blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Monday, June 20, 2011

SEGMEN : selamat hari bapa!

asalammualaikum semuanya!
entri kali ni zureen nak tulis pasal papa.
segmen ni CIKGU WAN yang buat.
jom support!!!
join ramai-ramai oke?

banner menarik yang zureen pilih. banyak lagi sebenarnya, tapi ni agak comel sikit! hehe~
cik sushi : kepada semua papa, tak kira laa bakal papa ke, selamat hari papa! kepada yang belum jadi papa, kalau rasa-rasa anda tu boleh jadi papa yang baik, sila komen laju-laju sini! i nak kenal! hahahahhaha~

Friday, June 17, 2011

perlukah kita tempeleng anak kita jika..

zureen update lagi!entri kali ni agak bersifat keibu bapaan sikit.. cey!! maklumlah, abgteror kan kejap lagi nak dapat baby baru.. hehehe~ kita doakan yang baik-baik untuk dia dan family oke?

baiklah, berbalik kepada tajuk entri di atas, kita memang sedia maklum, telatah budak-budak ni memang susah nak dikawal. macam zureen dekat kelas laa. terutama sekali budak-budak tahap 1. sabo jelah. tapi, nakal-nakal dorang ni, comel juga bila tengok. yelah, siap tulis kad say "i love you cikgu azureen" lagi! hahaha~

macam mana bila dah kahwin dan ada anak nanti? macam mana nak ajar supaya budak-budak ni ikut cakap kita? ke nak tempeleng terus? haaa. jom tengok flash di bawah!
JANGAN LUPA TEKAN BUTANG NEXT TAU!








cik sushi : suka lelaki ada janggut sikit, romantis dan suka pakai kain sarung! nampak macho youuu!

Thursday, June 16, 2011

TUTORIAL : zureen ajar anda cara mandi.

Asalammualaikum semua. hehe. terima kasih sebab sudi datang blog zureen ni oke? mesti semua pernah terserempak atau secara tidak sengaja berselisih dengan orang-orang yang kurang enak baunya. pendek kata, busuk! kalau berselisih tak apa, bagaimana kalau ketika itu anda duduk bersebelahan dengan dia di panggung wayang? dalam bas? LRT? atau lif?
zureen cadangkan supaya anda promote sikit tutorial ni sebab zureen nak ajar mereka tu cara mandi! kalau anda nak tengok atau belajar balik cara-cara ni pun, apa salahnya. hehe~

jangan lupa tekan NEXT button tu untuk baca oke?


cik sushi : tutorial ni KHAS untuk yang tak reti mandi je. hehe~

jom MENGORAT blogger!

oke. jangan maki dulu. sebenarnya, bukan nak pakat ramai-ramai mengurat mereka-mereka ni. zureen buat entri ni pun sebab baru nak belajar flash. hahaha! selama ni reti pakai paint and photoshop je. tapi rasanya, lagi best pakai paint je kot. ahhahahaha!

sekarang, zureen nak korang teka. siapakah blogger-blogger di bawah! klik bahagian-bahagian tertentu  untuk mengetahui siapakan mereka yang sebenarnyaa!!!


klu : suka dengan muzik, bestfren abgteror, suka tengok nora elena. hihi!

klu : kalau anda terjah blog beliau, anda akan dapati banyak sangat kuda-kuda yang terdapat di situ! heheheh!



klu : seorang yang cool, suka JEPUN kot? dan suka HELIZA HELMI!


klu : sukakan kereta. menjadikan ben ashaari sebagai idola (tipu.. ahhaha!), entri terbaru pasal harga myvi! ;p



klu : suka lukis orang lidi macam yang zureen buat di atas tuu.. hehee



klu : seorang yang gagah perkasa, header blog baru dia sangat comel! hehehe



cik sushi : nantikan sesi mengorat blogger yang seterusnya!!! kalau nak request zureen untuk lukis gambar kamu lepas ni untuk entri akan datang, boleh saja!

credit to : GUA SYED atas tunjuk ajar dalam coding flash! memang terer gila dia! kalah abgteror! haha

Wednesday, June 15, 2011

anda memang tersangatlah BANGANG jika..



Manusia-manusia (sambil geleng-geleng). memang banayk ragam. ada yang bijak, ada pulak yang sebaliknya. kalau awak semua termasuk dalam kategori bijak tak apa lah~ kalau kategori bangang?

ANDA MEMANG BANGANG JIKA.. 

  • Bermain galah panjang di dalam parlimen semasa persidangan sedang berlangsung
  • Memeras ugut pegawai polis di dalam balai polis dengan menggunakan lastik
  • melukis kartun 'donald duck' di atas bouncer yang terkenal dengan panas baran dan kaki pukulnya
  • Membuka gerai nasi lemak di dalam loji kumbahan
  • Memancing ikan di puncak gunung berapi yang aktif
  • Hanya berseluar dalam ketika sedang menghadiri majlis kenduri-kendara
  • Memarahi diri anda di hadapan cermin dengan mengatakan bahawa wajah anda yang terlalu hodoh!
  • memakai baju kebaya nyonya sebagai jersi (bagi lelaki) dalam pertandingan bola sepak atas alasan ingin menimbulkan bibit-bibit buat penonton
  • Mengorat pokok belimbing
  • Membancuh horlicks dengan penunu bunsen ketika menghadiri kelas sains di sekolah

cik sushi : memang agak-agak bangang kan? haha! (tengah siapkan lukisan kartun wajah-wajah blogger  yang bertuah!) sape rasa-rasa nak kena lukis, bagitahu oke?

cinta saya UNTUK SHAHIR (AF)

salam.
sebenarnya entri ni zureen tujukan khas buat encik Shahir AF8.
Shahir, sila baca oke?
(zureen taip sungguh-sungguh!)



Encik Shahir,
semua orang tahu yang kita sedang hangat bercinta.
ya. mungkn ada yang belum tahu.
tapi, kita memang tengah hangat bercinta.
zureen tak minta banyak Encik Shahir, Zureen minta 5 perkara sahaja.
ya. 5 sahaja.

1. JANGAN NAKAL
Saya tahu Encik Shahir ramai peminat. mungkin mak datin pun ramai yang minat kat Encik Shahir. Tapi zureen harap Encik Shahir tak laa nakal-nakal dengan mereka. Kawan tu oke, zureen tak pernah halang pun. Kalau Encik Shahir tak nakal-nakal, benda ni akan mempertahankan hubungan kita yang dibina setahun lalu. Saya tahu Encik Shahir jarang keluar dengan kawan-kawan perempuan. Yang saya tahu, Encik Shahir keluar hangout pun kat kedai member or main futsal. Saya tahu. Sebab tu saya tak kisah atau risau sangat.

2. JANGAN LUPA.
Bila Encik Shahir dah hangout dengan member-member tu, jangan lupa mesej saya. Sejam sekali mesej pun tak apa. tapi, Encik Shahir yang saya kenal tak pernah lupakan saya. Encik Shahir selalu bagi mesej, setiap 30 saat ada saja mesej dari Encik Shahir. kadang-kadang zureen lupa nak balas sebab tengah sibuk buat kerja lain atau tengah ber'blogging'. Zureen minta maaf sangat-sangat. Harap Encik Shahir tak kecil hati dan takkan lupakan Zureen walau di mana Encik Shahir berada oke?

3. TENGOK GAMBAR
Bila Encik Shahir free, Encik Shahir belek-beleklah wajah zureen yang tak seberapa ni kat laman facebook. Zureen selalu update gambar tahu? jangan lupa komen atau paling kurang pun tekan butang 'like' tu. hehe. terubat jugak rindu Encik Shahir dekat zureen nanti kan? Tapi, bila tengok gambar-gambar Zureen tu, tak sah kalau takde komen dari Encik Shahir. rasa suka dan best sangat-sangat! TQ Encik Shahir!

Kalau tak dapat tengok gambar pun takpe, Encik Shahir boleh tengok-tengok raket badminton Encik Shahir kat rumah tu. mesti terubat atau teringat kembali detik-detik kita main badminton sama-sama kan? :)

4. PAKAI BAJU
Ya. Encik Shahir. Jangan lupa juga pakai atau ambik bau baju kapel yang kita beli hari tu. kui kui kui (20 juta kali). kalau tak nak pakai takpe, zureen tahu baju tu body fit! Encik Shahir malu nak pakai sebab nampak bentuk badan Encik Shahir yang tegap tu kan? takpe. Buat baju tu sebagai bantal busuk atau lap-lap peluh lepas main futsal pun takpe. Yang penting Encik Shahir ingat zureen dekat sini.

5. DENGAR SUARA
Encik Shahir, sebenarnya suara zureen lagi sedap daripada suara Encik Shahir kan? kita selalu nyanyi sama-sama. kui kui kui (20 juta kali). malunya! Okay, zureen minta, walau Encik Shahir bz macam mana pun, call-call laa zureen. Seminggu 3 kali pun takpe. Zureen faham.

Okaylah Encik Shahir, zureen tak minta banyak. Zureen minta 5 sahaja. Betul. Tak mahu minta lebih.Dan tak sabar nak tunggu Encik Shahir balik Sabah 19 JUN nanti!

Lelebiu Encik Shahir AF8 a.k.a AMRI ASHRAF! 
dari kiri : amri ashraf, papa

okay peminat shahir! bertendang! eh, bertendang lak. bertenang! sebenarnya, Amri Ashraf ni kena gelar Shahir kat kampus. Mereka-mereka semua kata muka dia iras shahir. heh. BTW, thanks sebab sudi membaca! kui kui kui (20 juta kali).

Monday, June 13, 2011

tanda-tanda kekasih anda superhero!

Berikut adalah petanda yang kekasih anda mungkin seorang superhero ala-ala macam Superman, Spiderman, Batman, dan semua 'man-man' tu lah ye?

SATU

time dating...



sedang korang berdating asyik masyuk tiba-tiba dia terpaksa mintak izin untuk mem'blah'kan diri. Masa tu pulak ada berlaku kejadian jenayah ragut atau yang sewaktu dengannya.

DUA

time ada masalah..





korang telefon nak jumpa dan tak sampai 5minit dia dah terpacul kat depan korang. yang menakjubkan, masa tu dia ada kat kampung dia yang jauh berkilometer dari rumah korang.

TIGA

makan malam...





korang tak ada peluang untuk keluar makan malam ala-ala candle light dinner dengannya sebab waktu tu dia sibuk untuk membanteras jenayah (tapi korang tak tau le)

EMPAT

sebelum kemalangan..

sekiranya korang ditimpa atau bakal ditimpa kemalangan, dia sentiasa muncul pada saat yang tepat untuk menyelamatkan korang.

LIMA

pakaian mereka..

dia sentiasa pakai baju kemeja lengan panjang yang besar kerana kemungkinan nak cover baju ketat superhero yang beliau pakai. hehe.



cik sushi: oke, sekarang, sila maki laju-laju pasal costume tu.. hahah!

BOLA : sesuatu yang tak dilakukan semasa latihan. hehe!

Semua orang tahu cara latihan dengan perlawanan sebenar banyak bezanya. Ada yang boleh dilakukan semasa latihan tetapi tidak semasa perlawanan sebenar, begitulah sebaliknya. Kali ini zureen ingin menyatakan perkara-perkara yang tidak perlu dilakukan ketika latihan berbanding perlawanan sebenar. Antaranya :

  • Bertukar-tukar jersi selepas tamat permainan latihan
  • Meraikan jaringan gol dengan aksi-aksi tersendiri
  • Melambat-lambatkan permainan terutama ketika mendahului lawan
  • Menekel rakan pelatih seperti menekel semasa perlawanan sebenar
  • Pura-pura dikasari supaya rakan pelatih dibuang padang
  • Duduk memerhati di bangku simpanan walaupun korang memang pemain simpanan utama pasukan korang.


cik sushi : minat sangat dengan bola ni. hihihi.

Friday, June 10, 2011

lelaki memang banyak bagi alasan macam ni eh??

macam ni lah muka kalau dah rasa lecehhh!


Memang leceh kalau dapat makwe yang kuat merajuk macam saya (ceyy!). apa lagi kalau dapat yang suka melenting tak tentu pasal. haa.. kat sini zureen nak kongsi la beberapa jawapan selamat sebagai alasan yang boleh menyelamatkan korang (lelaki)!


''ye, saya on the way ni''
padahal korang tak gerak pun lagi. hampeh!


''saya bawak mak saya gi klinik jap. dia demam''
padahal mak korang sihat walafiat je.

''awak tak dengar radio ke kata suruh cari jalan alternatif pasal kemalangan? 
ni saya tengah cari lah ni!"
padahal korang bukan bawak kereta, tunggang motor je.

"bukan semalam saya cakap tunggu kat KL Sentral? 
yang awak pandai-pandai pegi Midvalley apa hal? 
Tunggu sat! saya datang sana!"
padahal korang memang suruh tunggu dekat Midvalley pun.

"saya bukan tak ingat kat besday awak, saja je nak test tengok awak macam mana. 
Memang hodoh, tak lawa langsung.. baik awak senyum.."
padahal bukan setakat lupa tarikh lahir, umur awek korang pun korang lupa.

"Tak payah shopping time karnival ni.. rugi! 
baju lawa-lawa semua dah habis, 
tinggal yang tak lawa je"
padahal tak sanggup nak ikut shopping sebab bakal kena membayar.

"saya jumpa abang teror, cikgu wan,dan abang man ni. 
dorang kirim salam kat awak. 
dorang kata, senang-senang datanglah lepak sama"
padahal kelibat mereka-mereka tu pun korang tak pernah tengok!


cik sushi : lelaki memang macam ni eh?

Thursday, June 09, 2011

Soalan yang anda TAK PATUT tanya!!!


Malu bertanya sesat jalan. banyak sangat tanya, akan mendatangkan angin satu badan. Kita hidup dalam dunia ni kenalah selalu bertanya agar tak terlalu jauh menyimpang. Tapi, ada beberapa jenis soalan yang jangan sekali-kali korang ajukan. Takut pula nanti orang akan melabelkan anda sebagai orang gila!

soalan-soalan yang tak patut ditanya adalah seperti berikut :



  • Kat padang mahsyar nanti ada orang jual air tebu tak?
  • Kenapa kipas tu asyik berpusing-pusing? dia tak pening ke?
  • Boleh tak kalau saya bawak bini abang jalan-jalan naik motor pusing area KL?
  • Akak rasa laki akan tu nak tak jadi balak saya?
  • Aku dah boringlah pakai kasut kat kaki. Aku ingat nak pakai kat kepala pula boleh tak?
  • Ni kaunter pertanyaan kan? boleh tak saya nak buat permintaan lagu?
  • Bas pergi Uganda lalu kat sini tak?
  • Kalau aku bukak kelab malam dekat sebelah masjid ni agak-agak diorang bagi tak?
  • Betul ke kartun Thomas And Friends  tu pencipta piala Thomas?

cik sushi : time sakit-sakit ni, kurang sikit idea. ni jelah yang dapat. haha!

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive