blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Sunday, July 31, 2011

khairul fahmi che mat putus tunang??!!!!





Assalammualaikum semuanya :)



zureen nak share sikit pasal cerita tergempar ni. tak tahu laa sama ada anda semua dah tahu perkara ni atau tidak. bukannya apa, dulu-dulu, zureen pernah jugak termasuk dalam blog beliau kerana beliau dah buat satu entri khas pasal zureen yang kononnya peminat fanatik APEK a.k.a Khairul Fahmi Che Mat. nak tengok zureen dalam blog elia? klik SINI

dah siap terjah kan? oke, back to story. zureen pun terkejut jugak dengan khabar berita ni. mula-mula dulu tengok macam happy dan tiada masalah saja. tiba-tiba jadi macam ni pula kan? orang tua-tua kata, biasalah, dugaan semasa betunang ni memang dahsyat.

zureen pun tak tahu dan tak mahu membuat andaian. adalah salah APEK? elia?  salah reporter? blogger? ataupun sesiapa sahaja yang melemparkan fitnah mungkin sebab 'orang ketiga' yang menjadi salah satu isu panas sebelum kes APEK putus tunang ni? tak tahu. zureen tak mahu buat andaian.

menurut sumber, APEK putus tunang bukan pasal orang ketiga.

zureen bukan nak salahkan sesiapa, tapi manusia ni, kalau dah nampak c A yang dah berkahwin or bertunang, lepas tu makan lunch sama-sama dengan si B, mula lah nak gossip yang kononnya mereka ada skandal lah, apa lah kan?  sebaik-baiknya, kita siasat dulu.

sumpah bukan nak salahkan sesiapa, tapi, kita kena laa saling ingat-mengingati. takut-takut, apa yang kita tulis kat blog tu PENYEBAB keruntuhan hubungan seseorang kan? lebih-lebih lagi time ramadhan ni. seelok-eloknya buatlah amal, jangan nak lempar sesuatu tuduhan terhadap seseorang yang kesahihannya belum pasti. manalah tahu esok-esok kita pula yang kena kan?

zureen tak nak cerita panjang, anda tengok fesbuk cik elia ni sendiri :

klik untuk tumbesaran



Friday, July 29, 2011

wordless friday, ada kah?

ni semua SHARBINEE punya pasal. 



Wednesday, July 27, 2011

apa makna puasa bagi kamu?

ayu tak? ayu tak? hehe


Apa makna puasa? Mungkin lain orang, lain pengertiannya. Berbeza mengikut tahap pemikiran masing-masing. Zureen akan mengemukakan beberapa pendapat tentang 'berpuasa' ini dari aspek umur, pekerjaan, dan jantina.

BUDAK-BUDAK KATA, PUASA ITU..
"tak boleh makan dan minum waktu siang. Takut nanti mak ayah marah. Kalau puasa penuh, dapat duit raya lagi banyak. biasanya RM 1 untuk sehari puasa. kalau sebulan dan RM30! kayaaa!" - Adam, 7 tahun

LELAKI KATA, PUASA ITU..
"terpaksa berhenti merokok di waktu siang, tak boleh nak tengok awek seksi jalan-jalan depan mata seperti yang  lazim dilakukan semasa lepak bersama member sekerja pada waktu lunch" - Lukman, 23 tahun

"kena rajin pergi masjid sembahyang terawih. selalunya, dalam seminggu tu, sekali je pergi masjid (hari Jumaat)" - Khairul, 19 tahun

"time puasa ni laa kena cari duit lebih dan dijadikan sebagai duit raya untuk anak-anak yang puasa penuh. (mengeluh)'' - Hamzah, 37 tahun

WANITA KATA, PUASA ITU..
"kena stop mengumpat untuk sebulan. tak boleh pakai seksi-seksi" - Mira, 24 tahun

"berat badan akan susut seterusnya menjadi lebih langsing! yeay!!" - Bie, 23 tahun

"kena control nafsu lebih-lebih lagi time membeli kat bazaar ramadhan. kalau time berbuka tu, kadang-kadang lauknya macam makan untuk seminggu!" - Hanim, 28 tahun

BOS KATA, PUASA ITU..
"tak boleh maki hamun pekerja. kena selalu senyum dalam terpaksa walaupun staf tak buat kerja dan asyik hilang dari office" - Muhammad, umur rahsia (heh~)

SAYA KATA, PUASA ITU..
"sesuatu yang sangat menyeronokkan! lebih-lebih lagi bila bersahur dan berbuka bersama-sama family mahupun rakan-rakan di kampus!"

selamat menyambut bulan ramadhan semua!!

Thursday, July 21, 2011

anda budak nakal atau budak jahat?

 cik sushi : dah lama tak update. rindu zureen tak? hehe.

Sunday, July 10, 2011

zureen nak main dengan blogger (edisi dua)!

asalammualaikum semua!
sabar-sabar!
zureen tahu anda semua tidak sabar nak main game ni! haha~
game ni huduh tau..
baru belajar.
so, zureen buat dalam bentuk doodle saja.

cara main : 
drag and drop baju-baju tu mengikut kreativiti anda
permainan ni tidak melibatkan pakaian seperti baju dalam dan seluar dalam ye?


anda boleh print screen dan share di blog anda. 
bagi link kat entri ruangan komen ni supaya zureen boleh terjah. 
(nak tengok comel ke tak doodle yang anda buat tu)
kalau tanak share kat situ, boleh share dekat page dekat facebook (SINI
kalau tanak jugak, takpe. 
benda ni sekadar suka-suka. 
sebab banyak permintaan lepas zureen buat game HANGMAN tu.

perhatian!!!
blogger bertuah akan dapat entri game macam ni.
tapi, muka zureen tu, akan zureen ubah jadi muka dia.
HAVE FUN! 

 

cik sushi : lepas ni nak belajar buat header flash. hehe. btw, entri ni BUKAN CONTEST so tak perlu nak tag siapa-siapa. tapi, kalau sudi nak promote, apa salahnya. heh~

Saturday, July 09, 2011

tanda-tanda kekasih anda kedekut cammm harammm!

tak bosan dengan flash? huhu. 
zureen dah rasa bosan pulak buat flash.


cik sushi : siapa rasa dia tidak kedekut, sila angkat kening 3 kali!

Saturday, July 02, 2011

nak masuk meminang?



cik sushi : yang last tu macam hampeh kan? hahah! sila jangan maki. ;)

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive