HELLO PELANGGAN SETIA KEDAI SUSHI SAYA! -- sumpah! berangan je lebih. |
Berkhayal ni kadang-kadang ada jugak kebaikannya. tapi apa yang zureen perhatikan memang ramai yang berkhayal tapi taknak nak usahakan apa yang dikhayalkan tersebut. orang cakap, daripada angan-angan tu laa kita boleh ubah hidup kita. masalahnya, diri sendiri pula yang malas kan? zureen nak share dengan awak 'masa awak semua tengah berkhayal'.
1. Semasa menaiki bas balik kampung. Berkhayal membayangkan kalau ada kereta, tak lah bersusah nak beli tiket.
2. Semasa memandu kereta terserempak dengan kereta lebih cantik. Berkhayal kalau berduit nanti bak tambah aksesori canggih kasi gempak!
3. Semasa tengah berehat lepas menoreh getah berkhayal andai anak-anak pandai belajar dan bekerjaya yang best-best, lepas tu menjaga awak semua yang dah tua tapi hampeh sebab semuanya tak mengenang budi.
4. Semasa tengok album orang kahwin, berkhayal bila tiba masa awak pula nak buat lebih best. Padahal sekolah pun tak habis lagi dah gatal fikir pasal kahwin.
5. Semasa berborak kosong buat cerita.. "kalau laa aku ada.. bla bla bla.." tapi bila bersurai masing-masing lupa dengan angan-angan tu. Hangat-hangat taik ayam serama je.
6. Semasa cuba menidurkan diri mula laa berkhayal macam-macam hingga tertelap dan kononnya fantasi itu akan bersambung semula keesokan harinya. Bangun pagi belum tentu ingat apa yang dikhayalkan.
7. Semasa tengok pengawal keselamatan dan pegawai bank masukkan duit kat mesin ATM. perompak datang dan awak bagi bantuan dengan menumpaskan perompak tersebut. Wah.. hebat kan? tapi kalau kena tembak? haha.
cik sushi : berkhayal nak ada shopping mall sendiri. hehe~
28 comments:
mmg lawa.
guest - sape? sape?
berkhayal bile tgh bkerja "kalau lah aku bole kawen ngan lelaki kaya, confirm tayah keje dah" hahaha!
pink velvet - hahahha! tahu xpe.. ;p
sy nak mini cooper satu,mcm col je kereta tuh...hehe
si kucar kacir - mmg cool pun. kalau awak modified elok2.. perghhhh!
sy pon berkhayal nak kawen dengan putera raja naek kuda . hahaa
lily pelangi - wakkakakak! sama laa! ala-ala Cinderella gitu kan? ;p
seronok berkhayal neh..mcm spongebob.."imaginasi":)
zureen :) hahaha ketawa2 aku baca tau XD
haha suka benar berkhayal
saya berkhayal sedang men bola sama pemain bola di padang bola.. eh,Zureennnn!! hahahaha.. Kuat pula ko angan2 ni oh kan??
wan berangan nak bukak restoran sendiri =)
jagan jadi cam mat jenin sudah... hehehehe
impian bermula dengan khayalan :) dan diikuti dengan usaha.
nurathirah - saya minat kat spongebob :P
amirah - jangan tesembur gigi palsu suda.. hihihihi~
saiazuan - saya jugaa!
aki - tu laa bha.. boleh ko tolong saya buka shopping mall? kita share2 bha.. ;p
rozuan - restoran apa ya? :)
dwaty - hoho. tapi kan. kalau nk buka shopping mall tu angan2 mat jenin je kot. hoho.
fyda - saya setuju!
Zureen.ba mari,ada RM5 dalam poket sa.. share2 kita.. Hehehe..
berangan makan sushi dgn zureen . -> bodek <-. bump!
aki - adada... rm5 mau buat apa? buka kedai burger tepi jalan pun nda dapat.. hahaha
terblog - wohhhh! tak sangka ada orang nak makan sushi dengan zureen (layan je bodek dia) ;p
cehh..hehe
terblog - jom2!!!
Post a Comment