 |
| ayu tak? ayu tak? hehe |
Apa makna puasa? Mungkin lain orang, lain pengertiannya. Berbeza mengikut tahap pemikiran masing-masing. Zureen akan mengemukakan beberapa pendapat tentang 'berpuasa' ini dari aspek umur, pekerjaan, dan jantina.
BUDAK-BUDAK KATA, PUASA ITU..
"tak boleh makan dan minum waktu siang. Takut nanti mak ayah marah. Kalau puasa penuh, dapat duit raya lagi banyak. biasanya RM 1 untuk sehari puasa. kalau sebulan dan RM30! kayaaa!" -
Adam, 7 tahun
LELAKI KATA, PUASA ITU..
"terpaksa berhenti merokok di waktu siang, tak boleh nak tengok awek seksi jalan-jalan depan mata seperti yang lazim dilakukan semasa lepak bersama member sekerja pada waktu lunch" -
Lukman, 23 tahun
"kena rajin pergi masjid sembahyang terawih. selalunya, dalam seminggu tu, sekali je pergi masjid (hari Jumaat)" -
Khairul, 19 tahun
"time puasa ni laa kena cari duit lebih dan dijadikan sebagai duit raya untuk anak-anak yang puasa penuh. (mengeluh)'' -
Hamzah, 37 tahun
WANITA KATA, PUASA ITU..
"kena stop mengumpat untuk sebulan. tak boleh pakai seksi-seksi" -
Mira, 24 tahun
"berat badan akan susut seterusnya menjadi lebih langsing! yeay!!" -
Bie, 23 tahun
"kena control nafsu lebih-lebih lagi time membeli kat bazaar ramadhan. kalau time berbuka tu, kadang-kadang lauknya macam makan untuk seminggu!" -
Hanim, 28 tahun
BOS KATA, PUASA ITU..
"tak boleh maki hamun pekerja. kena selalu senyum dalam terpaksa walaupun staf tak buat kerja dan asyik hilang dari office" -
Muhammad, umur rahsia (heh~)
SAYA KATA, PUASA ITU..
"sesuatu yang sangat menyeronokkan! lebih-lebih lagi bila bersahur dan berbuka bersama-sama family mahupun rakan-rakan di kampus!"
selamat menyambut bulan ramadhan semua!!