blog ini akan di buka semula dalam tempoh

Wednesday, October 20, 2010

benci! benci!

''nyah kau dari sini!!!''

''eee.. zureen geli tengok muka kauuu!! geli! geli!!''

sabar-sabar, zureen bukan kejam sangat nak kata orang macam tu.. sebenarnya, bukan orang! bukan! ya! bukan! haha! sebenarnya, makhluk Allah yang kecil ini memang sangat-sangat buat zureen geli dan meremang bulu roma, bulu tengkuk, bulu kaki (even bulu kaki i halus..wakakkak), bulu kening, bulu mata, bulu hidung, bulu... segala bulu-bulu laaa!!

nak tahu makhluk kecil yang mana satu? calon-calonnyaaaa....

1) cengkerik
2) belalang
3) lipas
4) ANDY
5) Amri Ashraf

ya. sudah pasti bukan yang no. 4 kerana dia salah seorang daripada BFF zureen.dan, bukan juga no.5 kerana dia boss zureen! haha. okay-okay. bertenang. zureen akan berterus terang dan akan mengumumkan bahawa zureen benci LIPAS! lebih-lebih lagi LIPAS TERBANG! Sumpah! zureen boleh lari 100m bila ada lipas dekat dengan zureen! betul ni! serius!!!

bukan apa, zureen memang geli melihat lipas. faktornya :

1) kaki dia panjang-panjang
2) dia lari laju. geli tengok!
3) bau
4) sesungut dia bergerak-gerak. rasa macam mahu gunting ja! serius!
5) dia boleh terbang dengan mengejut lalu hinggap di mana-mana bahagian badan!

ada satu hari tu. time tengah sibuk berwebcam!

''saya mahu keluar ni'', kata lipas tersebut. ketika itu, zureen tidak mengendahkannya kerana suaranya terlalu halus untuk didengar.

sedang sibuk zureen ketawa-ketawa manja dengan webcam, tiba-tiba makhluk yang paling zureen takuti itu muncul dengan gayanya. mahu bershopping mungkin! secara automatik, zureen melompat terus ke atas katil! jaha*** punya lipas!

zureen mula mengambil objek-objek berat di sekeliling lalu menghumbankannya. namun, gagal. kerana zureen bukanlah pelontar yang baik. kalau setakat smash tu, boleh laa. haha!

okay-okay. berbalik kepada cerita tadi, lipas itu pun terus berlari terkedek-kedek dan menyorok di sebalik lappy. ciss! kemudian, zureen mengambil buku rujukan PSV yang tebal (kononnya study laa..bahhaha).

zureen aim betul-betul. fokus. tarik nafas. dan baling! MATI! hahahhahahahha!!!! (time ni sangat excited sehinggakan terlupa bahawa tengah berwebcam)

kembali melihat webcam.

''kenapa bunuh?''
''salah ka?''
''tidak salah. tapi..''
''tapi apa?''
''zureen tak tahu ka yang lipas ni adalah haiwan yang BERDENDAM!''
''berdendam??''
''ya!!!''
''maksud amri?'' (naaa.. kantoi suda berwebcam dengan amri! haha)
''ya laa.. kalau zureen bunuh seekor, lepas ni.. kawan-kawan or family dia mesti datang!''
''eee.. jangan bha~''
''astaga... betul ni..dorang mau menuntut bangkai family dorang tuu nanti''

(dalam hati : mengarut jak mitos amri ni)

tak sampai 5 minit

''kita serang perempuan ni!'', kata bapak lipas.
''jom bang!'', kata bini kepada bapak lipas. haha

mereka beramai-ramai (ada 4 ekor semuanya) menyerang zureen dari belakang dan zureen menjerit sekuat-kuat hatinya seperti orang histeria.

p/s : betulkah lipas ni berdendam? *membuat sidang media - meminta maaf kepada family-family lipas sedunia. saya memang geli dengan kamu semua!

the end. haha

No comments:

About Me

My Photo
seorang gadis biasa yang boleh berdikari dan sentisa cuba menggembirakan insan-insan yang disyanginya~
Powered by Blogger.

Blog Archive