blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Wednesday, December 08, 2010

ALAMAK! candle light dinner?!!!!!


panik semasa candle light dinner?
ayuhh~ redakan perasaanmu (wahh.. cakap ala2 indon)

pasti apa saja yang kamu lalukan semuanya dirasakan tidak kena.namun, jangan jadikan perasaan debarmu itu merosakkan makan malam yang penuh romantis.kamu perlu bersiap sedia mengatasi sebarang kemungkinan dan keberangkalian yang akan berlaku ketika candle light dinner kamu dan si dia berlangsung. reen akan memberikan beberapa panduan untuk kamu menutup segala kekalutan itu. mari bersama-sama renungkan panduan atau tips di bawah agar kenangan yang romantis malam itu tidak akan menjadi kenangan yang paling kelakar dalam hidup kamu...!!

1. SALAH NAMA
dengan yakin dan manisnya kamu memanggil nama si dia Ronaldo (bukan nama sebenar) sedangkan namanya Amri(bukan nama sebenar). oppsss! salah sebut. entah kenapa kamu secara tiba-tiba sahaja teringatkan Ronaldo, ex-boyfriendmu itu..
cara mengatasi : katakan kepadanya kamu seperti melihat teman sekampung kamu Ronaldo berlalu di hadapan kamu tadi. tetapi kamu tidak pasti sama ada betul atau tidak. katakan dengan penuh yakin agar ianya tidak menimbulkan sebarang tanda tanya.hehe.. boleh pakai kan?

2.MAKANAN TERLEKAT DI GIGI
senyuman manis kamu menjadi cacat kerana di gigi kamu ada terlekat cili atau sisa makanan.asyik sangat menikamati makanan sehingga tidak sedar ada benda yang memalukan kamu. lebih teruk lagi dengan selamba dia yang menegur kamu. argghhh~ malunyaaa!
cara menngatasi : tutup mulut dengan tangan sambil tersenyum. kemudian dengan selamba katakan padanya "tidak pernah terjadi seperti ini sebelum ini.mungkin ianya terjadi kerana mahu awak mengingati saya sampai bila-bila". atau sekiranya sudah terdesak katakan saja kamu memang ada tatu gigi. kelakarkan??!! hahaha.. (gelak besar macam iklan gigi palsu kat tv)

3. MEMAKAI PAKAIAN YANG SAMA
kamu fikir kamulah yang paling anggun dan cantik pada malam tersebut. tetapi, tanpa diduga sewaktu kamu menyusur masuk ke restoran tersebut, kelihatan ada seseorang yang memakai pakaian yang sama dengan kamu. malunya tidak terkata. sudahlah fesyen yang sama, warna pun sama.. si dia hanya tersenyum melihat reaksimu.
cara mengatasi : jangan menggelabah. buat tidak tahu sahaja. tidak ada salahnya kamu memakai baju yang sama. sekiranya si dia masih tersenyum, kamu perlu join sama tersenyum dan katakan padanya.. "baju yang saya pakai sekarang memang tengah menjadi pilihan. ini baru nampak satu mungkin ada lagi, jangan terkejut ya?"

4.MENUMPAHKAN MINUMAN
setelah khayal merenung mata antara satu dengan lain, kamu tiba-tiba berdebar dan menggelabah lalu menumpahkan minuman ke meja atau baju kamu.
cara mengatasi : ambil dan lapkan tetapi jangan terlalu kalut sehingga merosakkan yang lain. hati-hati dan lakukan dengan tenang. sambil itu kamu katakan padanya, "nasib baik tidak terkena baju awak, kalau tidak rasa bersalahnya saya.." cara ini dapat mengalihkan perhatiannya dari terus memerhatikan kekalutan kamu.

5.PERUT BERBUNYI
di saat berbual sambil mendengar muzik romantis yang sayup-sayup, tiba-tiba kedengaran muzik yang agak luar biasa dari perut kamu. mungkin kerana mahu terlalu kontrol sehingga kamu sanggup menahan kelaparan, akhirnya perut kamu pun berkeroncong.
cara mengatasi : relaks, tarik nafas sedalam-dalamnya dan jangan menggelabah..hehe buat sahaja seperti dia tidak mendengar apa-apa pun walaupun kamu pasti bunyi itu terlalu kuat dan hanya orang pekak sahaja yang tidak dapat mendengarnya. sekiranya dia hanya buat tidak tahu, mengapa kamu mahu membuka pekong di dada? tetapi, jika sekiranya si dia menegur kamu, kamu boleh katakan padanya "maaf ya, saya lapar lagi agaknya.."hehe..

6.TERSELIUH
sedang kamu berjalan-jalan di tepi pantai contohnya, (pantai lagi??) dan menikmati angin malam, tiba-tiba kaki kamu terseliuh kerana kasut yang kamu pakai terlalu tinggi 'heel'nya. lebih teruk lagi sekiranya kamu melatah dengan kuat! aduh.. banyak jugalah mata yang memerhatikan kamu.
cara mengatasi : bagi menutup malu, berlakonlah seperti kaki kamu sakit sangat2. dalam masa yang sama, mintalah si dia tolong tengokkan. pastinya si dia akan memapah kamu ke suatu tempat untuk berehat sambil mengurut-urut kaki kamu yang kononnya terseliuh itu.sekali-sekala ambil kesempatan begini apa salahnya.

di atas adalah antara kejadian-kejadian yang popular berlaku semasa candle light dinner. bagi mereka yang baru nak mula keluar dating, pastikan anda benar-benar bersedia dalam menghadapi apa-apa saja kemungkinan yang akan berlaku.

huhu~
bilalahh nak merasa candle light dinner kat pantai ya?

No comments:

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive