blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Wednesday, June 29, 2011

superhero terlampau!

apa tunggu lagi?
baca je! haha




cik sushi : memang hampeh kan superhero macam ni? hihi

Monday, June 27, 2011

zureen nak main dengan blogger!


hai semua!
hahahha! saspen tak baca tajuk entri tu?
hari ni zureen nak main promo-promo blog orang,
  di samping main game dengan anda semua.
haha!
actually, zureen nak bagi mesej special punya dekat anda semua!
especially FOLLOWERS zureen!
nak tau apa mesej tu?
jom main game dekat bawah ni! hehehhee

cara main :
klik je huruf-huruf tu untuk membentuk satu ayat.
awak ada 4 percubaan je.
kalau gagal, awak dah kira 'BUNUH' zureen!




oke, sekarang.
jom KENTUT kat blog pilihan zureen petang ni!

Saturday, June 25, 2011

nak kutuk orang pakai contact lens jap! (tipu)

asalammualaikum! 
hai semua! 
dah lama zureen tak update entri (baru je 3 hari x update kan?)
ya lah. busy dengan minggu orientasi budak-budak junior. (evil laugh)
kepada semua student baru yang berjaya sambung belajar tu,
study dan jaga diri elok-elok oke?
  
baiklah! 
kali ni zureen nak share dengan anda hasil pemerhatian zureen terhadap orang yang pakai kanta lekap ni. 
jangan marah tau!



Wednesday, June 22, 2011

ekslusif : tidur terganggu dan result exam!




TIDAK DAPAT TIDUR?
KENAPA? 
CARA MENGATASINYA?

  • Anjing-anjing liar asyik melolong dan menyalak setiap malam? mudah saja! korang cuma perlu tidur di dasar laut sebab dekat situ kompom tak ada anjing. walaupun ada anjing laut, ia tidak mampu melolong di dalam laut.
  • suara budak menangis mengganggu tidur korang? mudah saja! tembak dengan senapang bius, dijamin diam terus. tapi kalau korang kena jel *penjara, kiteorang purak-purak main ping pong je.
  • kucing bergaduh sakan berebut awek? mudah saja! bela anjing seberapa banyak yang mungkin supaya kucing tersebut tidak berani untuk membuat onar.
  • bilik tidur korang terasa hangat dan membahang? mudah saja! korang cuma perlu masuk dalam peti ais dan tidurlah dengan aman di situ. lebih elok kalau korang pakai baju eskimo sekali, hehe.
  • asyik terbayang yang bukan-bukan? mudah saja! cubalah baca al-kitab sebelum tidur dan bukannya membaca buku-buku bergambar sama ada gambar awek cun mahupun gambaran cinta luka berbentuk novel. hehe~



cik sushi : seminggu ni penat. asyik nak tidur je.

Monday, June 20, 2011

SEGMEN : selamat hari bapa!

asalammualaikum semuanya!
entri kali ni zureen nak tulis pasal papa.
segmen ni CIKGU WAN yang buat.
jom support!!!
join ramai-ramai oke?

banner menarik yang zureen pilih. banyak lagi sebenarnya, tapi ni agak comel sikit! hehe~
cik sushi : kepada semua papa, tak kira laa bakal papa ke, selamat hari papa! kepada yang belum jadi papa, kalau rasa-rasa anda tu boleh jadi papa yang baik, sila komen laju-laju sini! i nak kenal! hahahahhaha~

Friday, June 17, 2011

perlukah kita tempeleng anak kita jika..

zureen update lagi!entri kali ni agak bersifat keibu bapaan sikit.. cey!! maklumlah, abgteror kan kejap lagi nak dapat baby baru.. hehehe~ kita doakan yang baik-baik untuk dia dan family oke?

baiklah, berbalik kepada tajuk entri di atas, kita memang sedia maklum, telatah budak-budak ni memang susah nak dikawal. macam zureen dekat kelas laa. terutama sekali budak-budak tahap 1. sabo jelah. tapi, nakal-nakal dorang ni, comel juga bila tengok. yelah, siap tulis kad say "i love you cikgu azureen" lagi! hahaha~

macam mana bila dah kahwin dan ada anak nanti? macam mana nak ajar supaya budak-budak ni ikut cakap kita? ke nak tempeleng terus? haaa. jom tengok flash di bawah!
JANGAN LUPA TEKAN BUTANG NEXT TAU!








cik sushi : suka lelaki ada janggut sikit, romantis dan suka pakai kain sarung! nampak macho youuu!

Thursday, June 16, 2011

TUTORIAL : zureen ajar anda cara mandi.

Asalammualaikum semua. hehe. terima kasih sebab sudi datang blog zureen ni oke? mesti semua pernah terserempak atau secara tidak sengaja berselisih dengan orang-orang yang kurang enak baunya. pendek kata, busuk! kalau berselisih tak apa, bagaimana kalau ketika itu anda duduk bersebelahan dengan dia di panggung wayang? dalam bas? LRT? atau lif?
zureen cadangkan supaya anda promote sikit tutorial ni sebab zureen nak ajar mereka tu cara mandi! kalau anda nak tengok atau belajar balik cara-cara ni pun, apa salahnya. hehe~

jangan lupa tekan NEXT button tu untuk baca oke?


cik sushi : tutorial ni KHAS untuk yang tak reti mandi je. hehe~

jom MENGORAT blogger!

oke. jangan maki dulu. sebenarnya, bukan nak pakat ramai-ramai mengurat mereka-mereka ni. zureen buat entri ni pun sebab baru nak belajar flash. hahaha! selama ni reti pakai paint and photoshop je. tapi rasanya, lagi best pakai paint je kot. ahhahahaha!

sekarang, zureen nak korang teka. siapakah blogger-blogger di bawah! klik bahagian-bahagian tertentu  untuk mengetahui siapakan mereka yang sebenarnyaa!!!


klu : suka dengan muzik, bestfren abgteror, suka tengok nora elena. hihi!

klu : kalau anda terjah blog beliau, anda akan dapati banyak sangat kuda-kuda yang terdapat di situ! heheheh!



klu : seorang yang cool, suka JEPUN kot? dan suka HELIZA HELMI!


klu : sukakan kereta. menjadikan ben ashaari sebagai idola (tipu.. ahhaha!), entri terbaru pasal harga myvi! ;p



klu : suka lukis orang lidi macam yang zureen buat di atas tuu.. hehee



klu : seorang yang gagah perkasa, header blog baru dia sangat comel! hehehe



cik sushi : nantikan sesi mengorat blogger yang seterusnya!!! kalau nak request zureen untuk lukis gambar kamu lepas ni untuk entri akan datang, boleh saja!

credit to : GUA SYED atas tunjuk ajar dalam coding flash! memang terer gila dia! kalah abgteror! haha

Wednesday, June 15, 2011

anda memang tersangatlah BANGANG jika..



Manusia-manusia (sambil geleng-geleng). memang banayk ragam. ada yang bijak, ada pulak yang sebaliknya. kalau awak semua termasuk dalam kategori bijak tak apa lah~ kalau kategori bangang?

ANDA MEMANG BANGANG JIKA.. 

  • Bermain galah panjang di dalam parlimen semasa persidangan sedang berlangsung
  • Memeras ugut pegawai polis di dalam balai polis dengan menggunakan lastik
  • melukis kartun 'donald duck' di atas bouncer yang terkenal dengan panas baran dan kaki pukulnya
  • Membuka gerai nasi lemak di dalam loji kumbahan
  • Memancing ikan di puncak gunung berapi yang aktif
  • Hanya berseluar dalam ketika sedang menghadiri majlis kenduri-kendara
  • Memarahi diri anda di hadapan cermin dengan mengatakan bahawa wajah anda yang terlalu hodoh!
  • memakai baju kebaya nyonya sebagai jersi (bagi lelaki) dalam pertandingan bola sepak atas alasan ingin menimbulkan bibit-bibit buat penonton
  • Mengorat pokok belimbing
  • Membancuh horlicks dengan penunu bunsen ketika menghadiri kelas sains di sekolah

cik sushi : memang agak-agak bangang kan? haha! (tengah siapkan lukisan kartun wajah-wajah blogger  yang bertuah!) sape rasa-rasa nak kena lukis, bagitahu oke?

cinta saya UNTUK SHAHIR (AF)

salam.
sebenarnya entri ni zureen tujukan khas buat encik Shahir AF8.
Shahir, sila baca oke?
(zureen taip sungguh-sungguh!)



Encik Shahir,
semua orang tahu yang kita sedang hangat bercinta.
ya. mungkn ada yang belum tahu.
tapi, kita memang tengah hangat bercinta.
zureen tak minta banyak Encik Shahir, Zureen minta 5 perkara sahaja.
ya. 5 sahaja.

1. JANGAN NAKAL
Saya tahu Encik Shahir ramai peminat. mungkin mak datin pun ramai yang minat kat Encik Shahir. Tapi zureen harap Encik Shahir tak laa nakal-nakal dengan mereka. Kawan tu oke, zureen tak pernah halang pun. Kalau Encik Shahir tak nakal-nakal, benda ni akan mempertahankan hubungan kita yang dibina setahun lalu. Saya tahu Encik Shahir jarang keluar dengan kawan-kawan perempuan. Yang saya tahu, Encik Shahir keluar hangout pun kat kedai member or main futsal. Saya tahu. Sebab tu saya tak kisah atau risau sangat.

2. JANGAN LUPA.
Bila Encik Shahir dah hangout dengan member-member tu, jangan lupa mesej saya. Sejam sekali mesej pun tak apa. tapi, Encik Shahir yang saya kenal tak pernah lupakan saya. Encik Shahir selalu bagi mesej, setiap 30 saat ada saja mesej dari Encik Shahir. kadang-kadang zureen lupa nak balas sebab tengah sibuk buat kerja lain atau tengah ber'blogging'. Zureen minta maaf sangat-sangat. Harap Encik Shahir tak kecil hati dan takkan lupakan Zureen walau di mana Encik Shahir berada oke?

3. TENGOK GAMBAR
Bila Encik Shahir free, Encik Shahir belek-beleklah wajah zureen yang tak seberapa ni kat laman facebook. Zureen selalu update gambar tahu? jangan lupa komen atau paling kurang pun tekan butang 'like' tu. hehe. terubat jugak rindu Encik Shahir dekat zureen nanti kan? Tapi, bila tengok gambar-gambar Zureen tu, tak sah kalau takde komen dari Encik Shahir. rasa suka dan best sangat-sangat! TQ Encik Shahir!

Kalau tak dapat tengok gambar pun takpe, Encik Shahir boleh tengok-tengok raket badminton Encik Shahir kat rumah tu. mesti terubat atau teringat kembali detik-detik kita main badminton sama-sama kan? :)

4. PAKAI BAJU
Ya. Encik Shahir. Jangan lupa juga pakai atau ambik bau baju kapel yang kita beli hari tu. kui kui kui (20 juta kali). kalau tak nak pakai takpe, zureen tahu baju tu body fit! Encik Shahir malu nak pakai sebab nampak bentuk badan Encik Shahir yang tegap tu kan? takpe. Buat baju tu sebagai bantal busuk atau lap-lap peluh lepas main futsal pun takpe. Yang penting Encik Shahir ingat zureen dekat sini.

5. DENGAR SUARA
Encik Shahir, sebenarnya suara zureen lagi sedap daripada suara Encik Shahir kan? kita selalu nyanyi sama-sama. kui kui kui (20 juta kali). malunya! Okay, zureen minta, walau Encik Shahir bz macam mana pun, call-call laa zureen. Seminggu 3 kali pun takpe. Zureen faham.

Okaylah Encik Shahir, zureen tak minta banyak. Zureen minta 5 sahaja. Betul. Tak mahu minta lebih.Dan tak sabar nak tunggu Encik Shahir balik Sabah 19 JUN nanti!

Lelebiu Encik Shahir AF8 a.k.a AMRI ASHRAF! 
dari kiri : amri ashraf, papa

okay peminat shahir! bertendang! eh, bertendang lak. bertenang! sebenarnya, Amri Ashraf ni kena gelar Shahir kat kampus. Mereka-mereka semua kata muka dia iras shahir. heh. BTW, thanks sebab sudi membaca! kui kui kui (20 juta kali).

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive