blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Sunday, November 21, 2010

jenis darah dan personaliti

salam.
okay. tarik nafas, hembus laju-laju.
zureen tahu anda semua dahagakan enti zureen kan? (bahahhah~)
kali ni zureen nak kongsikan jenis darah kita dengan personaliti. 
nak tahu? baca saja.

DARAH O

Berikut merupakan ciri-ciri individu yang memiliki jenis darah O :
  1. setia
  2. sabar dan
  3. sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
  4. sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
  5. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.
  6. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
  7. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
  8. Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A
  1. Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda.
  2. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.
  3. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
  4. Sikap sensitif
  5. sabar
  6. bertimbang rasa
  7. individu yang memiliki keperibadian penyayang.
  8. ada kalanya anda agak degil
  9. terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan.
  10. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
  1. Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda.
  2. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.
  3. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur
  4. lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
  5. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.
  6. Anda adalah individu yang kreatif
  7. fleksibel
  8. Anda adalah individu yang bijak bersosial.
  9. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri.
  10. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
  1. Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
  2. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.
  3. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
  4. Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri.
  5. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

dibawah pula merupakan rumusan yang boleh di buat berdasarkan ciri-ciri di atas :


SIFAT SECARA UMUM


A
teratur, konsisten, bersungguh-sungguh, seringkali cemas/panik yang sometimes buat orang lain menyampah (hoho..)


B
santai, easy going, bebas, dan paling menikmati hidup


O
berjiwa besar, tidak mudah mengaku kalah, mudah melatah pada perkara-perkara yang agak rumit,


AB
unik, banyak akal (kira bijak laa..), berkepribadian baik,




BERDASARKAN URUTAN


Yang paling mementingkan masa :
  1. B
  2. O
  3. AB
  4. A


Yang paling susah menerima kesalahan yang orang lain buat terhadap mereka:
  1. A (sangat menitikberatkan sifat professionalisme dalam sesuatu perkara)
  2. B (suka judge orang lain)
  3. AB (menerima seadanya)
  4. O (boleh menerima perkara-perkara yang mungkin tidak disengajakan)


Yang paling boleh dipercaya :
  1. A
  2. O (demi menjaga perhubungan)
  3. B (mengikut kepentingan diri sendiri..)
  4. AB


Yang paling disukai untuk dijadikan kawan/sahabat :
  1. O (orangnya supportive, sporting)
  2. A (selalu on time)
  3. AB (kreatif)
  4. B (bergantung pada mood)


individu yang tidak gemar untuk dijadikan kawan/sahabat :
  1. B (ego, easy come easy go, pentingkan diri sendiri)
  2. AB
  3. A
  4. O (sukar untuk mengalah)






MENGIKUT OTAK/DAYA BERFIKIR DAN KEMAMPUAN


Yang paling mudah tersasar/tersesat
  1. B
  2. A
  3. O
  4. AB


Yang paling banyak meraih medal olahraga:
  1. O (jaguh olahraga)<<--- even zureen bukan pelari ;p
  2. A (bijak matematik - study kat umah je kot?)
  3. B
  4. AB (alergi pada setiap jenis sukan. haha!)


Yang paling ramai menjadi rektur dan pemimpin
  1. O (kerana berjiwa leadership dan problem-solver)
  2. A (kerana berpribadi 'minute' dan teliti)
  3. B (kerana sensitif dan mudah ambil keputusan)
  4. AB (kerana kreatif dan suka ambil risiko)




suka menabung :
  1. A
  2. O
  3. AB
  4. B (mula menabung sekiranya ada wang lebih sahaja)


kuat ingatan :
  1. O
  2. AB
  3. A
  4. B


BERDASARKAN KESIHATAN


Yang paling panjang umur :
  1. O (tidak sering stress dan antibodinya kuat)
  2. A (hidup teratur)
  3. B
  4. AB


Yang paling mudah untuk mengalami obesiti :
  1. O (nafsu makan besar)=.=
  2. B (mengambil masa yang lama di meja makan, sering tambah! haha)
  3. A (hanya makan apa yg ada di pinggan, terpengaruh program diet)
  4. AB (Makan tergantung mood)


Paling sering digigit nyamuk :
O (darahnya manis)


mudah untuk mendapat flu/demam/batuk/pening :
  1. A (lemah terhadap virus dan penyakit menular)
  2. AB (lemah terhadap hygiene)
  3. O
  4. B




Yang paling cepat botak :
  1. O
  2. B
  3. A
  4. AB


Yang tidurnya paling nyenyak dan susah dikejutkan :
  1. B (tetap berdengkur walaupun ada Tsunami)
  2. AB (jika lagi mood, sleeping is everything)
  3. A (tidur harus 8 jam sehari)
  4. O (tidur jika benar-benar letih atau perlu)


Yang paling cepat tertidur:
  1. B (paling mudah mengantuk, bahkan sambil berdiripun boleh tertidur)
  2. O (jika letih mudah mengantuk)
  3. AB (bergantung pada kehendak)
  4. A


Penyakit yg mudah menyerang :
  1. A (stress)
  2. B (lemah terhadap virus influenza, paru-paru)
  3. O (gangguan pencernaan dan mudah kena sakit perut)
  4. AB (kanser, serangan jantung)


analisis di atas merupakan hasil kajian dari negara JEPUN.
zureen darah jenis 'o'.
bila tengok balik memang betul pun.
hoho.
anda bagaimana?

No comments:

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive