sambungan.. :)
3. MEMAKAI PAKAIAN YANG SAMA
kamu fikir kamulah yang paling anggun dan cantik pada malam tersebut.
tetapi, tanpa diduga sewaktu kamu menyusur masuk ke restoran tersebut,
kelihatan ada seseorang yang memakai pakaian yang sama dengan kamu. malunya
tidak terkata. sudahlah fesyen yang sama, warna pun sama.. si dia hanya
tersenyum melihat reaksimu.
cara mengatasi : jangan menggelabah. buat tidak tahu sahaja. tidak
ada salahnya kamu memakai baju yang sama. sekiranya si dia masih tersenyum,
kamu perlu join sama tersenyum dan katakan padanya..
"baju yang saya pakai
sekarang memang tengah menjadi pilihan. ini baru nampak satu mungkin ada lagi,
jangan terkejut ya?"
4.MENUMPAHKAN MINUMAN
setelah khayal merenung mata antara satu dengan lain, kamu tiba-tiba
berdebar dan menggelabah lalu menumpahkan minuman ke meja atau baju kamu.
cara mengatasi : ambil dan lapkan tetapi jangan terlalu kalut
sehingga merosakkan yang lain. hati-hati dan lakukan dengan tenang. sambil itu
kamu katakan padanya,
"nasib baik tidak terkena baju awak, kalau tidak
rasa bersalahnya saya.." cara ini dapat mengalihkan perhatiannya dari
terus memerhatikan kekalutan kamu.
5.PERUT BERBUNYI
di saat berbual sambil mendengar muzik romantis yang sayup-sayup, tiba-tiba
kedengaran muzik yang agak luar biasa dari perut kamu. mungkin kerana mahu
terlalu kontrol sehingga kamu sanggup menahan kelaparan, akhirnya perut kamu
pun berkeroncong.
cara mengatasi : relaks, tarik nafas sedalam-dalamnya dan jangan
menggelabah..hehe buat sahaja seperti dia tidak mendengar apa-apa pun walaupun
kamu pasti bunyi itu terlalu kuat dan hanya orang pekak sahaja yang tidak dapat
mendengarnya. sekiranya dia hanya buat tidak tahu, mengapa kamu mahu membuka
pekong di dada? tetapi, jika sekiranya si dia menegur kamu, kamu boleh katakan
padanya
"maaf ya, saya lapar lagi agaknya.."hehe..
cik sushi : akan bersambung lagi~ hihi
11 comments:
baju same 2 penah jadi ... tp bkn time dating ... time dgn kawan2 ... pasni nak gune ayat 2 gaq lah, ahaks!
rasa bersalahnya sy, haa3...
semue pernah... kekeke, yg penting happy yow~ :)
hihi.. bab tertumpah minuman tu pernah..
yang lucunya.. sy nda gelabah..
tapi dia yang gelabah..
hihi..
rasanya, bukan sy yang malu..
tapi dia yg terlebih malu pula..
:p
hurmmm.. malu la bila baju sama..
pink velvet - alamak! zureen tak pernah lagi jadi macam ni. hehe
caliph - nak terai laa tuuu. ;p
nana - alamak!!!! ;p
izzad - dahsyat laa lu! ;p
nowriz - hahaha! dia gelabah sebab baju dia kotor la tu~
kjharun - ya. ya. zureen pun rasa macam tu... mesti malu kann.. huhu~
Post a Comment