blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Tuesday, June 07, 2011

apa jadi sekiranya zureen tukar bola sepak kepada bola ping pong? haha!

gambar takde kena-mengena dengan entri. heh.


Pernah tak awak semua terfikir kenapa dalam permainan bola sepak hanya bola sepak sahaja yang boleh digunakan? kenapa tak pakai bola lain padahal bentuk dan nama pun sama iaitu "bola". so, entri kali ini zureen cuba kongsikan dengan anda ilham yang zureen dapat apabila bola sepak ditukar kepada bola ping pong. hahaha.

sekiranya pemain bola sepak menggunakan bola ping pong semasa bermain bola sepak :
  • Pemain akan bawak bola sendiri dalam poket dan cuba mengelirukan pihak lawan dengan menukar bola yang sedia ada.
  • Pengadil perlawanan akan menggunakan kanta pembesar untuk melihat bola.
  • Penjaga gol tak perlu bersusah payah untuk membuat pelbagai aksi kerana dengan hanya menggunakan dua jari sahaja sudah mampu menyelamatkan pintu gol.
  • Pemain akan cepat terhantuk sesama sendiri kerana asyik melihat bola atau ketika perebutan bola di udara ketika ingin menanduk bola.
  • Di dalam satu perlawanan hampir menggunakan lima ratus ribu biji bola akibat selalu pecah kerana dipijak oleh pemain.
  • Penjaga garisan terpaksa menggunakan teropong untuk melihat bola yang masih berada atau telah keluar dari padang.
  • Mungkin tidak wujud tendangan percuma, penalti ataupun tendangan gol kerana tahap kelajuan bola amatlah minimum
  • Tiada lagi acara membawa bola ping pong dalam sudu kerana tiada sudu yang mampu untuk membawa bola sepak dalam mana-mana sukaneka di sekolah. hahahha!

cik sushi : nak terai bawa bola sepak dalam sudu. hahah!

Sunday, June 05, 2011

bestnya lepak dengan donald trump dan bill gates! haha


Hidup bukanlah semudah yang disangka kan? bukan senang nak menghadapi liku-liku kehidupan. apatah lagi kalau tinggal hanya sebatang kera kara. Namun, tipulah jika anda semua tidak pernah mengimpikan sesuatu yang selalunya mustahil untuk kita perolehi. Alangkah indahnya jika..

TAK PERLU PERGI KERJA
tak perlu bangun pagi-pagi buta dan bersiap hendak ke sekolah atau ke tempat kerja. Semua tugas harian boleh diselesaikan malalui persidangan maya dalam komputer sahaja. segalanya dihujung jari.

KAYA
berpendapatan lebih empat angka sebulan tetapi tak perlu pergi kerja langsung. duduk rumah goyang kaki sambil main tetris pun boleh kaya! bestnya!

SKIM PINJAMAN PERIBADI
pihak bank tidak menyediakan skim pinjaman peribadi sebaliknya memberikan terus duit kepada anda tanpa perlu memulangkannya semula.

KAHWIN? KERAJAAN TANGGUNG.
bagi lelaki, wang hantaran tidak dikenakan dalam proses meminang dan anda hanya perlu menyediakan wang mas kahwin sahaja. segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan!

HARTA/KEKASIH
memiliki harta, rumah, dan kereta idaman di samping memiliki kekasih yang cun/hensem tahap artis antarabangsa tanpa perlu bersusah payah!


DONALD TRUMP NAK JADIK MEMBER
tokoh atau individu terkenal di dunia seperti Donald Trump dan Bill Gates berebut-rebut nak menjadikan anda sebagai geng kamceng mereka. siap pelawa jadi pemegang saham lagi! haha! kan ke best namanya tu?


cik sushi : bestnyaaaaa~~

cik safra, demi family saya, sila bagi saya rm300! haahhaha!

KLIK BANNER UNTUK JOIN


TAJUK : "KALAU SAYA DAPAT RM300''





Lagipun, bukan zureen sorang je lapar.. semua family member zureen ikut lapar sama.. tak percaya? tengok bawah!















pendek kata, semua lapar.
panjang kata? semua nak makan sedap-sedap. hehe.



oleh yang demikian, 
zureen bersedia untuk membantu family zureen! 
yeeehhhaaaa!

kesimpulannya, kalau zureen dapat rm 300, zureen akan bawa family makan makanan sedap-sedap. tak payah membazir pergi shopping sana, shopping sini. membazir itu saudara syaitan. apa kata kita bagi kesenangan sedikit kepada family. bukan orang lain pun kan? 
so, zureen harap anda boleh menilainya.

sekian.

cik sushi : kalau laa dapat rm300 ni, kompom post dekat entri aktiviti makan-makan tersebut. jangan risau. zureen tak tipu punya. 

mau tag : kaka nieja, aki, wasabaers

Saturday, June 04, 2011

makan semut banyak-banyak boleh hilang kencing manis. (TIPU)



Amaran!
sebarang risiko atas penggunaan pakai petua berikut adalah di bawah tanggungjawab sendiri.
harap maklum!

PERUT MASUK ANGIN
Ambil jarum dan cucuk-cucuk pada bahagian perut yang sakit. Dengan itu anginnya akan keluar.

KENCING MANIS
makan semut banyak-banyak supaya semut-semut tu akan mengerjakan gula yang berlebihan dalam badan tu.

KURANG DARAH
tangkap banyak-banyak nyamuk yang kembung darah lepas tu telan. pasti kuantiti darah akan kembali menjadi normal.

KURANG DARAH PUTIH (LEUKIMIA)
bancuh sesenduk cat putih dengan air dan minum. Amalkan selama yang terlarat, mudah-mudahan darah kembali stabil.

HILANGKAN JERAWAT
ambik pen hitam dan titik-titikkan tempat jerawat, kan dah jadik macam taik lalat? hahahah!

cik sushi : rasa-rasa berkesan tak petua ni? hahah!

cara-cara makwe marah mengikut lokasi. hehe.

malas nak lukis. ;p


bila malam-malam macam ni senang nak dapat ilham. hehe. so, zureen nak share sikit dengan awak semua tentang perangai kaum hawa yang tengah marah mengikut lokasi. hhihi. so kepada pakwe-pakwe, alert tentang ni tau!

TAMAN BUNGA
kalau di taman bunga, biasanya seorang makwe akan petik bunga termasuk daunnya sekali sampai nak botak pokok bunga tu. Nasib baik tak dicabutnya pokok tu sekali.


DALAM KERETA
bila di dalam kereta, makwe-makwe akan pandang cermin luar sebelah kiri sambil mengetatkan muka dan mulut. Kalau ada kereta kat sebalah yang bawa budak-budak kecik, mereka akan takutkan budak tu dengan buat memek muka.

DI PUSAT MEMBELI BELAH
kalau di pusat membeli belah, mereka akan jalan lebih laju daripada pakwenya sambil toleh-toleh sikit sama ada pakwe mereka follow atau tidak. dan sampai jauh sikit dia berhenti dan merungut-rungut. sebenanrnya minta pujuk. ;p

ATAS MOTOR
masih sempat untuk bergaduh. si makwe akan duduk jauh sikit ke belakang sambik peluk tubuh sendiri. kalau si pakwe brek, mereka tak cakap apa pun.. cuma akan kawal dirinya daripada tersentuh.

DALAM HENPON
dalam henpon tak payah cakap la.. korang pun boleh agak. kalau dalam henpon, mak aii... bukan main lagi dia cakap.. ikut suka hati bapak tiri laki mak dorang saja. macam-macam yang tersembur! sampai keluar taik telinga! tapi, kalau depan-depan. tak berani pula cakap banyak!

KEDAI MAKAN
kat kedai makan pun sempat jugak nak bergaduh! si makwe banyak kuis-kuis makanan, lebih banyak minum air. Makanan tak luak dan perut tu rasa kenyang je. marah punya pasal kan?

LAIN-LAIN LOKASI
di lain-lain lokasi ni.. munngkin stesen bas, panggung wayang. yang pasti kalau ada perempuan lain cuba mengorat atau merampas pakwenya tau pulak cemburu. mereka sanggup memberi warning, menyerang dan main tarik-tarik rambut.

cik sushi : saya tak suka marah, saya suka geram je. kalau geram tu bukan marah kan? grr~

Friday, June 03, 2011

saya berangan nak buka shopping mall. anda?

HELLO PELANGGAN SETIA KEDAI SUSHI SAYA! -- sumpah! berangan je lebih.



Berkhayal ni kadang-kadang ada jugak kebaikannya. tapi apa yang zureen perhatikan memang ramai yang berkhayal tapi taknak nak usahakan apa yang dikhayalkan tersebut. orang cakap, daripada angan-angan tu laa kita boleh ubah hidup kita. masalahnya, diri sendiri pula yang malas kan? zureen nak share dengan awak 'masa awak semua tengah berkhayal'.

1. Semasa menaiki bas balik kampung. Berkhayal membayangkan kalau ada kereta, tak lah bersusah nak beli tiket.

2. Semasa memandu kereta terserempak dengan kereta lebih cantik. Berkhayal kalau berduit nanti bak tambah aksesori canggih kasi gempak!

3. Semasa tengah berehat lepas menoreh getah berkhayal andai anak-anak pandai belajar dan bekerjaya yang best-best, lepas tu menjaga awak semua yang dah tua tapi hampeh sebab semuanya tak mengenang budi.

4. Semasa tengok album orang kahwin, berkhayal bila tiba masa awak pula nak buat lebih best. Padahal sekolah pun tak habis lagi dah gatal fikir pasal kahwin.

5. Semasa berborak kosong buat cerita.. "kalau laa aku ada.. bla bla bla.." tapi bila bersurai masing-masing lupa dengan angan-angan tu. Hangat-hangat taik ayam serama je.

6. Semasa cuba menidurkan diri mula laa berkhayal macam-macam  hingga tertelap dan kononnya fantasi itu akan bersambung semula keesokan harinya. Bangun pagi belum tentu ingat apa yang dikhayalkan.

7. Semasa tengok pengawal keselamatan dan pegawai bank masukkan duit kat mesin ATM. perompak datang dan awak bagi bantuan dengan menumpaskan perompak tersebut. Wah.. hebat kan? tapi kalau kena tembak? haha.




cik sushi : berkhayal nak ada shopping mall sendiri. hehe~

Thursday, June 02, 2011

apabila sesuatu yang dibanggakan menjadi 'kemaluan'..

Pernah tak anda semua melakukan benda-benda yang membanggakan namun bertukar kepada kemaluan sesuatu yang memalukan dan rasa seperti nak menyamar menjadi badak sumbu. contohnya :






cik sushi : korang pernah tak? pernah tak?

Wednesday, June 01, 2011

alasan bodoh bila ditahan polis!




Memandu kenderaan dalam keadaan yang tak sepatutnya adalah perkara yang sangat bodoh jika awak semua lakukannya. Bila ditahan polis, macam-macam alasan yang awak semua bagi. Awak semua ingat polis tu bodoh ke? Lain kali dah tau buat kesilapan, terima je saman. Jangan buat alasan bodoh. Antara alasan bodoh tersebut adalah ...  

TAK PAKAI TOPI KELEDAR
alasannya : untuk menghilangkan kelemumur atau kutu bila ditiup angin.

BILA BUNYI EKZOS KERETA TERLALU BISING
alasannya : nak tolong kejutkan orang dekat flat yang selalu sangat lewat bangun pagi nak pegi kerja.

BILA MEMANDU TERLALU LAJU DI HIGHWAY
alasannya : takut terlepas nak tengok cerita wonderpet di rumah

BILA MELANGGAR PERATURAN LAMPU ISYARAT
alasannya : korang buta warna

BILA BERAKSI SUPERMAN ATAS MOTOR DI JALAN RAYA
alasannya : pinggang sakit sebab terlalu lama tunggang motor, kalau buat macam tu boleh kurangkan sakit.

BILA MELINTAS JALAN RAYA TAK TUNGGU ISYARAT PEJALAN KAKI
alasannya : takut orang belakang menyondol


cik sushi : takde lesen lagik. sob-sob!

Tuesday, May 31, 2011

tolonglah jangan bagi zureen bunga taik ayam!

haha. 
yes. 
zureen suka bunga! 
memang sangat suka bunga! 
so, entri ni zureen nak share pasal bunga! 
NAK BAGI ZUREEN BUNGA?
baca entri ni. hihi. 




1. Pastikan takde sekor LEBAH pun yang tengah syok menghisap bunga. 
kang tak pasal-pasal kena sengat. 
sape nak jawab?


2. Sila jangan bagi bunga tu dengan akar-akar dia sekali.
kalau nak bagi pun, letak dalam pasu, lepas tu baru bagi. =.=''


3. Bagilah bunga yang sedap didengar dan sedap disebut namanya. 
Bunga-bunga yang mengandungi perkataan 'TAIK' sangat-sangat tidak sesuai!


4. Bunga api atau tayar bunga yang tidak berkaitan dengan
tumbuh-tumbuhan adalah tidak relevan.
Jadi, jangan mengada nak buat lawak atau cari pasal. 
hihi.



5. Jangan pula nak mengenakan caj kepada bunga yang diberi. 
Korang ni ikhlas ke apa? 
nak berkira sangat!

cik sushi : menanti bunga dari anda! hihi~

kenapa budak-budak tak suka cuti sekolah?



Sekarang cuti sekolah. zureen ada laa tanya dekat adik-adik dan budak-budak lain. mereka memang suka, tapi ada jugak sebab mereka tak suka cuti-cuti ni. nak tahu sebab apa?

1. sebab kena jaga adik. selagi adik tak tidur terpaksalah kena tengok-tengokkan adik. kalau ada adik kecik kena suruh masak bubur lah, buat susu laa. macam-macam.

2. mak asyik suruh kemas rumah. Pantang bersepah sikit mesti kena kemas.

3. Kerja tolong bapak pergi menoreh. Bukan setakat itu je.. berkebun, hias laman rumah, basuh kereta atau macam-macam lagi keje lelaki.

4. kena duduk dalam rumah je, tak boleh pegi mana-mana sebab kalau keluar takut kena culik.

5. tak boleh jumpa pakwe atau makwe kalau mak bapak tau gerenti kena marah.

6. tak dapat duit belanja sekolah sebab cuti sekolah bermakna belanja harian pun cuti sama. hehe.

7. Tak dapat jumpa geng-geng kamcing sebab ramai geng yang ada kampung halaman atau korang sendiri dihantar balik kampung.

8. Kepada yang belum akil baligh dah tentu takut kena sunat! hihi.

cik sushi : sebenarnya nak tekankan no 8 tu. hahahha! alaaa. dorang cakap tak sakit, macam kena gigit semut je. hihi.

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive