. AB (jika lagi mood, sleeping is everything)
  3. A (tidur harus 8 jam sehari)
  4. O (tidur jika benar-benar letih atau perlu)


Yang paling cepat tertidur:
  1. B (paling mudah mengantuk, bahkan sambil berdiripun boleh tertidur)
  2. O (jika letih mudah mengantuk)
  3. AB (bergantung pada kehendak)
  4. A


Penyakit yg mudah menyerang :
  1. A (stress)
  2. B (lemah terhadap virus influenza, paru-paru)
  3. O (gangguan pencernaan dan mudah kena sakit perut)
  4. AB (kanser, serangan jantung)


analisis di atas merupakan hasil kajian dari negara JEPUN.
zureen darah jenis 'o'.
bila tengok balik memang betul pun.
hoho.
anda bagaimana?

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive