blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Saturday, June 04, 2011

cara-cara makwe marah mengikut lokasi. hehe.

malas nak lukis. ;p


bila malam-malam macam ni senang nak dapat ilham. hehe. so, zureen nak share sikit dengan awak semua tentang perangai kaum hawa yang tengah marah mengikut lokasi. hhihi. so kepada pakwe-pakwe, alert tentang ni tau!

TAMAN BUNGA
kalau di taman bunga, biasanya seorang makwe akan petik bunga termasuk daunnya sekali sampai nak botak pokok bunga tu. Nasib baik tak dicabutnya pokok tu sekali.


DALAM KERETA
bila di dalam kereta, makwe-makwe akan pandang cermin luar sebelah kiri sambil mengetatkan muka dan mulut. Kalau ada kereta kat sebalah yang bawa budak-budak kecik, mereka akan takutkan budak tu dengan buat memek muka.

DI PUSAT MEMBELI BELAH
kalau di pusat membeli belah, mereka akan jalan lebih laju daripada pakwenya sambil toleh-toleh sikit sama ada pakwe mereka follow atau tidak. dan sampai jauh sikit dia berhenti dan merungut-rungut. sebenanrnya minta pujuk. ;p

ATAS MOTOR
masih sempat untuk bergaduh. si makwe akan duduk jauh sikit ke belakang sambik peluk tubuh sendiri. kalau si pakwe brek, mereka tak cakap apa pun.. cuma akan kawal dirinya daripada tersentuh.

DALAM HENPON
dalam henpon tak payah cakap la.. korang pun boleh agak. kalau dalam henpon, mak aii... bukan main lagi dia cakap.. ikut suka hati bapak tiri laki mak dorang saja. macam-macam yang tersembur! sampai keluar taik telinga! tapi, kalau depan-depan. tak berani pula cakap banyak!

KEDAI MAKAN
kat kedai makan pun sempat jugak nak bergaduh! si makwe banyak kuis-kuis makanan, lebih banyak minum air. Makanan tak luak dan perut tu rasa kenyang je. marah punya pasal kan?

LAIN-LAIN LOKASI
di lain-lain lokasi ni.. munngkin stesen bas, panggung wayang. yang pasti kalau ada perempuan lain cuba mengorat atau merampas pakwenya tau pulak cemburu. mereka sanggup memberi warning, menyerang dan main tarik-tarik rambut.

cik sushi : saya tak suka marah, saya suka geram je. kalau geram tu bukan marah kan? grr~

Friday, June 03, 2011

saya berangan nak buka shopping mall. anda?

HELLO PELANGGAN SETIA KEDAI SUSHI SAYA! -- sumpah! berangan je lebih.



Berkhayal ni kadang-kadang ada jugak kebaikannya. tapi apa yang zureen perhatikan memang ramai yang berkhayal tapi taknak nak usahakan apa yang dikhayalkan tersebut. orang cakap, daripada angan-angan tu laa kita boleh ubah hidup kita. masalahnya, diri sendiri pula yang malas kan? zureen nak share dengan awak 'masa awak semua tengah berkhayal'.

1. Semasa menaiki bas balik kampung. Berkhayal membayangkan kalau ada kereta, tak lah bersusah nak beli tiket.

2. Semasa memandu kereta terserempak dengan kereta lebih cantik. Berkhayal kalau berduit nanti bak tambah aksesori canggih kasi gempak!

3. Semasa tengah berehat lepas menoreh getah berkhayal andai anak-anak pandai belajar dan bekerjaya yang best-best, lepas tu menjaga awak semua yang dah tua tapi hampeh sebab semuanya tak mengenang budi.

4. Semasa tengok album orang kahwin, berkhayal bila tiba masa awak pula nak buat lebih best. Padahal sekolah pun tak habis lagi dah gatal fikir pasal kahwin.

5. Semasa berborak kosong buat cerita.. "kalau laa aku ada.. bla bla bla.." tapi bila bersurai masing-masing lupa dengan angan-angan tu. Hangat-hangat taik ayam serama je.

6. Semasa cuba menidurkan diri mula laa berkhayal macam-macam  hingga tertelap dan kononnya fantasi itu akan bersambung semula keesokan harinya. Bangun pagi belum tentu ingat apa yang dikhayalkan.

7. Semasa tengok pengawal keselamatan dan pegawai bank masukkan duit kat mesin ATM. perompak datang dan awak bagi bantuan dengan menumpaskan perompak tersebut. Wah.. hebat kan? tapi kalau kena tembak? haha.




cik sushi : berkhayal nak ada shopping mall sendiri. hehe~

Thursday, June 02, 2011

apabila sesuatu yang dibanggakan menjadi 'kemaluan'..

Pernah tak anda semua melakukan benda-benda yang membanggakan namun bertukar kepada kemaluan sesuatu yang memalukan dan rasa seperti nak menyamar menjadi badak sumbu. contohnya :






cik sushi : korang pernah tak? pernah tak?

Wednesday, June 01, 2011

alasan bodoh bila ditahan polis!




Memandu kenderaan dalam keadaan yang tak sepatutnya adalah perkara yang sangat bodoh jika awak semua lakukannya. Bila ditahan polis, macam-macam alasan yang awak semua bagi. Awak semua ingat polis tu bodoh ke? Lain kali dah tau buat kesilapan, terima je saman. Jangan buat alasan bodoh. Antara alasan bodoh tersebut adalah ...  

TAK PAKAI TOPI KELEDAR
alasannya : untuk menghilangkan kelemumur atau kutu bila ditiup angin.

BILA BUNYI EKZOS KERETA TERLALU BISING
alasannya : nak tolong kejutkan orang dekat flat yang selalu sangat lewat bangun pagi nak pegi kerja.

BILA MEMANDU TERLALU LAJU DI HIGHWAY
alasannya : takut terlepas nak tengok cerita wonderpet di rumah

BILA MELANGGAR PERATURAN LAMPU ISYARAT
alasannya : korang buta warna

BILA BERAKSI SUPERMAN ATAS MOTOR DI JALAN RAYA
alasannya : pinggang sakit sebab terlalu lama tunggang motor, kalau buat macam tu boleh kurangkan sakit.

BILA MELINTAS JALAN RAYA TAK TUNGGU ISYARAT PEJALAN KAKI
alasannya : takut orang belakang menyondol


cik sushi : takde lesen lagik. sob-sob!

Tuesday, May 31, 2011

tolonglah jangan bagi zureen bunga taik ayam!

haha. 
yes. 
zureen suka bunga! 
memang sangat suka bunga! 
so, entri ni zureen nak share pasal bunga! 
NAK BAGI ZUREEN BUNGA?
baca entri ni. hihi. 




1. Pastikan takde sekor LEBAH pun yang tengah syok menghisap bunga. 
kang tak pasal-pasal kena sengat. 
sape nak jawab?


2. Sila jangan bagi bunga tu dengan akar-akar dia sekali.
kalau nak bagi pun, letak dalam pasu, lepas tu baru bagi. =.=''


3. Bagilah bunga yang sedap didengar dan sedap disebut namanya. 
Bunga-bunga yang mengandungi perkataan 'TAIK' sangat-sangat tidak sesuai!


4. Bunga api atau tayar bunga yang tidak berkaitan dengan
tumbuh-tumbuhan adalah tidak relevan.
Jadi, jangan mengada nak buat lawak atau cari pasal. 
hihi.



5. Jangan pula nak mengenakan caj kepada bunga yang diberi. 
Korang ni ikhlas ke apa? 
nak berkira sangat!

cik sushi : menanti bunga dari anda! hihi~

kenapa budak-budak tak suka cuti sekolah?



Sekarang cuti sekolah. zureen ada laa tanya dekat adik-adik dan budak-budak lain. mereka memang suka, tapi ada jugak sebab mereka tak suka cuti-cuti ni. nak tahu sebab apa?

1. sebab kena jaga adik. selagi adik tak tidur terpaksalah kena tengok-tengokkan adik. kalau ada adik kecik kena suruh masak bubur lah, buat susu laa. macam-macam.

2. mak asyik suruh kemas rumah. Pantang bersepah sikit mesti kena kemas.

3. Kerja tolong bapak pergi menoreh. Bukan setakat itu je.. berkebun, hias laman rumah, basuh kereta atau macam-macam lagi keje lelaki.

4. kena duduk dalam rumah je, tak boleh pegi mana-mana sebab kalau keluar takut kena culik.

5. tak boleh jumpa pakwe atau makwe kalau mak bapak tau gerenti kena marah.

6. tak dapat duit belanja sekolah sebab cuti sekolah bermakna belanja harian pun cuti sama. hehe.

7. Tak dapat jumpa geng-geng kamcing sebab ramai geng yang ada kampung halaman atau korang sendiri dihantar balik kampung.

8. Kepada yang belum akil baligh dah tentu takut kena sunat! hihi.

cik sushi : sebenarnya nak tekankan no 8 tu. hahahha! alaaa. dorang cakap tak sakit, macam kena gigit semut je. hihi.

Monday, May 30, 2011

idea entri = kutuk cikgu

bila dah cakap pasal entri TAHI, zureen nak share idea lagi. sape-sape yang tak boleh nak pikir idea bagus tu, boleh laa buat entri seperti di bawah. hehe.





haha. agak-agaklaa kalau nak tulis entri tu kan? kalau boleh pasal kutuk mengutuk jangan sesekali publishkan. tak elok. kang orang yang kita kutuk tu tiba-tiba lak komen macam mana? tak ke cari bala tu. tak payah tulis, bagi tau terang-terang lagi bagus kan? 

cik sushi : kalau sape nak cakap pasal cikgu ke ape ke, baik tak yah. tak berkat ilmu. kan?

sumber idea entri = tahi

zureen nak kongsikan ilham yang zureen dapat semalam. sebab dah lama tak perah otak - cari idea nak buat entri kan? haaa.. hambikkk!! idea baik punya dari zureen untuk anda! haha. untuk pengetahuan semua, zureen lukis benda ni pakai paint je. tak payah tanya pakai software apa. ahhaha. (menyampah tak? ;p)

baca untuk mendapatkan idea bernas dari zureen untuk blog anda. hehe. (ketawa jahat)





cik sushi : amacam? oke tak?

Sunday, May 29, 2011

HARAM JADAH BETUL BLOGGER NI!

memang kurang hajar bin nak mampus blogger ni! zureen sangat-sangat tak suka! dia tu dah laa newbie, berlagak pulak tuh! ada kaa patut buat entri-entri pasal blogger lain pastu kutuk-kutuk!!! zureen tak pernah pun nak kutuk-kutuk blogger lain macam dia ni.

lagi satu blog dia memang tak menarik langsung! blog dia punyalaa berat! nak loading pun susah! bila follow, suruh zureen follow balik. bila tak follow, dia kata dia nak unfollow zureen plak. haram jadah betul!!!! blog dia bukan hebat sangat pun. penuh dengan maki hamun saja. bek tak payah baca! eee.. kalau jumpa laa blogger ni, memang siap zureen lipat-lipat!!!

selain tu, blogger ni jugak boleh tahan gediknya. so, paham-paham lah, blogger ni bukan lelaki, tapi perempuan!!!

nak tahu blog mana? klik INI!

mari belajar buat fesbuk! haha

anda akan tahu kenapa zureen buat muka sewel macam ni lepas baca semua ni. haha

Ada sorang perempuan ni. Dia nak belajar guna facebook. Dia SMS zureen untuk ajar macam mana cara nak buat facebook :

Perempuan : weh! Tolong ajar aku buat facebook bole tak?

Zureen : bole. Ko dah ada depan computer?

Perempuan : dah. Aku dah ada email pun

Zureen : cantekk! Ok, skrg ko bukak browser firefox atau internet explorer

Perempuan : browser tu ape?

Zureen : laa. Ko click menu start, pastu cari tulisan internet explorer

Perempuan: pastu?

Zureen : kat kotak paling atas, ko type ‘www.facebook.com’ pastu enter

Perempuan : oke! Pastu weh?

Zureen : kalo da kuar gambar, ko isi form pendaftaran sesuai yg ada

Perempuan : isi yg mana weh? Takde pape pun kat page ni

Zureen : takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?

Perempuan : paling atas cuma ada tulisan ‘the page cannot be displayed’

Zureen : oh! Ko salah tulis dari awal tu

Perempuan : betul la aku type, www.facebook.com

Zureen : hm, mungkin connection internet ko mati

Perempuan : eh? Kene ada internet ye? Rumah aku takde internet

Zureen : cis. Senget! Jari aku sampai kerinting kasiktau ko. Rupenye rumah ko takde internet

Perempuan : hehe. Takpe la. Nanti kalau aku pergi cyber cafe aku sms ko lagi ye. Thanx ye

Zureen : sokey, email ko ape weh?

Perempuan : www.akucantiksangat2011@yahoo.com
Kawan aku buatkan. Aku belum pernah bukak lagi

Zureen : laa.. Mana ade email pakai ‘www’ kat depan. Alahaiii..

Perempuan : www tu ape weh?

Zureen : Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…


cik sushi : Terima Kasih kerana membuang masa 1 minit 43 saat anda untuk mebaca ni! haha :D

credit to : muhammad nazree

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive