blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Wednesday, November 17, 2010

ucapan raya anda. ucapan raya saya.

salam.
selamat menyambut aidiladha kawan-kawan.

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-abaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

bila bercakap pasal raya ni, silalah message kat saya ucapan hari raya anda! :) dibawah ni merupakan antara ucapan-ucapan yang zureen terima :

saat berderai jatuh titisan air mata suci IBRAHIM,
melihat keteguhaniman anaknya ISMAIL,
dikala itulah bermulanya sejarah agung
ERTI SEBUAH PENGORBANAN
salam aidiladha :) ------ encik sayang (amri ashraf)

selamat hari raya korban syg..hehe
jangan mkn daging byk2,
nati darah tggi..haha ----- encik sayang lagi


selamat hari raya!!!!!(^_^)v ----- mohd. irfan iman jupry


indah labgit kerana kebiruan..
indah manusia kerana ketaqwaan..
indah aidilfitri kerana kemaafan..
indah aidiladha kerana pengorbanan..
salam 'eidul adha ----- norashikin mohd. johan


Bila Unta dah tak selera makan…
Kambing mula resah..
Lembu pura-pura gelisah..
Ayam je nampak cool!
itu tandanya Hari Raya Korban dah nak dekat..
Selamat Hari Raya AidilAdha!!


selamat hari raya aidiladha zureen. tak balik kampung?


selamat raya, nda mulih kampung? ----- aunty rauyah


salam.
selamat menyambut hari raya aidiladha.
mohon maaf di atas segala salah dan silap.
0-0 okay?


selamat hari raya!
hepi holiday! XD ---- jeniffer


selamat hari raya aidiladha!! ---- rumaisa ashaari


woi.
selamat raya geng!
korban apa tahun ni?


samat hari raya ---- mohammad iqmal


okay. dah-dah.
yang lain tu bagi ucapan punyalah panjang! haha
apa-apapun, thanks semua.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA ----- zureen

No comments:

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive