sambil mendengar lagu tercipta untukku nyanyian ungu, reen mendongak ke langit lalu membiarkan sahaja lappy yang tadinya ditekan-tekan keyboardnya kini mengaga begitu sahaja, berfikir 'adakah dia tercipta untukku?'.
sukar untuk reen menjelaskan perasaan ini, walaupun dia tidaklah sesensasi dan sekacak anuar zain mahupun pria pujangga hangat seperti jejaka-jejaka SUPER JUNIOR, reen tetap meronta-ronta untuk bersamanya kembali lantas memilikinya. entah mengapa, reen juga keliru akan perasaan yang kadangkala membingungkan diri ini.
ya, dia sangatlah hebat dan sentiasa berjaya menambat dan hati setiap wanita yang mendampinginya.ya, agak bodoh jika reen ingin memilikinya, walhal, dia sudahpun mengambil keputusan untuk meninggalkan reen sebulan yang lalu.
bohonglah jika reen mengatakan bahawa reen tidak merasakan apa-apa setelah ditinggalkan, bukan? reen juga wanita biasa, punya perasaan. memang sedih jika ditinggalkan lelaki hebat seperti dia. perasaan ini juga menjadi bertambah sayu dan pilu apabila lagu kekasih gelapku nyanyian ungu juga kedengaran di setiap ruang halwa telinga reen.
reen sentiasa berdoa agar keluarganya dapat menerima reen seadanya. ya, reen tidak punya harta, tapi reen akan janjikan kebahagiaan kepadanya. insyaallah~
kembalilah kepadakau..
cristiano ronaldo
4 comments:
heee....
impian tinggi :)
moga bahgia :))
weee~~
PUAN joliey - hahahha! ni kes-kes dah tak tau nak post ap dah ni.. hahaha
huhuhu tabah ok,, lau ade jodoh die mesti dtg :)
auni - bahhahh! yes. siang malam zureen berdoa. :P
Post a Comment