hanya gambar hiasan |
Cik,
Penawaran Kesepakatan
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Saya sangat gembira dan ingin menyampaikan kepada Anda bahawa saya telah jatuh cinta kepada anda semenjak tarikh 10 Oktober 2010.
Dasar daripada mensyuarat keluarga kami tarikh 11 November yang tlepas, saya berniat bagi menawarkan diri sebagai kekasih anda yang prospektif.
Hubungan cinta kita akan melalui masa percubaan sekurang kurangnya 3 bulan sebelum memasuki tahap permanen.
Tentu saja, setelah masa percubaan dilaksanakan, akan dilakukan on the job training secara intensif dan continue. Dan kemudian, setiap tiga bulan selanjutnya akan berlaku evolusi perform kerja yang boleh menuju pada pemberian kenaikan status dari kekasih menjadi pasangan hidup.
Biaya yang dikeluarkan untuk ke kedai makan dan shopping akan dibahagikan sama rata antara kedua belah pihak. Selanjutnya didasarkan pada performa dan pencapaian anda, tidak tertutup peluang bahawa saya akan menanggung sebahagian yang lebih besar daripada total budget.
Akan tetapi, saya cukup bijak dan mampu menilai, jumlah dan jenis pengeluaran yang anda keluarkan nanti.
Saya dengan segala kerendahan hati meminta anda untuk menjawab penawaran ini dalam tempoh 30 hari sejak tarikh surat ditulis. Lepas dari tarikh tersebut, penawaran ini akan dibatalkan dan sekaligus memaksa saya untuk mencari dan mempertimbangkan kandidat lain.
Saya akan sangat berterimah kasih jika anda memberikan surat ini kepada adik perempuan atau teman dekat anda, apabila anda menolak penawaran ini.
Terima kasih di atas perhatian dan kerjasama anda..
Yang Benar,
Bakal kekasih kamu
No comments:
Post a Comment