blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Saturday, May 28, 2011

rahsia Park Ji-Sung boleh lari laju-laju!

memang, tak sabar nak tengok match Man United dengan Barca nanti. lebih-lebih lagi bila Man United menag EPL kali ke-19. hehe. tak. entri ni tak nak cari pasal dengan anti-Man United, cuma nak kongsi rahsia kehenseman ketangkasan Park Ji-Sung. jom baca ni!



LONDON: Park Ji-Sung (atas) mendedahkan betapa jus katak adalah ramuan rahsia di sebalik kejayaannya mengelilingi segenap pelusuk padang yang menjadikan pemain Korea Selatan itu sebagai kunci Manchester United dalam usaha menewaskan Barcelona pada final Liga Juara-Juara Eropah, esok. Larian bertenaga Park menjadi kunci penting dalam resipi kejayaan direncanakan menentang juara Sepanyol di Wembley, tetapi ia adalah ramuan pahit itu yang menjadi asas kepada peningkatan pemain tengah itu. Selepas menunjukkan bakat bola sepak ketika kanak-kanak, perkembangan Park dilihat terbantut kerana dia tidak memiliki tubuh fizikal diperlukan menangani keperluan pemain bola sepak di peringkat tertinggi.

Dalam usaha mempercepatkan perkembangan Park, ayahnya akan membuat perjalanan jauh dari rumah di Suwon ke wilayah Go-heung. Dia akan mengunjugi ladang katak mengumpulkan bahan bagi minuman protein pelik itu.

Apabila pulang ke rumah, jus katak itu akan direbus sebelum ditelan semuanya oleh Park.

Park mengakui jus itu menjijikkan tetapi remaja bertubuh kurus sanggup melakukan apa-apa dalam usaha menjadi pemain bola sepak.

"Ayah saya pergi menangkap katak liar. Saya bertubuh kurus dan lemah dan ayah saya mendengar bahawa jus mereka akan memberikan saya kekuatan dan membesarkan saya," kata Park.

"Ia rasa begitu teruk tetapi saya perlu minum kerana saya mahu menjadi pemain bola sepak dan semua orang berkata saya perlu menjadi lebih besar dan kuat. Mereka berkata ia adalah bagus untuk kesihatan dan saya sanggup makan apa-apa untuk meningkatkan kesihatan saya." - AFP



cik sushi : badan kecik tapi tak hingin rasa katak tu.. geli. lagipun, HARAM kan? :)

1 comment:

Arif Abdilah said...

sape kate x boleyh makan katak.. yang haram cume babi jew... adoi.. nk ceramah sikit.. hahahha~ law ketika darurat leyh jew makan.. tp tuggu darurat la.. ehehheh~

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive